Jaecoo J5 EV Mendarat Dengan Padu Dalam Segmen EV Paling Mencabar

Jaecoo J5 EV tiba sebagai penawaran agresif pada harga **RM118,800**, dilengkapi pakej pengecasan percuma JomCharge selama 12 bulan. Ciri utamanya merangkumi pengecasan pantas DC 130 kW, ruang *frunk* 35 liter, dan NVH yang mantap. Namun, paparan meter monokromnya sedikit mencacatkan ruang kabin yang moden. Continue reading Jaecoo J5 EV Mendarat Dengan Padu Dalam Segmen EV Paling Mencabar

MODA Sporter S SKII (2026): Rekabentuk Lebih Agresif, Teknologi Lebih Canggih untuk Pemanduan Harian; RM17,998

Sejak diperkenalkan pada Januari 2025, model MODA Sporter S telah mencuri perhatian pasaran tempatan. Direka oleh pereka Perancis terkemuka Yacouba Galle dari Yacouba Studios, Super Scooter 244cc ini dengan pantas menjadi model paling popular dalam rangkaian MODA. Kombinasi trenkuasa yang lancar, ciri-ciri keselamatan standard seperti ABS dua saluran dan Traction Control System (TCS), serta harga yang sangat bersaing menjadikannya pencabar terhebat dalam segmen skuter maxi pasaran Malaysia. Namun, adakah … Continue reading MODA Sporter S SKII (2026): Rekabentuk Lebih Agresif, Teknologi Lebih Canggih untuk Pemanduan Harian; RM17,998

iCAUR V23 Kini Dipasang Tempatan: Harga Kekal RM132,780, Spesifikasi Setaraf Model CBU

**iCAUR V23 Kini Dipasang Tempatan: Harga Kekal RM132,780, Spesifikasi Setaraf Model CBU**

iCAUR Malaysia melancarkan iCAUR V23 versi pemasangan tempatan (CKD) pada harga RM132,780, mengekalkan spesifikasi dan kualiti model CBU. Langkah ini mengukuhkan kedudukan iCAUR dalam kelompok tiga teratas jenama BEV tempatan, membawakan reka bentuk *Boxy Retro Classic* yang unik serta keyakinan bekalan yang lebih kukuh buat pembeli Malaysia. Continue reading iCAUR V23 Kini Dipasang Tempatan: Harga Kekal RM132,780, Spesifikasi Setaraf Model CBU

Nak Naik Bas Ke Singapura Lebih Mudah? Lalaport BBCC Jadi Hub Pengangkutan Baharu KL!

Membeli-belah sambil menunggu bas ke Singapura atau KLIA? Hub Pengangkutan LaLaport (LTH) kini rasmi beroperasi di pusat bandar Kuala Lumpur! Dilengkapi ruang menunggu selesa, akses LRT/Monorail, serta puluhan operator bas, ini destinasi transit paling santai untuk perjalanan anda! Continue reading Nak Naik Bas Ke Singapura Lebih Mudah? Lalaport BBCC Jadi Hub Pengangkutan Baharu KL!

Volkswagen Tayron SUV7-tempat duduk, spec penuh mewah dan ciri keselamatan

Volkswagen Tayron serba baharu menggantikan Tiguan Allspace sebagai SUV tujuh tempat duduk yang sofistikated. Menampilkan enjin turbo berprestasi, sistem pacuan 4MOTION, dan teknologi IQ.LIGHT HD Matrix, model ini menetapkan penanda aras baharu bagi keselesaan keluarga. Dengan keselamatan lima bintang Euro NCAP dan ruang kabin yang fleksibel, Tayron adalah lambang kejuruteraan premium. Continue reading Volkswagen Tayron SUV7-tempat duduk, spec penuh mewah dan ciri keselamatan

Xpeng Mona L03: Talian Hayat Yang Pengedar Perlukan, Dan Kenapa Anda Kena Mula Menabung Sekarang!

