iCAUR V23 Kini Dipasang Tempatan: Harga Kekal RM132,780, Spesifikasi Setaraf Model CBU

**iCAUR V23 Kini Dipasang Tempatan: Harga Kekal RM132,780, Spesifikasi Setaraf Model CBU**

iCAUR Malaysia melancarkan iCAUR V23 versi pemasangan tempatan (CKD) pada harga RM132,780, mengekalkan spesifikasi dan kualiti model CBU. Langkah ini mengukuhkan kedudukan iCAUR dalam kelompok tiga teratas jenama BEV tempatan, membawakan reka bentuk *Boxy Retro Classic* yang unik serta keyakinan bekalan yang lebih kukuh buat pembeli Malaysia. Continue reading iCAUR V23 Kini Dipasang Tempatan: Harga Kekal RM132,780, Spesifikasi Setaraf Model CBU

Pelaburan Mega RM2.2 Bilion: Chery Rai Fasa Akhir Struktur Kilang Terbesar di Malaysia

Acara ini menandakan siapnya fasa struktur utama bagi kilang pemasangan terbesar Chery di Malaysia. Langkah ini sekali gus memperkukuh keyakinan syarikat gergasi dari China itu untuk menjadikan Malaysia sebagai hab strategik serantau ASEAN. Continue reading Pelaburan Mega RM2.2 Bilion: Chery Rai Fasa Akhir Struktur Kilang Terbesar di Malaysia

iCAUR V23 Raih Anugerah Red Dot 2026 – Reka Bentuk Kotak Klasik Diiktiraf Dunia

Anugerah ini bukan sekadar mengiktiraf keupayaan reka bentuk iCAUR, tetapi juga membuktikan daya tarikan estetika klasik kekal relevan dalam era elektrifikasi kenderaan.

Juri Red Dot tahun ini amat terkesan dengan tahap inovasi tinggi dan pendekatan reka bentuk bernas yang ditampilkan V23, menurut kenyataan penganjur. Continue reading iCAUR V23 Raih Anugerah Red Dot 2026 – Reka Bentuk Kotak Klasik Diiktiraf Dunia

iCAUR Malaysia Mulakan Pemasangan Tempatan Model iCAUR 03; Harga Bermula RM129,880

Langkah ini diambil susulan sambutan menggalakkan terhadap model import sepenuhnya (CBU) yang diperkenalkan pada September tahun lalu. Proses pemasangan tempatan bagi jentera ini telah bermula pada suku kedua 2026 di kilang Chery Corporate Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor. 

Kumpulan pertama unit CKD ini dijangka akan mula tiba di semua rangkaian pengedar sah iCAUR di seluruh negara menjelang penghujung Mei 2026. Continue reading iCAUR Malaysia Mulakan Pemasangan Tempatan Model iCAUR 03; Harga Bermula RM129,880