DENZA Z9GT kereta elektrik paling berbaloi di Malaysia? RM359K untuk supercar shooting brake 1,156PS, range 1,000km untuk keluarga.
Walaupun ada ketika hujan dilihat seperti cemburu dengan majlis, tetapi sebenarnya renyai sementara hanya menambah kepada kehangatan pelancaran Denza Z9 GT yang berlatar belakang menara berkembar KLCC. Kini Malaysia rasmi menjadi pasran ekspot pertama untuk supercar keluarga dengan pemanduan kanan. Kita juga pasaran pertama di Asia Pasifik untuk jentera ini.
Denza Z9GT boleh diibaratkan sebagai simfoni kejuruteraan teras teknologi kenderaan elektrik masa depan dan antara tonggak utama ialah keupayaan mengecaj sehingga 70 peratus dalam tempoh lima minit dan sistem pacuan empat roda yang juga menggabungkan keupayaan stereng di setiap bucu.
Walaupun dilengkapi dengan tiga motor yang menjana 1,156PS dan mampu memecut ke 100km/j dalam tempoh 2.6 saat dan dilengkapi denganpelbagai peralatan mewah, Denza telah memilih untuk menjadikannya ‘mampu milik’.
Jangkaan awal hampir semua rakan rakan media, termasuk kami harganya mungkin berada sekitar RM600K ke atas, sesuai dengan spesifikasi yang mengkagumkan tetapi terbukti meleset apabila Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma mengumumkan RM359,000 sebagai mahar.
Awalnya kerjasama bersama Mercedes-Benz
Bagi yang belum mengenali jenama eksklusif ini, DENZA dilahirkan pada tahun 2010 hasil usaha sama strategik (50-50) antara gergasi teknologi BYD dan jenama mewah legenda, Mercedes-Benz.
Walaupun kini hak milik penuh telah diambil alih oleh BYD menerusi penyusunan semula korporat, DNA kemewahan gaya Eropah kekal bergabung dengan digabungkan teknologi terkini China untuk menghasilkan sebuah shooting brake yang tak segan dibandingkan dengan mana mana jenama mewah atau berprestasi tinggi dunia.
Dengan satu langkah, Denza kini adalah sebuah jenama yang bersaing pada tahap tertinggi teknologi tapi dengan menawarkan nilai yang sangat baik untuk pembeli.
Keanggunan rekabentuk
Dibina di bawah falsafah reka bentuk “Technology Drives Elegance”, aliran siluet DENZA Z9GT dinamik, maskulin, namun kekal sofistikated. Garis badannya yang meliuk dari hadapan hingga ke belakang bukan sahaja kelihatan anggun, malah memberikan pekali heretan aerodinamik yang sangat cekap.
Namun, di sebalik kemegahan fizikal dan kemewahan yang melimpah-ruah ini, timbul satu keraguan yang mula bermain di minda para peminat kelajuan.
Adakah jentera seberat dan semewah ini akan terasa malas apabila pemandu mahu bergegas?
Dengan segala kemewahan kabin, sistem audio Devialet® yang sarat, serta bateri berkapasiti mega, adakah Z9GT ini sekadar sebuah kereta mewah yang berat, lembap di selekoh, dan mengambil masa yang lama untuk mengumpul momentum pecutan? Adakah kita terpaksa akur bahawa kemewahan melampau ini perlu dibayar dengan mengorbankan kepuasan adrenalin?
Sabar dahulu. Sebelum kita merungkai jawapan kepada keraguan itu, mari kita bedah terlebih dahulu teknologi “gila” yang dipasang pada jentera ini.
Platform e3 & Pengecasan Kilat yang Menentang Hukum Fizik
DENZA Z9GT dibina di atas Platform e3, sebuah seni bina kenderaan pintar paling maju yang pernah dihasilkan oleh DENZA. Platform ini membolehkan kawalan dinamik kenderaan yang hampir mustahil dilakukan oleh kereta konvensional sebelum ini.
Kelincahan Luar Biasa: Sistem Kemudi Roda Belakang 15°
Walaupun mempunyai saiz fizikal sebuah GT yang panjang, Z9GT mampu mencelah di ruang sempit dengan begitu mudah. Terima kasih kepada sistem stereng gandar belakang (rear axle steering) yang mampu berpusing sehingga 15 darjah! Ini memberikan radius putaran sekecil 4.62 meter sahaja—setanding dengan sebuah kereta hatchback kompak!
Bukan itu sahaja, platform e3 ini turut membawakan ciri-ciri pemanduan futuristik seperti:
Crab Mode (Mod Ketam): Membolehkan kereta bergerak secara menyerong untuk keluar dari parkir yang sempit.
