Pengalaman Transit Akses Lengkap Di Pusat Bandar
Bagi mereka yang sering berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Singapura atau ke lapangan terbang, proses transit di pusat bandar selalunya agak rumit. Namun, Landskap kembara di KL kini secara rasmi berubah menerusi pelancaran LaLaport Transportation Hub (LTH) di Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE (LaLaport BBCC).
Hub pengangkutan berlesen APAD dan diluluskan DBKL ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Yang Berhormat Hannah Yeoh, bersama kehadiran Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Duta Jepun ke Malaysia.
LTH dibina untuk menyokong mobiliti bandar yang lebih mampan serta menawarkan pengalaman perjalanan laluan rentas sempadan yang jauh lebih selamat, cekap, dan selesa.

Fasiliti Lengkap & Ruang Menunggu Luas
Terletak di Aras LG1 Atrium Timur LaLaport BBCC, LTH merupakan fasiliti berbumbung sepenuhnya yang dirancang khusus untuk keselesaan penumpang. Antara kemudahan utama yang disediakan termasuk:
- 11 Hentian Bas (Bus Bays): Menampung pergerakan pelbagai laluan bas ekspres.
- Lounge Menunggu Berhawa Dingin: Ruang selesa bersama sistem Paparan Maklumat Penumpang (PIDS) masa nyata.
- Kemudahan Lengkap: Kaunter fizikal, mesin layan diri, mesin ATM, pengeras mata wang (money changer), loker simpanan beg, serta kawalan keselamatan 24 jam.
- Akses Mesra OKU & Warga Emas: Rekaan fasiliti yang mudah diakses untuk semua lapisan masyarakat.
Paling menarik, sementara menunggu bas, penumpang boleh menikmati pelbagai kemudahan di dalam mall seperti kedai makan dan hiburan daripada lebih 300 premis di LaLaport BBCC.

Keterhubungan Laluan Bas, Rel, dan Lapangan Terbang
LTH direka sebagai pusat perhubungan berpusat (centralised node) yang menghubungkan pelbagai mod pengangkutan. Hub ini disambungkan secara terus melalui laluan pejalan kaki ke Stesen LRT dan Monorail Hang Tuah, serta berdekatan dengan rangkaian MRT.
Bagi laluan rentas sempadan, dianggarkan kira-kira 30 operator bas bakal menjadikan LTH sebagai mata transit utama bagi laluan KL-Singapura. Tambahan pula, perkhidmatan van van shuttle khas ke KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 turut disediakan, disamping perkhidmatan on-demand shuttle Boleh-Boleh Ride serta zon e-hailing dedicated di pintu masuk Pudu dan Hang Tuah.

Inspirasi Pembuatan Hub Transit Moden Jepun
Membawa cetak biru kejayaan pembangunan terkamuka dari Jepun seperti Tokyo Midtown Yaesu oleh Mitsui Fudosan, LTH membuktikan bahawa pengangkutan awam dan gaya hidup pusat beli-belah boleh diintegrasikan dengan sempurna.
Dikendalikan oleh Asia Success Resources Sdn. Bhd. (pengendali berpengalaman di KLIA Terminal 2) dengan kerjasama Semba Corporation, LTH bersedia menjadi penanda aras baharu bagi hab transit bandar moden di Malaysia.
