Prestasi Jualan Rekod & Percaturan Platform AMA: Strategi PROTON Mula Mengunci Pasaran Automotif Malaysia

SUBANG JAYA – Apabila PROTON mengumumkan prestasi jualan Ogos dengan jumlah keseluruhan 22,632 unit—pencapaian prestasi bulanan terbaik syarikat sejak penubuhan dan peningkatan dari rekod terakhir pada Januari 2010—kebanyakan pemerhati industri menumpukan perhatian kepada angka prestasi semasa tetapi ini adalah hasil usaha hampir sepuluh tahun.

Peningkatan jualan Proton Saga yang mencatatkan 7,347 unit jelas menunjukkan kekuatan utama Proton masih pada pemahaman pasaran temaptan mereka manakala serta jenama kenderaan teras elektrik Proton e.MAS yang menyerahkan 6,047 unit dalam masa sebulan sahaja menjadi bukti pentingnya produk dilancarkan pada masa yang tepat semasa anjakan pasaran berlaku.

Namun, bagi pemerhati yang menilai dinamik automotif tempatan secara mendalam, angka prestasi Ogos ini sekadar gambaran luaran. Cerita sebenar yang yang bermula pada 2017 apabila perjanjian dengan Geely dimetrai dan berlaku transformasi sepanjang tempoh tersebut.

Antara kunci kejayaan besar ialah kelahiran semula produk PIES melalui platform produk generasi seterusnya—terutamanya menerusi pembangunan model berasaskan Advanced Modular Architecture (AMA).

Datuk Ir. Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, berkata angka jualan domestik tertinggi dalam sejarah Proton adalah pencapaian penting yang mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan syarikat.

“Rangkaian model kami terus menawarkan teknologi, reka bentuk, kualiti, keselamatan dan prestasi, disokong oleh proposisi nilai yang kukuh.

“Pada masa yang sama, kami mencatatkan peningkatan kukuh dalam perniagaan eksport, terutamanya dalam pemasangan kenderaan untuk rakan kongsi kami, Geely. Manakala usaha berterusan oleh pasukan Proton e.MAS telah membolehkan jenama ini menguasai pegangan pasaran dominan dalam pasaran EV.

“Hasilnya, PROTON berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran volum dan kewangan akhir tahun, yang memberi manfaat kepada keseluruhan ekosistem automotif tempatan”, tambah beliau.

Pencapaian Semasa: Disokong Model ICE & Imbangan xEV

Berdasarkan data terkini, kumulatif jualan YTD (sehingga Ogos) PROTON kini mencecah 141,421 unit, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 40.2% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Pegangan pasaran tahunan syarikat berada pada paras 25.6%.

  • Teras Model Enjin Pembakaran Dalaman (ICE): Proton Saga kekal menjadi pemacu angka jualan utama dengan jumlah YTD menghampiri 60,000 unit. Di segmen sedan C, Proton S70 melangkaui penanda aras 3,000 unit sebulan buat julung kalinya apabila 3,235 unit diserahkan pada Ogos (YTD 17,953 unit). Manakala penawaran SUV menerusi X50 (2,274 unit) dan X90 (471 unit) terus memimpin kategori masing-masing.
  • Larian Pesat Rangkaian Sub-Jenama xEV: Bahagian EV menerusi PRO-NET mencatatkan jualan 27,860 unit YTD. Penguasaan ini digerakkan oleh Proton e.MAS 5 yang mencatatkan 4,818 unit pada Ogos—rekod tertinggi bulanan di Malaysia untuk satu model EV. Rangkaian ini turut diperkuatkan oleh e.MAS 7 (613 unit) dan varian e.MAS 7 PHEV (616 unit) yang mula ditingkatkan pengeluarannya secara CKD di kilang Tanjong Malim.

Platform AMA & Saga Cross (AMA02): ‘Missing Puzzle’ Pasaran Mass-Market

Meskipun portfolio sedia ada menunjukkan prestasi cemerlang, adalah jelas kekuatan utama Proton terletak pada produk asala tempatan yan gmenepati kewangan dan citarasa kelompok besar pembeli Malaysia, barisan model PIES (Persona, Iriz, Exora, Saga) berasaskan platform terdahulu mempunyai julat hayat produk yang perlu digantikan. Di sinilah platform Advanced Modular Architecture (AMA)memainkan peranan penting.

