Hyundai STARGAZER Rasmi Dilancar di Malaysia: MPV “WEhicle” Bermula RM99,800 dengan Jaminan Nilai Pasaran Terpakai

Pasaran MPV 7-tempat duduk segmen B tempatan kini menyaksikan kemasukan pencabar yang jauh lebih agresif. Hyundai Motor Malaysia (HMY) secara rasminya melancarkan model baharu yang dijenamakan sebagai Hyundai STARGAZER—atau dirujuk sebagai “WEhicle” (kenderaan untuk keluarga)—dengan tanda harga bermula dari RM99,800. Dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah Urusannya, Ms Jahabarnisa Haja Mohideen, model ini direka khusus untuk merungkai keperluan praktikal isi rumah moden Malaysia, menggabungkan ruang pintar, keselesaan premium, serta pakej … Continue reading Hyundai STARGAZER Rasmi Dilancar di Malaysia: MPV “WEhicle” Bermula RM99,800 dengan Jaminan Nilai Pasaran Terpakai

300 Unit Pertama Hyundai STARGAZER Selamat Tiba di Malaysia, Pelancaran Rasmi Menanti

Oleh Shamsul Yunos Penantian para peminat kenderaan pelbagai guna (MPV) tempatan akhirnya bakal bernoktah apabila Hyundai Motor Malaysia (HMY) secara rasmi mengumumkan ketibaan kelompok pertama sebanyak 300 unit Hyundai STARGAZER baharu di Malaysia. Penghantaran perdana ini merangkumi kesemua tiga varian utama yang ditawarkan untuk pasaran tempatan, iaitu Style, Prime, dan X. Diposisikan sebagai sebuah ‘WEhicle’, STARGAZER direka khusus untuk memenuhi keperluan keluarga moden dan individu … Continue reading 300 Unit Pertama Hyundai STARGAZER Selamat Tiba di Malaysia, Pelancaran Rasmi Menanti

Hyundai N Rasmi Mendarat di Sarawak Dengan Pembukaan 3S Kuching—Hab Eksklusif ‘IONIQ 5 N’ & ‘IONIQ 6 N’ di Borneo!

Apa yang menarik, pusat 3S seluas 7,500 kaki persegi yang terletak di Jalan Abell, Padungan ini bukan sekadar pusat pameran biasa. Ia telah dipilih secara rasmi sebagai pengedar eksklusif bagi sub-jenama berprestasi tinggi Hyundai N di pasaran Borneo!

Langkah ini sekali gus menyaksikan jentera hebat elektrik penuh yang baru sahaja diluncurkan di acara KLIMS 2026—iaitu IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N—kini boleh didapati, dipandu uji, dan diservis secara rasmi terus di Sarawak tanpa perlu diimport dari Semenanjung. Continue reading Hyundai N Rasmi Mendarat di Sarawak Dengan Pembukaan 3S Kuching—Hab Eksklusif ‘IONIQ 5 N’ & ‘IONIQ 6 N’ di Borneo!

Hyundai Stargazer: Tontonan Awal Di KLIMS 2026; Tempahan Kini Dibuka Dengan Anggaran Harga Bermula RM99K

Bagi pasaran tempatan, Hyundai Stargazer ditawarkan dalam tiga pilihan trim dengan anggaran harga bermula RM99,000 bagi varian asas Style tujuh tempat duduk, RM109,000 untuk varian pertengahan Prime tujuh tempat duduk, dan RM121,000 bagi varian tertinggi berimej SUV, Stargazer X enam tempat duduk. Continue reading Hyundai Stargazer: Tontonan Awal Di KLIMS 2026; Tempahan Kini Dibuka Dengan Anggaran Harga Bermula RM99K

MPV Futuristik Bakal Tiba: Hyundai Stargazer Diacah Untuk Pasaran Malaysia Di KLIMS 2026

Kemunculan model ini pastinya amat dinanti-nantikan, dan ia dijangka kuat bakal membuat penampilan sulung secara rasmi di hadapan khalayak tempatan sempena acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 yang akan membuka tirainya pada Jumaat ini di MITEC. Continue reading MPV Futuristik Bakal Tiba: Hyundai Stargazer Diacah Untuk Pasaran Malaysia Di KLIMS 2026

Hyundai Motor Malaysia Perluas Rangkaian di Petaling Jaya Bersama Palm Motor

“Melalui Palm Motor, Hyundai kembali ke Petaling Jaya untuk mendekatkan jenama ini dengan komuniti setempat. Fokus kami adalah memberikan pengalaman pelanggan yang menyeluruh, daripada proses pembelian sehingga sokongan selepas jualan yang boleh dipercayai,” kata Cedric Choo, Prinsipal Pengedar Palm Motor Sdn Bhd. Continue reading Hyundai Motor Malaysia Perluas Rangkaian di Petaling Jaya Bersama Palm Motor

Hyundai Malaysia Perkukuh Rangkaian Jualan; Perkenal Pelan Perlindungan Kenderaan Hingga 15 Tahun

Presiden Hyundai Motor Malaysia, Eric Lee, menyatakan bahawa kerjasama ini berlandaskan tema “Sentiasa di sisi anda” yang menekankan komitmen jangka panjang syarikat terhadap pelanggan dan rakan niaga. Beliau yakin pengalaman luas HZN dalam industri automotif sejak tahun 2011 akan menjadi sokongan utama kepada matlamat pengembangan Hyundai untuk berhubung dengan lebih baik bersama pelanggan di peringkat runcit. Continue reading Hyundai Malaysia Perkukuh Rangkaian Jualan; Perkenal Pelan Perlindungan Kenderaan Hingga 15 Tahun