Sticky post

Perbezaan Ketara: Mengapa Pasaran EV Penumpang Melonjak, Tetapi Sektor Komersial Terus Tertekan?

Shamsul Yunos Angka-angka daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA) bagi September 2026 membentangkan satu gambaran pasaran yang sangat menarik, jika tidak mahu dikatakan kontras. Walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi sembilan bulan pertama tahun ini telah melepasi ambang 600,000 unit—mencatatkan pertumbuhan 4 peratus berbanding tahun lalu—cerita sebenar terletak pada perbezaan ketara antara dua dunia: kenderaan penumpang (PV) yang terus bernafas lega, dan kenderaan komersial (CV) yang … Continue reading Perbezaan Ketara: Mengapa Pasaran EV Penumpang Melonjak, Tetapi Sektor Komersial Terus Tertekan?

Sticky post

5 Sebab Mengapa ‘Flash Charging’ BYD Sebenarnya Teknologi teras Masa Depan (Tapi Mungkin Bukan Hanya Untuk Kereta Kita)

Pada tahun 2026, kebanyakan pemilik EV sudah cukup gembira dengan tempoh 15 minit di lebuh raya. Pergi ke tandas, beli kopi, balik ke kereta—cas sudah mencecah 80%. 5 minit? Terlalu cepat. Manusia pun tidak sempat ke tandas.

Tetapi, pengecasan 5 minit ini bukan untuk manusia hari ini. Ia adalah untuk senario masa depan yang belum kita bayangkan lagi. Continue reading 5 Sebab Mengapa ‘Flash Charging’ BYD Sebenarnya Teknologi teras Masa Depan (Tapi Mungkin Bukan Hanya Untuk Kereta Kita)

Sticky post

Perisai RM14 Bilion: Mengapa Ketegasan MITI Terhadap Syarat CKD Adalah Tunjang Maruah Industri

Oleh: Shamsul Yunos RAWANG, 1 April – Gelombang keresahan yang melanda industri automotif tempatan susulan laporan bahawa BYD sedang mempertimbangkan semula rancangan pemasangan tempatan (CKD) di Tanjong Malim telah mencetuskan perdebatan hangat mengenai hala tuju Dasar Automotif Nasional (NAP). Walau bagaimanapun, sokongan padu yang dizahirkan oleh Perodua bersama Persatuan Pengedar Perodua (PDA) dan Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) hari ini memberikan perspektif berbeza yang jarang diperincikan … Continue reading Perisai RM14 Bilion: Mengapa Ketegasan MITI Terhadap Syarat CKD Adalah Tunjang Maruah Industri

Volkswagen Tayron Diuji: Antara Cengkaman 4Motion, Watak Kabin, Dan Dilema Harga

Pasaran SUV memang sedang meningkat mendadak di Malaysia, terutama dengankemasukan pelbagai produk dari China samada dalam bentuk ICE, Hybrid , PHEV mahupun elektrik sepenuhnya, Volkswagen masuk dengan Tayron sebagai tawaran kepada mereka yang mahukan keyakinak kejuruteraan Jerman, namun adakah ini cukup untuk mencuri hati pembeli yang sekarang dah mula biasa dengan spesifikasi tinggi dari timur. Yang psatinay produk dari Eropah, terutamay dari Jerman memang boleh … Continue reading Volkswagen Tayron Diuji: Antara Cengkaman 4Motion, Watak Kabin, Dan Dilema Harga

Chery Dominasi Anugerah ASEAN NCAP Grand Prix 2026: Merangkul Anugerah Terbanyak Dengan TIGGO 7 Sebagai Bintang Utama

Jenama pengeluar kenderaan global, Chery, terus membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap aspek keselamatan kenderaan apabila muncul sebagai salah satu pemenang terbesar pada Anugerah ASEAN NCAP Grand Prix 2026 yang berlangsung di Sepang, Selangor. Anugerah berprestij dua tahun sekali yang dianjurkan oleh ASEAN New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) ini mengiktiraf model-model serta pemain industri yang … Continue reading Chery Dominasi Anugerah ASEAN NCAP Grand Prix 2026: Merangkul Anugerah Terbanyak Dengan TIGGO 7 Sebagai Bintang Utama

Kuasa 1,000Nm Dan Mampu Jadi Stesen Kuasa Bergerak: Jentera Pick-up PHEV JAC T9 Kini Di Pasaran

Pasaran kenderaan utiliti dan trak pikap di Malaysia kini menyaksikan satu lagi evolusi penting apabila Evolvelectric Motors Sdn Bhd secara rasmi memperkenalkan JAC T9 Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) Petrol. Model ini mencipta sejarah tersendiri sebagai trak pikap hibrid palam masuk (PHEV) pemasangan tempatan (CKD) pertama di pasaran Malaysia. Jentera ini ditawarkan dalam dua pilihan varian utama: Prestasi Luar Biasa: Kuasa 1,000Nm dan Sistem Dwi-Motor … Continue reading Kuasa 1,000Nm Dan Mampu Jadi Stesen Kuasa Bergerak: Jentera Pick-up PHEV JAC T9 Kini Di Pasaran

iCAUR Perluas Rangkaian: Enam Pusat 3S Baharu Dibuka, Teguh Kukuh Kehadiran Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 November 2026 – iCAUR Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan menerusi pengumuman pembukaan enam pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) baharu yang merangkumi Wilayah Tengah, Johor, dan Sarawak. Perkembangan ini sekaligus memperluaskan rangkaian keseluruhan jenama tersebut kepada 28 titik jualan di seluruh negara. Perluasan strategik ini bukan sahaja mendekatkan rangkaian SUV elektrik bergaya retro berkotak (boxy) keluaran … Continue reading iCAUR Perluas Rangkaian: Enam Pusat 3S Baharu Dibuka, Teguh Kukuh Kehadiran Di Malaysia

