BYD Sime Motors Ulangi Sejarah, Catat 1,000 Tempahan BYD ATTO 3 Versi 2026 Dalam Tempoh 10 Hari

Pencapaian ini mengulangi sejarah pelancaran model pertama pada tahun 2022 yang turut meraih jumlah tempahan yang sama dalam tempoh waktu yang sama. Malaysia adalah negara pertama di rantau Asia Pasifik yang memperkenalkan model Atto 3 berkenaan. Continue reading BYD Sime Motors Ulangi Sejarah, Catat 1,000 Tempahan BYD ATTO 3 Versi 2026 Dalam Tempoh 10 Hari

Kereta Petrol Junam 39%, Model Elektrik Kini Kuasai Lebih Separuh Eksport Automotif China!

Bagi bulan Mei 2026, kadar penembusan runcit (retail penetration rate) bagi kenderaan NEV (merangkumi EV, PHEV, dan EREV) di China telah melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 62.9%. Ini bermakna, hampir dua pertiga daripada setiap kereta baharu yang dibeli oleh pengguna di China kini adalah kenderaan berkuasa elektrik! Continue reading Kereta Petrol Junam 39%, Model Elektrik Kini Kuasai Lebih Separuh Eksport Automotif China!

Proton Pintas Angka TIV: Saga Kembali Rampas Takhta, e.MAS 7 PHEV Terajui Pasaran Elektrikal

angka keseluruhan jualan tahun masihi (YTD) syarikat pada 84,294 unit bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 26.7%. Pencapaian ini diraih ketika jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan menyusut 15.4% berbanding bulan April. Continue reading Proton Pintas Angka TIV: Saga Kembali Rampas Takhta, e.MAS 7 PHEV Terajui Pasaran Elektrikal

Jeti Runtuh Dan Kos Import Melambung Jejas Margin Penapisan, Petron Malaysia Kekal Komitmen Jamin Bekalan Bahan Api Domestik

Keadaan tersebut menjadi semakin parah apabila kos rantaian bekalan dunia melonjak secara mendadak pada Mac lepas ekoran tercetusnya konflik peperangan di Asia Barat, yang meletakkan tekanan kewangan tambahan yang sangat hebat kepada prestasi keseluruhan syarikat. Continue reading Jeti Runtuh Dan Kos Import Melambung Jejas Margin Penapisan, Petron Malaysia Kekal Komitmen Jamin Bekalan Bahan Api Domestik

PRO-NET Lancar Identiti Korporat Baharu, Buka Dua Outlet Premium Proton e.MAS Di Ibu Kota 

Subang Jaya, 22 Mei 2026 – PRO-NET, cabang edaran dan jualan bagi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) Proton, mencatatkan lonjakan jualan Proton e.MAS sebanyak 329.5 peratus bagi tempoh empat bulan pertama tahun 2026. Sebanyak 11,617 unit kenderaan elektrik dan hibrid plug-in telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara sepanjang tempoh tersebut, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai antara jenama EV dengan pertumbuhan terpantas di Malaysia.

Bagi menyokong momentum pertumbuhan yang agresif ini, PRO-NET memperluas rangkaian pengedarnya dengan pembukaan dua cawangan baharu pada bulan ini. Cawangan pertama terletak di lokasi strategik sepanjang Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, bersebelahan dengan bilik pameran kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) Proton. Manakala cawangan kedua merupakan outlet berasaskan pusat beli-belah terbaharu yang dibuka di Pavilion Bukit Jalil bagi mendekati pengguna urban dan pembeli berorientasikan gaya hidup.

Kedua-dua cawangan baharu ini menjadi pelopor kepada pengenalan Identiti Korporat (CI) premium terbaharu Proton e.MAS. Konsep bilik pameran ini membawakan pembaharuan dari segi skim warna, bahan premium, elemen digital moden serta pusat sentuhan pelanggan yang dipertingkat untuk menyediakan proses pembelian EV yang lebih lancar. Pengenalan CI baharu ini juga menandakan fasa matang Proton e.MAS daripada pengeluar EV baharu kepada ekosistem mobiliti yang lebih kukuh. Cawangan sedia ada dan masa depan akan menerima identiti korporat baharu ini secara berperingkat untuk menyeragamkan pengalaman jenama di seluruh negara.