Pencil Compass Turn: Kereta mampu berpusing setempat seperti sebuah kompas.
e3 Parking & Vehicle Motion Control (VMC): Memastikan kestabilan maksimum dan kawalan jitu dalam apa jua senario pemanduan ekstrim.
Bateri Bilah Generasi Kedua & Pengecasan 9 Minit!
Z9GT merupakan antara model pertama yang dilengkapi dengan Bateri Blade Generasi Kedua BYD dengan kapasiti gergasi 122.49 kWh dan seni bina voltan tinggi 1,000V. Bateri ini menawarkan ketumpatan tenaga 5% lebih tinggi berbanding generasi terdahulu tanpa mengorbankan standard keselamatan tertinggi yang sinonim dengan siri Blade.
Sistem ini menyokong Teknologi Pengecasan Kilat (Flash Charging) BYD yang sangat gila:
Mengecas dari 10% ke 70% hanya mengambil masa 5 minit!
Mengecas dari 10% ke 97% pula diselesaikan dalam masa 9 minit sahaja!
Ini bermakna, tempoh masa anda berhenti untuk membeli secawan kopi di lebuh raya sudah lebih daripada cukup untuk memberikan kuasa pemanduan sehingga 701 km (NEDC)!
Kabin Kelas Pertama: Ruang Santai VIP
Melangkah masuk ke dalam kabin, anda akan disambut oleh material premium yang membungkus setiap sudut ruang. Z9GT dilengkapi dengan sistem bunyi Devialet® 20-pembesar suara untuk kualiti audio tahap konsert, sambungan pintar yang dikuasakan oleh pemproses prestasi tinggi dengan Google built-in, serta pilihan kombinasi warna dalaman yang sangat eksklusif:
Rime Gold (Luaran): Boleh dipadankan dengan dalaman Dark Chocolate & Perg Beige, atau kemasan All-Blackdengan tempat duduk suede jahitan kuning.
Obsidian Black (Luaran): Boleh dipadankan dengan kemasan dalaman dramatik Dark Chocolate & Red Velvet, Dark Chocolate & Perg Beige, atau All-Black suede dengan jahitan kuning.
Angka Gila yang Merobek Segala Keraguan!
Kini, tibalah masanya untuk kita menjawab kebimbangan peminat kelajuan tegar: Adakah kereta yang penuh dengan kemewahan kelas bangsawan ini lembap dan malas?
Jawapannya adalah: Sama sekali tidak! Malah ia adalah sebuah raksasa yang menakutkan!
DENZA Z9GT tidak menggunakan satu, bukan juga dua, tetapi tiga motor elektrik (Tri-Motor All-Wheel Drive)! Nadi perkasa ini menghasilkan kuasa maksimum yang sangat tidak masuk akal, iaitu sebanyak 850 kW (bersamaan 1,156 PS!) dan tujahan tork raksasa setinggi 1,210 Nm!
Apabila pedal pendikit dipijak rapat:
0 hingga 100 km/j hanya memerlukan masa 2.7 saat sahaja!
Ya, anda tidak salah dengar. 2.7 saat! Ini adalah zon pecutan yang biasanya hanya dihuni oleh hypercar eksotik bernilai jutaan ringgit. DENZA Z9GT telah memecahkan tembok fizik dengan membuktikan bahawa sebuah jentera grand tourer seberat ini mampu meluncur sepantas kilat, menolak tubuh anda rapat ke tempat duduk suede mewah manakala pemandangan di luar tingkap menjadi kabur seketip mata!
Pakej Pemilikan Tanpa Ragu: Ketenangan Minda Mutlak
Bagi memastikan para pemilik dapat menikmati kuasa luar biasa ini tanpa sebarang kegusaran, DENZA Malaysia menawarkan Pakej Pembeli yang sangat komprehensif:
Waranti Kenderaan: 6-Tahun atau 150,000 km.
Servis Penyelenggaraan Berjadual Percuma: 6-Tahun bernilai RM10,000.
Waranti Bateri Voltan Tinggi: 8-Tahun atau 160,000 km.
Waranti Unit Pacuan (Drive Unit): 8-Tahun atau 160,000 km.
Hadiah Eksklusif: Sepasang fon puting telinga (earbuds) ultra-premium hasil kolaborasi DENZA x Devialet®bernilai RM2,000 secara percuma!
Uji Pandu Sekarang!
Adakah anda bersedia untuk merasai sendiri magis e3, kehebatan pusingan kompas, dan pecutan 2.7 saat yang bakal membuatkan jantung anda berhenti seketika?
DENZA Z9GT kini sedia untuk dilihat dan diuji pandu di semua rangkaian Bilik Pameran Premium DENZA di seluruh negara:
DENZA Balakong | DENZA Glenmarie | DENZA KLCC | DENZA KL North | DENZA Old Klang Road | DENZA Melaka | DENZA Penang | DENZA Skudai