Pembangunan model crossover baharu (kod projek AMA02 / dijangka dikenali sebagai Saga Cross) merupakan langkah strategik PROTON untuk mengisi lompang pasaran antara RM50,000 hingga RM70,000.

Tiga Aspek Utama Platform AMA02:

  1. Seni Bina Modular Fleksibel: Platform AMA dibina dari awal untuk menyokong pelbagai jenis bentuk badan dan trenkuasa—daripada enjin pembakaran dalaman konvensional, hibrid, hinggalah kenderaan elektrik penuh (BEV). Ini memastikan tahap ketegaran casis, ruang kabin, dan integriti keselamatan mencapai piawaian antarabangsa terkini.
  2. Kesesuaian Trenkuasa Pemanduan Bandar: Penggunaan enjin 1.5L i-GT (BHE15) yang dipadankan dengan transmisi automatik Aisin 4-kelajuan untuk varian petrol asas memberi respons pemanduan bandar yang lancar tanpa keresahan jangka panjang terhadap transmisi CVT. Manakala pengenalan varian hibrid DHT120 (Dedicated Hybrid Transmission) menyasarkan kecekapan bahan api maksimum untuk pemanduan harian.
  3. Pilihan Crossover Berbanding Sedan Tradisional: Trend pembelian pengguna tempatan jelas menunjukkan peralihan ke arah kenderaan dengan jarak kelegaan tanah (ground clearance) yang lebih tinggi. Saga Cross memberikan alternatif mampu milik kepada pembeli yang mahukan gaya hidup crossover tanpa perlu melangkah ke julat harga SUV B-segment seperti X50 atau Honda WR-V.

JIka kita nilai sambutan pasaran terhadap setiap gambar ujian model tersebut yang dilihat dilebuhraya dan laluan bandar, jelas pasaran sangat menanti kelahiran produk ini.

Pembangunan Rangkain Pengecaj

Penerimaan baik pasaran terhadap model NEV Proton telah membuktikan bahawa anjakan pasaran sedang berlaku seperti yang dirancagkan oleh pihak pentadbiran dan mengikut trend perubahan global, keadaan ini telah menyingkap kelemahan infrastruktur pengecaj di Malaysia, berita baik Pro-Net kini sedang bekerjasama dengan operator rangkaian caj untuk mengembangkan rangkaian sedia ada.

Kami di Electronikar sangat menyokong langkah syarikat automotif untuk menyertai pembangunan infrastruktur mengecaj kerana mereka antara pihak yang akan menikmati hasil dan bua masa sekarang mereka mempunyai data penting taburan kenderaan elektrik dna PHEV di seluruh negara bagi membantu perancangan binaan.

Hub Eksport Tanjong Malim & Skalabiliti Pengeluaran

Keupayaan PROTON untuk mengekalkan penetapan harga yang agresif disokong oleh struktur pengeluaran di Tanjong Malim. Pelaburan dalam fasiliti stamping baharu, kilang enjin, dan talian pemasangan khas xEV membolehkan PROTON menjalankan operasi pemasangan kontrak untuk model-model jenama Geely bagi pasaran eksport pemanduan sebelah kanan (RHD).

Dengan jualan eksport mencecah 6,059 unit YTD (melepasi keseluruhan jualan eksport tahun 2025 dalam tempoh lapan bulan), kecekapan skala pengeluaran (economies of scale) ini mengurangkan kos margin per unit, sekali gus memberi kelebihan kos yang dipindahkan semula kepada penawaran produk tempatan.

Prospek Akhir Tahun & Persaingan Pasaran

Dengan momentum semasa, PROTON berada pada kedudukan yang amat kukuh untuk menamatkan tahun ini dengan jumlah jualan melepasi sasaran 200,000 unit.

Kunci kejayaan jangka panjang PROTON bukan sekadar bergantung pada penembusan EV menerusi rangkaian e.MAS, tetapi kejayaan pelaksanaan pelancaran model-model berasaskan platform AMA.

Sekiranya PROTON berjaya mengimbangi penawaran spesifikasi, keselesaan kabin, dan kualiti binaan pada julat harga mampu milik, platform baharu ini bakal menjadi benteng utama dalam mempertahankan pegangan pasaran automotif tempatan daripada saingan terdekat.

Leave a Reply