Secara keseluruhan, Proton e.MAS kini mengendalikan 53 outlet jualan di seluruh Malaysia, menjadikannya antara rangkaian pengedar NEV paling luas di dalam negara. Rangkaian ini turut menyokong sekitar 1,600 kakitangan dalam sektor jualan, servis dan pentadbiran bagi memastikan sokongan pemilikan jangka panjang yang stabil buat pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang menyatakan bahawa pertumbuhan pesat ini didorong oleh keyakinan pelanggan terhadap ekosistem jualan dan pasca-jualan syarikat. Tambah beliau, penyediaan struktur sokongan yang kuat bagi setiap pelancaran model memberikan jaminan jangka panjang kepada pemilik sekali gus meningkatkan kesetiaan terhadap jenama, selain komited untuk terus menambah bilangan outlet bagi meluaskan capaian pasaran. Continue reading PRO-NET Lancar Identiti Korporat Baharu, Buka Dua Outlet Premium Proton e.MAS Di Ibu Kota 

TIV April 2026 Melonjak 17 Peratus Dipacu Pemulihan Pengeluaran Dan Ketahanan Ekonomi Suku Pertama

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memaklumkan bahawa angka jualan April tersebut turut memperlihatkan pertumbuhan sebanyak 14 peratus jika dibandingkan dengan bulan Mac sebelumnya, sekali gus menandakan trend peningkatan pasaran tempatan bagi dua bulan berturut-turut. 

Prestasi kukuh ini disokong secara langsung oleh lonjakan jumlah pengeluaran kenderaan tempatan yang mencapai 70,611 unit pada April, berikutan pembukaan semula operasi kilang-kilang pemasangan selepas ditutup seketika untuk cuti perayaan pada bulan Mac. Continue reading TIV April 2026 Melonjak 17 Peratus Dipacu Pemulihan Pengeluaran Dan Ketahanan Ekonomi Suku Pertama

Satu anjakan realiti telah berlaku dalam pasaran automotif tempatan. Buat pertama kalinya dalam sejarah, sebuah kenderaan elektrik (EV) berjaya memecah masuk ke dalam senarai 10 kereta paling laris di Malaysia.

Kehadiran e.MAS 5 di tangga ke-7 adalah isyarat kepada semua pengilang bahawa pasaran Malaysia sedang melakukan penyelarasan semula jangkaan terhadap kenderaan masa depan. Jika sebelum ini carta 10 teratas dipenuhi oleh kereta segmen B dan sedan bajet, kini satu slot telah dirampas secara mutlak oleh teknologi bateri. Continue reading Satu anjakan realiti telah berlaku dalam pasaran automotif tempatan. Buat pertama kalinya dalam sejarah, sebuah kenderaan elektrik (EV) berjaya memecah masuk ke dalam senarai 10 kereta paling laris di Malaysia.

TIV Mac 2026: Raya Bukan Sekadar Cuti, Tetapi Isyarat ‘Cooling-Off’ Dan Anjakan Besar Pasaran?

Walaupun Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) meningkat 21% berbanding Februari, perbandingan tahun-ke-tahun menunjukkan penurunan jualan sebanyak 13%, manakala angka pengeluaran jatuh lebih mendalam pada kadar 17%. Continue reading TIV Mac 2026: Raya Bukan Sekadar Cuti, Tetapi Isyarat ‘Cooling-Off’ Dan Anjakan Besar Pasaran?

Toyota GR Yaris Kini Lebih Mantap; UMW Toyota Motor Perluas Barisan EV Dengan Tiga Model BaharuToyota GR Yaris Kini Lebih Mantap; UMW Toyota Motor Perluas Barisan EV Dengan Tiga Model Baharu

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., menyatakan bahawa peralihan kepada teknologi baharu mestilah membawa manfaat nyata dalam penggunaan harian pelanggan tanpa mengorbankan aspek kebolehpercayaan dan kos pemilikan jangka panjang. Continue reading Toyota GR Yaris Kini Lebih Mantap; UMW Toyota Motor Perluas Barisan EV Dengan Tiga Model BaharuToyota GR Yaris Kini Lebih Mantap; UMW Toyota Motor Perluas Barisan EV Dengan Tiga Model Baharu

Gerimis Baiduri Perkukuh Logistik Rangkaian Sejuk Dengan 5 Unit UD Trucks New Kuzer

Model New Kuzer yang baru sahaja dilancarkan di pasaran Malaysia beberapa bulan lalu dipilih kerana keupayaannya membawa muatan yang lebih tinggi. Bagi varian 7.5 tan, ia menawarkan kapasiti muatan sebanyak 4,880kg, yang merupakan peningkatan ketara melebihi 600kg berbanding model terdahulu. Peningkatan kapasiti ini membolehkan pelanggan memaksimumkan setiap penghantaran, sekaligus mengurangkan kos operasi dalam jangka masa panjang. Continue reading Gerimis Baiduri Perkukuh Logistik Rangkaian Sejuk Dengan 5 Unit UD Trucks New Kuzer