Tanpa Perlu Cas Luar: Proton Rasmi Kenal Nadi Hibrid i-HEV Untuk Pasran Malaysia dan AMA02 dijangka model pertama

Selepas pertama kali diperkenalkan kepada umum menerusi pameran teknologi di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) dan Ekspo Teknologi Automotif Global (GATE) awal tahun ini, pengeluar nasional PROTON akhirnya secara rasmi mengumumkan nama teknologi hibrid terbaharunya sebagai sistem hibrid pintar i-HEV. Sistem inovatif ini bakal membuat kemunculan sulung menerusi model baharu syarikat yang membawa kod pembangunan AMA 02. Pengenalan ini memperlihatkan komitmen berterusan Proton dalam … Continue reading Tanpa Perlu Cas Luar: Proton Rasmi Kenal Nadi Hibrid i-HEV Untuk Pasran Malaysia dan AMA02 dijangka model pertama

Usaha MITI kembangkan rangkaian caj berjaya? Era Pengecasan Pantas Bermula: Denza Z9GT Terima Kemas Kini OTA Menjelang Pelancaran Rasmi BYD Flash Charge

Landskap penerimaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia kini semakin pantas berkembang, didorong bukan sahaja oleh pertambahan varian kenderaan baharu tetapi juga kemajuan kritikal pada infrastruktur pengecasan tempatan. Antara cabaran utama yang sering membayangi pengguna EV adalah kebimbangan jarak pemanduan (range anxiety) serta masa menunggu yang lama di stesen pengecasan lebuh raya. Bagaimanapun, evolusi pantas stesen pengecasan pantas DC (DCFC) dan teknologi voltan tinggi di Malaysia kini mula mengubah persepsi … Continue reading Usaha MITI kembangkan rangkaian caj berjaya? Era Pengecasan Pantas Bermula: Denza Z9GT Terima Kemas Kini OTA Menjelang Pelancaran Rasmi BYD Flash Charge

MPV Elektrik Mewah Zeekr 009 Mendapat Nafas Baharu: Keselesaan Eksekutif Tanpa Kompromi

Pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah bersaiz besar di Malaysia kini berada dalam fasa pertumbuhan yang sangat menarik dan merupakan segmen yang amat penting. Walaupun pasaran MPV peringkat permulaan kelihatan menyusut akibat persaingan sengit daripada kenderaan utiliti sukan (SUV), senario bagi segmen mewah adalah sebaliknya. Segmen ini berkembang pesat sebagai manifestasi aliran premiumisation, di mana golongan elit, korporat, dan ketua perniagaan melihat kenderaan mewah sebagai lambang status serta alternatif utama kepada … Continue reading MPV Elektrik Mewah Zeekr 009 Mendapat Nafas Baharu: Keselesaan Eksekutif Tanpa Kompromi

Isu Roda Tanggal: Chery Malaysia Sahkan Kemalangan Di NKVE Bukan Disebabkan Kerosakan Komponen

Menyedari ramai warganet yang bimbang dan salah faham di media sosial akibat insiden tular baru-baru ini, Chery Auto Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjernihkan keadaan berhubung kemalangan melibatkan sebuah kenderaan mereka di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada 7 November 2026. Pihak Chery menegaskan bahawa kerosakan pada bahagian bumper depan serta insiden roda tercabut adalah sepenuhnya akibat impak kemalangan tersebut, dan bukannya disebabkan oleh … Continue reading Isu Roda Tanggal: Chery Malaysia Sahkan Kemalangan Di NKVE Bukan Disebabkan Kerosakan Komponen

Budaya Kaizen di Era Elektrifikasi: Mampukah Inisiatif PMP 5-Star Lonjak Kualiti Kenderaan Nasional?

Di atas kertas, sebuah kenderaan elektrik (EV) moden dinilai melalui kapasiti bateri, kuasa kuda, dan jarak pemanduan WLTP. Namun, di sebalik kilauan cat badan dan kecanggihan papan pemuka digital yang dipamerkan di bilik pameran,terdapat satu persoalan kritikal yang jarang dibahaskan secara mendalam: bagaimanakah piawaian kualiti itu sebenarnya lahir di lantai kilang? Bagi pengeluar nasional Proton, jawapan kepada persoalan tersebut kini diletakkan di atas bahu sebuah inisiatif baharu yang dilancarkan secara … Continue reading Budaya Kaizen di Era Elektrifikasi: Mampukah Inisiatif PMP 5-Star Lonjak Kualiti Kenderaan Nasional?

Mencari Permata Baru Arena Badminton: Selangor Ungguli Pentas Akhir BTDP KPM-Perodua 2026

Dalam arena sukan berprestasi tinggi, kejayaan sesebuah negara di pentas antarabangsa tidak pernah lahir secara kebetulan. Ia bermula dari akar umbi—dari gelanggang sekolah, keringat di pusat latihan komuniti, dan usaha konsisten mencungkil bakat baharu sebelum mereka bersinar di pentas dunia. Usaha berterusan ini sekali lagi dibuktikan menerusi pusingan akhir Program Pembangunan Bakat Badminton Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – Perodua (BTDP) yang melabuhkan tirainya di IOI Sports Centre, Putrajaya. Paling … Continue reading Mencari Permata Baru Arena Badminton: Selangor Ungguli Pentas Akhir BTDP KPM-Perodua 2026