Xpeng Mona L03: Talian Hayat Yang Pengedar Perlukan, Dan Kenapa Anda Kena Mula Menabung Sekarang!

Bagi Xpeng dan pengedar rasminya di Malaysia, model-model awal seperti crossover G6 atau MPV mewah X9 hanyalah sekadar batu lonjakan untuk membina imej jenama. Hakikat komersialnya, model-model premium tersebut tidak mampu memberikan angka jualan volum (volume) yang besar untuk menjustifikasikan pelaburan kilang pemasangan. Mereka memerlukan sebuah ‘hero pasaran massa’—dan talian hayat itu kini hadir dalam bentuk sebuah SUV gaya hidup terbaharu: Xpeng Mona L03.
Continue reading Xpeng Mona L03: Talian Hayat Yang Pengedar Perlukan, Dan Kenapa Anda Kena Mula Menabung Sekarang!

Transformasi Atto 2: Mengapa Peralihan ke Pacuan Belakang (RWD) Mengubah Segalanya?

Dulu, kita anggap facelift hanyalah sekadar menukar bentuk lampu atau rekaan bamper. Namun, di China, ia bermaksud rombakan mekanikal total. Kali ini, model BYD Atto 2 (atau dikenali sebagai Yuan UP di China) menjadi bukti nyata bahawa pengeluar China tidak menunggu lama untuk “membina semula” kereta mereka agar sentiasa relevan. Continue reading Transformasi Atto 2: Mengapa Peralihan ke Pacuan Belakang (RWD) Mengubah Segalanya?

Xiaomi Vision GT Melangkah Dari Gran Turismo ke Dunia Nyata: Hyper GT Elektrik Pertama Hampir Siap Untuk Pasaran?

Sebelum ini, Xiaomi secara jelas dan terbuka menyatakan bahawa rekaan supercar Vision GT fizikal yang mereka tunjukkan hanyalah sekadar model konsep pameran digital eksklusif untuk francais permainan video Gran Turismo Continue reading Xiaomi Vision GT Melangkah Dari Gran Turismo ke Dunia Nyata: Hyper GT Elektrik Pertama Hampir Siap Untuk Pasaran?

Malaysia Pasaran Ekspot Pertama terima Denza Z9 GT Baharu Dengan Teknologi ‘Flash Charging’

Kami berada di Zhengzhou, China baru-baru ini untuk menguji sebuah jentera yang bukan sahaja mahu memadamkan terus jenaka pemilik kereta ICE ini, malah meletakkan Malaysia sebagai pasaran luar negara pertama di dunia yang bakal menerimanya tak lama lagi: Denza Z9 GT. Continue reading Malaysia Pasaran Ekspot Pertama terima Denza Z9 GT Baharu Dengan Teknologi ‘Flash Charging’

Mudahkan Pengecasan EV Di Rumah, Volvo Wallbox Rasmi Diluncurkan Di Malaysia Bersama Aplikasi Pintar

Direka sendiri secara dalaman oleh Volvo Cars, pengecas domestik ini menggabungkan fungsi ketersambungan pintar dengan estetika minimalis Scandinavia. Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada komitmen jenama tersebut untuk menyokong ekosistem pemilikan kenderaan elektrik yang lancar. Continue reading Mudahkan Pengecasan EV Di Rumah, Volvo Wallbox Rasmi Diluncurkan Di Malaysia Bersama Aplikasi Pintar

Naza Eastern Motors Lancar Suzuki e VITARA: Kembar Toyota Urban Cruiser Kini Tiba Pada Harga RM188,000!

Pelancaran ini pastinya mengujakan peminat automotif tempatan, terutamanya bagi mereka yang menyedari bahawa e VITARA ini merupakan “kembar seiras” kepada Toyota U Continue reading Naza Eastern Motors Lancar Suzuki e VITARA: Kembar Toyota Urban Cruiser Kini Tiba Pada Harga RM188,000!

Proton e.MAS Tawarkan Kadar Pengecasan Strata Terendah RM0.63/kWh.

Menerusi siaran akhbar terbaharu, rangkaian pengecasan Proton e.MAS kini telah merangkumi lebih daripada 1,500 mata pengecasan di sekeliling 500 kondominium yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

Tumpuan utama rangkaian ini sudah semestinya di kawasan berkepadatan tinggi seperti Kuala Lumpur, Selangor (Lembah Klang), Pulau Pinang, dan Johor. Walau bagaimanapun, peluasan ini turut menyasarkan bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak bagi memastikan tiada pengguna luar Semenanjung yang terpinggir. Continue reading Proton e.MAS Tawarkan Kadar Pengecasan Strata Terendah RM0.63/kWh.

Pelaburan Mega RM2.2 Bilion: Chery Rai Fasa Akhir Struktur Kilang Terbesar di Malaysia

Acara ini menandakan siapnya fasa struktur utama bagi kilang pemasangan terbesar Chery di Malaysia. Langkah ini sekali gus memperkukuh keyakinan syarikat gergasi dari China itu untuk menjadikan Malaysia sebagai hab strategik serantau ASEAN. Continue reading Pelaburan Mega RM2.2 Bilion: Chery Rai Fasa Akhir Struktur Kilang Terbesar di Malaysia

Perodua QV-E Mula Belayar ke Sabah & Sarawak: Peluang Pandu Uji Bermula 15 Julai Ini!

Perodua QV-E dijangka sedia untuk tatapan umum di Sabah dan Sarawak bermula 15 Julai 2026. Pelanggan yang berminat bukan sahaja boleh melihat model ini secara dekat, malah boleh melakukan sesi pandu uji serta membuat tempahan terus di bilik pameran terpilih yang akan diumumkan tidak lama lagi. Continue reading Perodua QV-E Mula Belayar ke Sabah & Sarawak: Peluang Pandu Uji Bermula 15 Julai Ini!