MPV Anti-Mabuk Perjalanan: Nissan Serena e-POWER Terima 1,300 Tempahan

Berbeza dengan hibrid konvensional, sistem e-POWER menggunakan motor elektrik sepenuhnya untuk memacu roda, manakala enjin petrol hanya berfungsi sebagai penjana kuasa (generator).

Tork Segera: Memberikan pecutan linear yang lancar tanpa gangguan penukaran gear atau sela masa (lag).

Pengurangan ‘Diving’: Kawalan motor elektrik yang tepat mengurangkan pergerakan kasar ketika membrek atau memecut, yang sering menjadi punca utama rasa mual penumpang.

e-Pedal Step: Membolehkan pemanduan satu pedal untuk mengurangkan keletihan pemandu dalam kesesakan lalu lintas. Continue reading MPV Anti-Mabuk Perjalanan: Nissan Serena e-POWER Terima 1,300 Tempahan

GWM Malaysia Sasar Jualan 60,000 Unit dan Tekad Jadi Antara Tiga Jenama China Teratas Menjelang 2028

Bagi mencapai kedudukan utama tersebut, GWM Malaysia menyasarkan penguasaan enam peratus pegangan pasaran menjelang tahun 2028. Strategi ini akan bertumpu kepada pengenalan barisan SUV yang lebih meluas serta kepelbagaian pilihan rangkaian kuasa yang merangkumi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid (HEV/PHEV), dan kenderaan elektrik (BEV). Continue reading GWM Malaysia Sasar Jualan 60,000 Unit dan Tekad Jadi Antara Tiga Jenama China Teratas Menjelang 2028

Tesla Model Y L Mendarat Di Malaysia: Lebih Panjang, 6-Tempat Duduk, Lambat, Tapi Akhirnya Fungsi V2L ditawarkan

Perubahan fizikal ini bukan sahaja memberi ruang kaki yang lebih luas, malah bumbungnya juga ditingkatkan sedikit bagi memastikan penumpang di baris ketiga tidak merasa terhimpit. Berbeza dengan versi 7-tempat duduk di pasaran luar, versi Malaysia ini menggunakan susunan 2-2-2. Penggunaan captain seat di baris kedua bermaksud akses ke baris ketiga menjadi jauh lebih mudah melalui lorong tengah. Continue reading Tesla Model Y L Mendarat Di Malaysia: Lebih Panjang, 6-Tempat Duduk, Lambat, Tapi Akhirnya Fungsi V2L ditawarkan

Hayden Haikal Cipta Kejutan, Rai Podium Sulung di Porsche Sprint Cup Australia

Kejayaan tersebut dianggap luar biasa memandangkan Hayden turun sebagai pelumba debut dengan pendedahan yang sangat terhad terhadap karakter litar dan jentera Porsche yang digunakan. Meskipun memulakan hujung minggu dengan masa latihan yang minima, beliau membuktikan keupayaan adaptasi yang pantas apabila berjaya memperbaiki catatan masa dalam setiap sesi sebelum akhirnya memintas kelompok pelumba hadapan bagi mengesahkan kedudukan P3. Continue reading Hayden Haikal Cipta Kejutan, Rai Podium Sulung di Porsche Sprint Cup Australia

Isuzu D-MAX 2026 Tiba Di Malaysia: Enjin 2.2L Turbo & 8AT untuk single cab Harga bermula RM103K

Walaupun ramai menyangka enjin ini hanyalah versi 1.9L yang diperbesarkan, hakikatnya unit 2.2L ini telah direka semula dan dibina semula sepenuhnya (ground-up). Jurutera Isuzu memfokuskan kepada ketahanan, pengurangan berat, keseimbangan, dan tahap NVH (bunyi, getaran, dan kekasaran) yang lebih rendah dengan sesaran optimum 2,164cc. Continue reading Isuzu D-MAX 2026 Tiba Di Malaysia: Enjin 2.2L Turbo & 8AT untuk single cab Harga bermula RM103K

Proton e.MAS 7 2026 Adalah Pilihan Tepat Untuk Berpisah Dengan Kereta Petrol

Menurut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan, lebih daripada  9,000 unit  Proton e.MAS 7 telah dijual sejak bulan Januari 2025.

Minat terhadap EV terus meningkat di dua bulan pertama 2026 dan dijangka akan terus naik kerana perang antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran dijangka akan menyebabkan kenaikan berterusan harga minyak dunia. Continue reading Proton e.MAS 7 2026 Adalah Pilihan Tepat Untuk Berpisah Dengan Kereta Petrol

GR Heritage Parts akan hasilkan Dashboard Supra A80 untuk restorer

Bukan sekadar cetakan semula, Toyota melakukan peningkatan signifikan dari aspek teknikal material. Dashboard kereta klasik sering menjadi mangsa cuaca ekstrem; pendedahan kepada cahaya matahari selama berpuluh tahun biasanya menyebabkan plastik asal mengecut, retak, atau pecah. Continue reading GR Heritage Parts akan hasilkan Dashboard Supra A80 untuk restorer

TGR Racing Malaysia Lebar Sayap ke Thailand Super Series; Pertaruh Jentera GR Supra GT4 EVO2 dan Barisan Pemandu Elit Tempatan

Pasukan ini akan mempertaruhkan dua jentera Toyota GR Supra GT4 EVO2 yang dibangunkan khusus oleh TGR Racing Europe. Jentera ini merupakan evolusi teknikal yang menerima penambahbaikan signifikan pada sistem brek, tetapan penyerap hentak, serta kalibrasi ABS yang lebih jitu hasil maklum balas daripada litar lumba seluruh dunia. Di bawah seliaan krew teknikal gabungan kepakaran Malaysia dan Jepun, jentera ini bakal berentap dengan pesaing hebat lain seperti Porsche 718 Cayman GT4 RS Clubsport dan Mercedes AMG GT4 dalam kalendar lima pusingan yang cukup mencabar. Continue reading TGR Racing Malaysia Lebar Sayap ke Thailand Super Series; Pertaruh Jentera GR Supra GT4 EVO2 dan Barisan Pemandu Elit Tempatan

Proton e.MAS 5 Kukuh Kedudukan Sebagai EV No. 1 Malaysia; Lepasi Jualan 5,000 Unit

Model pertama dari sub-jenama PRO-NET ini secara rasmi telah melepasi angka jualan 5,000 unit, sekali gus mengekalkan takhtanya sebagai EV paling laris di Malaysia bagi bulan Januari dan Februari 2026. Continue reading Proton e.MAS 5 Kukuh Kedudukan Sebagai EV No. 1 Malaysia; Lepasi Jualan 5,000 Unit