Dari Impian Tanjung Malim ke Realiti Kulim: Apa Erti Kilang CKD Baru BYD Kepada Peminat Auto Tanah Air?

Pasaran kenderaan elektrik (EV) tanah air sekali lagi menyaksikan detik penting. Jika pada Ogos 2025 lalu industri automotif tempatan digemparkan dengan pengumuman BYD mengenai pelan pembinaan kilang pembuatan bernilai tinggi di KLK TechPark, Tanjung Malim, landskap tersebut kini telah berubah secara drastik. Selepas spekulasi meluas berikutan pembatalan projek di Perak, BYD Malaysia hari ini secara rasmi memeteraian kerjasama strategik bersama Inokom Corporation Sdn. Bhd. (anak … Continue reading Dari Impian Tanjung Malim ke Realiti Kulim: Apa Erti Kilang CKD Baru BYD Kepada Peminat Auto Tanah Air?

BYD Kekal di Malaysia: Program CKD Diteruskan Tetapi Kilang Tanjung Malim Batal, Fokus Pemasangan Tempatan CKD & Peluang Model DM-i Hibrid!

BYD Malaysia mengesahkan perancangan pembinaan kilang sendiri di Tanjung Malim tidak diteruskan. Sebaliknya, gergasi NEV itu menyasarkan operasi pemasangan tempatan (CKD) secara pantas—berkemungkinan menerusi fasiliti Inokom di Kulim—sebelum penghujung tahun ini. Langkah ini turut membuka ruang bagi pengenalan rangkaian model hibrid plug-in (PHEV) Super DM ke pasaran tempatan. Continue reading BYD Kekal di Malaysia: Program CKD Diteruskan Tetapi Kilang Tanjung Malim Batal, Fokus Pemasangan Tempatan CKD & Peluang Model DM-i Hibrid!

Proton Mula Program Pemasangan Tempatan e.MAS 7 PHEV di Tanjong Malim. Kandungan Tempatan 30 Peratus

Proton memulakan pemasangan tempatan (CKD) e.MAS 7 PHEV di Tanjong Malim dengan 30 peratus kandungan tempatan. Dipacu teknologi EM-i, model terlaris ini menawarkan kecekapan tinggi dan penambahbaikan premium. Langkah ini memperkukuh ekosistem automotif negara menerusi pelaburan RM37 juta bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 42,000 unit. Continue reading Proton Mula Program Pemasangan Tempatan e.MAS 7 PHEV di Tanjong Malim. Kandungan Tempatan 30 Peratus

iCAUR V23 Kini Dipasang Tempatan: Harga Kekal RM132,780, Spesifikasi Setaraf Model CBU

**iCAUR V23 Kini Dipasang Tempatan: Harga Kekal RM132,780, Spesifikasi Setaraf Model CBU**

iCAUR Malaysia melancarkan iCAUR V23 versi pemasangan tempatan (CKD) pada harga RM132,780, mengekalkan spesifikasi dan kualiti model CBU. Langkah ini mengukuhkan kedudukan iCAUR dalam kelompok tiga teratas jenama BEV tempatan, membawakan reka bentuk *Boxy Retro Classic* yang unik serta keyakinan bekalan yang lebih kukuh buat pembeli Malaysia. Continue reading iCAUR V23 Kini Dipasang Tempatan: Harga Kekal RM132,780, Spesifikasi Setaraf Model CBU

Kia Sahkan Kerjasama Dengan Stellantis, Kilang Gurun Bakal Pasang Model CKD Baharu Mulai Q3 2026!

Operasi pengeluaran dijadualkan bermula pada suku ketiga (Q3) tahun 2026. Memanfaatkan fasiliti pengeluaran seluas 140 ekar di Kawasan Perindustrian Gurun, loji ini sudah pun dilengkapi dengan infrastruktur moden yang mematuhi piawaian Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 (QMS). Continue reading Kia Sahkan Kerjasama Dengan Stellantis, Kilang Gurun Bakal Pasang Model CKD Baharu Mulai Q3 2026!

iCAUR Malaysia Mulakan Pemasangan Tempatan Model iCAUR 03; Harga Bermula RM129,880

Langkah ini diambil susulan sambutan menggalakkan terhadap model import sepenuhnya (CBU) yang diperkenalkan pada September tahun lalu. Proses pemasangan tempatan bagi jentera ini telah bermula pada suku kedua 2026 di kilang Chery Corporate Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor. 

Kumpulan pertama unit CKD ini dijangka akan mula tiba di semua rangkaian pengedar sah iCAUR di seluruh negara menjelang penghujung Mei 2026. Continue reading iCAUR Malaysia Mulakan Pemasangan Tempatan Model iCAUR 03; Harga Bermula RM129,880

BYD tak kemana! Berjanji akan terus tawarkan produk terbaik kepada pembeli di Malaysia

Liu berkata pelancaran bilik pameran di jalan Macalister yang gah adalah petanda jelas yang mereka tidak merancang untuk meninggalkan pasaran Malaysia malah akan terus membuka beberapa cawangan baru dalam masa terdekat.
Perancang untuk memperkenalkan model baru dan dikemaskini juga akan diteruskan seperti biasa kerana mereka merasakan Malaysia dalah antara pasaran penting untuk jenama tersebut. Continue reading BYD tak kemana! Berjanji akan terus tawarkan produk terbaik kepada pembeli di Malaysia

SAIC Motor Malaysia Mulakan Pemasangan EV Pertama MG di Melaka

SAIC Motor Malaysia mengumumkan rancangan untuk memulakan pemasangan tempatan kenderaan MG di Malaysia pada separuh pertama 2026, menandakan pencapaian penting dalam membawa produk MG lebih dekat kepada pelanggan tempatan sambil mengukuhkan pertumbuhan serantau jenama.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi, dengan kehadiran Pengerusi Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia (MARii), Datuk Dr Aminar Rashid, dan Pengerusi Eksekutif EP Manufacturing Berhad (EPMB), Hamidon Bin Abdullah, semasa acara khas yang dihadiri oleh rakan kongsi, media dan pihak berkepentingan industri utama. Continue reading SAIC Motor Malaysia Mulakan Pemasangan EV Pertama MG di Melaka