PRO-NET Lancar Identiti Korporat Baharu, Buka Dua Outlet Premium Proton e.MAS Di Ibu Kota 

Subang Jaya, 22 Mei 2026 – PRO-NET, cabang edaran dan jualan bagi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) Proton, mencatatkan lonjakan jualan Proton e.MAS sebanyak 329.5 peratus bagi tempoh empat bulan pertama tahun 2026. Sebanyak 11,617 unit kenderaan elektrik dan hibrid plug-in telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara sepanjang tempoh tersebut, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai antara jenama EV dengan pertumbuhan terpantas di Malaysia.

Bagi menyokong momentum pertumbuhan yang agresif ini, PRO-NET memperluas rangkaian pengedarnya dengan pembukaan dua cawangan baharu pada bulan ini. Cawangan pertama terletak di lokasi strategik sepanjang Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, bersebelahan dengan bilik pameran kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) Proton. Manakala cawangan kedua merupakan outlet berasaskan pusat beli-belah terbaharu yang dibuka di Pavilion Bukit Jalil bagi mendekati pengguna urban dan pembeli berorientasikan gaya hidup.

Kedua-dua cawangan baharu ini menjadi pelopor kepada pengenalan Identiti Korporat (CI) premium terbaharu Proton e.MAS. Konsep bilik pameran ini membawakan pembaharuan dari segi skim warna, bahan premium, elemen digital moden serta pusat sentuhan pelanggan yang dipertingkat untuk menyediakan proses pembelian EV yang lebih lancar. Pengenalan CI baharu ini juga menandakan fasa matang Proton e.MAS daripada pengeluar EV baharu kepada ekosistem mobiliti yang lebih kukuh. Cawangan sedia ada dan masa depan akan menerima identiti korporat baharu ini secara berperingkat untuk menyeragamkan pengalaman jenama di seluruh negara.

Secara keseluruhan, Proton e.MAS kini mengendalikan 53 outlet jualan di seluruh Malaysia, menjadikannya antara rangkaian pengedar NEV paling luas di dalam negara. Rangkaian ini turut menyokong sekitar 1,600 kakitangan dalam sektor jualan, servis dan pentadbiran bagi memastikan sokongan pemilikan jangka panjang yang stabil buat pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang menyatakan bahawa pertumbuhan pesat ini didorong oleh keyakinan pelanggan terhadap ekosistem jualan dan pasca-jualan syarikat. Tambah beliau, penyediaan struktur sokongan yang kuat bagi setiap pelancaran model memberikan jaminan jangka panjang kepada pemilik sekali gus meningkatkan kesetiaan terhadap jenama, selain komited untuk terus menambah bilangan outlet bagi meluaskan capaian pasaran. Continue reading PRO-NET Lancar Identiti Korporat Baharu, Buka Dua Outlet Premium Proton e.MAS Di Ibu Kota 

BYD tak kemana! Berjanji akan terus tawarkan produk terbaik kepada pembeli di Malaysia

Liu berkata pelancaran bilik pameran di jalan Macalister yang gah adalah petanda jelas yang mereka tidak merancang untuk meninggalkan pasaran Malaysia malah akan terus membuka beberapa cawangan baru dalam masa terdekat.
Perancang untuk memperkenalkan model baru dan dikemaskini juga akan diteruskan seperti biasa kerana mereka merasakan Malaysia dalah antara pasaran penting untuk jenama tersebut. Continue reading BYD tak kemana! Berjanji akan terus tawarkan produk terbaik kepada pembeli di Malaysia

Hyundai Motor Malaysia Perluas Rangkaian di Petaling Jaya Bersama Palm Motor

“Melalui Palm Motor, Hyundai kembali ke Petaling Jaya untuk mendekatkan jenama ini dengan komuniti setempat. Fokus kami adalah memberikan pengalaman pelanggan yang menyeluruh, daripada proses pembelian sehingga sokongan selepas jualan yang boleh dipercayai,” kata Cedric Choo, Prinsipal Pengedar Palm Motor Sdn Bhd. Continue reading Hyundai Motor Malaysia Perluas Rangkaian di Petaling Jaya Bersama Palm Motor

Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Baharu Di Balakong

Pusat servis cukup luas untuk mengendalikan enam kenderaan sekaligus, menjadikannya sesuai untuk servis pantas. Pusat 4S SV Prestige Auto Isuzu ini bukan sahaja menjalankan kerja penyelenggaraan biasa, tetapi juga mempunyai jentera jajaran roda sendiri serta kebuk mengecat saiz penuh untuk menampung keperluan baik pulih kenderaan pelanggan yang kemalangan. Continue reading Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Baharu Di Balakong

Mitsubishi Motors Buka Pusat 3S Baharu Di Melaka

Pusat baharu ini terletak di No. 1, Jalan Autocity 3, Melaka Autocity, Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal. Bangunan seluas 7,465 kaki persegi ini boleh menempatkan enam kenderaan pameran dan mempunyai kawasan penyerahan jualan khusus.

Kemudahan servis dilengkapi dengan 10 ruang servis termasuk tujuh hos angkat. Pelanggan boleh menikmati kemudahan Wi-Fi percuma, ruang menunggu yang selesa dan kawasan permainan kanak-kanak. Continue reading Mitsubishi Motors Buka Pusat 3S Baharu Di Melaka

Proton e.MAS 7 Dipilih Mauritius, Kukuh Strategi Eksport Global

Pelancaran yang diadakan di Port Louis pada 23 Oktober 2025 disempurnakan oleh Edmund Lim Meng Thong, Ketua Pegawai Eksekutif PICSB dan disaksikan oleh Osman Mahomed, Menteri Pengangkutan Republik Mauritius serta Ally Dusmohamud, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Mauritius yang mewakili Kumpulan Autonexx.

Pelancaran ini tiba 10 bulan selepas debut di Malaysia dan menyusuli kembalinya syarikat ke Singapura pada 18 September dengan model yang sama. Kini, e.MAS 7 merupakan model eksport ketiga paling popular Proton, di belakang Proton Saga dan Proton X50. Continue reading Proton e.MAS 7 Dipilih Mauritius, Kukuh Strategi Eksport Global

Chear Motorrad Buka Bilik Pameran Baharu Shah Alam

Bilik pameran Chear Motorrad baharu di Shah Alam menjelmakan janji ini, menyampaikan pengalaman runcit yang jauh melampaui jualan dan servis untuk mencipta ruang meriah untuk komuniti penunggang. Sejak 2011, Chear Motorrad telah memainkan peranan penting dalam rangkaian pengedar kami, dan kami teruja menyaksikan pertumbuhan mereka ketika mereka membawa pengalaman BMW Motorrad lebih dekat kepada pelanggan di Lembah Klang dan seterusnya Continue reading Chear Motorrad Buka Bilik Pameran Baharu Shah Alam

iCAUR Damansara dibuka- Pusat Pengedar Utama

Meliputi keluasan kira-kira 40,000 kaki persegi, iCAUR Damansara menggabungkan kelebihan lokasi strategik dengan akses mudah ke Lembah Klang.

Kemudahan utama ini menampilkan ruang pameran luas yang mampu mempamerkan sehingga lapan buah kenderaan dalam satu masa, ruang penyerahan khas, serta lima petak pengecas EV eksklusif untuk pelanggan.

Ruang rehat pelanggan menyediakan suasana santai dengan dua konsol Nintendo, Wi-Fi percuma, minuman dan makanan ringan.

Pusat perkhidmatan selepas jualan dilengkapi dengan lapan petak servis, serta bahagian Pembaikan Badan dan Cat lengkap dengan peralatan pembaikan badan aluminium. Kemudahan ini juga menawarkan perkhidmatan pemasangan aksesori, balutan kenderaan (wrapping) dan Filem Perlindungan Cat (Paint Protection Film/PPF).

Dengan pasukan 12 perunding jualan, 11 juruteknik servis dan 10 pakar Badan dan Cat, pusat ini mampu menyelenggara sehingga 520 kenderaan sebulan. Continue reading iCAUR Damansara dibuka- Pusat Pengedar Utama