Bagi Xpeng dan pengedar rasminya di Malaysia, model-model awal seperti crossover G6 atau MPV mewah X9 hanyalah sekadar batu lonjakan untuk membina imej jenama. Hakikat komersialnya, model-model premium tersebut tidak mampu memberikan angka jualan volum (volume) yang besar untuk menjustifikasikan pelaburan kilang pemasangan. Mereka memerlukan sebuah ‘hero pasaran massa’—dan talian hayat itu kini hadir dalam bentuk sebuah SUV gaya hidup terbaharu: Xpeng Mona L03.
Continue reading Xpeng Mona L03: Talian Hayat Yang Pengedar Perlukan, Dan Kenapa Anda Kena Mula Menabung Sekarang!

Hyundai N Rasmi Mendarat di Sarawak Dengan Pembukaan 3S Kuching—Hab Eksklusif ‘IONIQ 5 N’ & ‘IONIQ 6 N’ di Borneo!

Apa yang menarik, pusat 3S seluas 7,500 kaki persegi yang terletak di Jalan Abell, Padungan ini bukan sekadar pusat pameran biasa. Ia telah dipilih secara rasmi sebagai pengedar eksklusif bagi sub-jenama berprestasi tinggi Hyundai N di pasaran Borneo!

Langkah ini sekali gus menyaksikan jentera hebat elektrik penuh yang baru sahaja diluncurkan di acara KLIMS 2026—iaitu IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N—kini boleh didapati, dipandu uji, dan diservis secara rasmi terus di Sarawak tanpa perlu diimport dari Semenanjung. Continue reading Hyundai N Rasmi Mendarat di Sarawak Dengan Pembukaan 3S Kuching—Hab Eksklusif ‘IONIQ 5 N’ & ‘IONIQ 6 N’ di Borneo!

Xpeng Mona L03 SUV Mula Julai di China – Cabaran e.MAS 7 & Atto 3 Sudah Menanti di Malaysia

Model ini adalah yang kedua selepas sedan M03 yang berjaya, dan ia dibina khusus untuk pasaran global termasuk Malaysia pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Xpeng, He Xiaopeng, mengesahkan harga L03 tidak melebihi 300,000 yuan (RM192,000), tetapi pembangunannya setaraf kenderaan elektrik dalam kelas harga itu.

L03 diposisikan sebagai “SUV pintar dan bergaya pertama untuk anak muda,” meneruskan strategi dwi-powertrain Xpeng iaitu bateri tulen (BEV) dan jarak lanjutan (EREV). Continue reading Xpeng Mona L03 SUV Mula Julai di China – Cabaran e.MAS 7 & Atto 3 Sudah Menanti di Malaysia

BYD Sime Motors Ulangi Sejarah, Catat 1,000 Tempahan BYD ATTO 3 Versi 2026 Dalam Tempoh 10 Hari

Pencapaian ini mengulangi sejarah pelancaran model pertama pada tahun 2022 yang turut meraih jumlah tempahan yang sama dalam tempoh waktu yang sama. Malaysia adalah negara pertama di rantau Asia Pasifik yang memperkenalkan model Atto 3 berkenaan. Continue reading BYD Sime Motors Ulangi Sejarah, Catat 1,000 Tempahan BYD ATTO 3 Versi 2026 Dalam Tempoh 10 Hari

Hyundai Stargazer: Tontonan Awal Di KLIMS 2026; Tempahan Kini Dibuka Dengan Anggaran Harga Bermula RM99K

Bagi pasaran tempatan, Hyundai Stargazer ditawarkan dalam tiga pilihan trim dengan anggaran harga bermula RM99,000 bagi varian asas Style tujuh tempat duduk, RM109,000 untuk varian pertengahan Prime tujuh tempat duduk, dan RM121,000 bagi varian tertinggi berimej SUV, Stargazer X enam tempat duduk. Continue reading Hyundai Stargazer: Tontonan Awal Di KLIMS 2026; Tempahan Kini Dibuka Dengan Anggaran Harga Bermula RM99K