Sebelum ini, Xiaomi secara jelas dan terbuka menyatakan bahawa rekaan supercar Vision GT fizikal yang mereka tunjukkan hanyalah sekadar model konsep pameran digital eksklusif untuk francais permainan video Gran Turismo 7 di PlayStation. Mereka menegaskan bahawa ia bukan sebuah model kereta jalanan yang akan diproduksikan.
Tetapi konsep tersebut sememangnya membuatkan ramai terguir kerana, keupayaan Xiaomi SU7 Ultra sudah terbukti di litar Nurburgring dan ramai yang menanti versi dua pintu atau GT tetapi agak kecewa bila syariakt tersebut menafikan ia akan dihasilkan untuk pasaran.
Kini gambar pertama model tersebut sudah mula bocor di alam maya.
Dalam siri gambar yang mula tersebar luas ini kelihatan sebuah kereta sarat dengan pelekat penyamaran dan walaupun tiad alog kelihatan tetapi rekabentuk grafik lampu adalah sangat dikenali sebagai gaya asal Xiaomi.
Rekabentuk dua pintu juga jelas kelihatan dalam gambar ini, langsung menaikkan spekulasi bahawa mereka sudah sampai ke thap akhir penghasilan jentera dua pintu yang mula ditayangkan sebagai Vision GT sebelum ini.
Antara Konsep Digital & Realiti Jalan Raya

Rekabentuk kereta yang bersalut pelekat ini memang mirip Vision GT, namun, terdapat perbezaan ketara antara konsep maya dan prototaip ujian ini:
- Adaptasi Produksi: Prototaip ini jelas diubah suai untuk kegunaan jalan raya dengan ruang kabin dua pintu yang praktikal, berbanding kokpit radikal Vision GT.
- Elemen Aerodinamik: Kehadiran sayap belakang karbon jenis swan-neck dan diffuser multi-lapisan menunjukkan Xiaomi tidak hanya meniru rupa paras, tetapi benar-benar membawa teknologi aerodinamik ekstrem daripada konsep digital tersebut ke dunia nyata.
Antara ciri lain yang jelas kelihatan ialah Diffuser Multi-Lapisan: Rekaan bamper bawah yang sangat besar untuk mengoptimumkan aliran udara. Rim Multi-Spoke & Angkup Brek Kuning: Menandakan sistem brek berprestasi tinggi untuk pemanduan litar tegar.
Sistem pengurusan haba dan penyejukan bateri jentera ini dilaporkan dibina berasaskan evolusi platform penyejukan SU7 Ultra, bagi memastikan sel bateri tidak mengalami overheating ketika diperah pada tahap ekstrem.
Misteri Nadi Kuasa: Kuasa Gergasi yang Menggugat Jiwa

Di sebalik rupa parasnya yang sasa, perkara yang paling mencetuskan tanda tanya dan mendebarkan para peminat automotif ialah apa yang berada di bawah hudnya.
Spekulasi kuat bertiup bahawa Xiaomi bakal meletakkan sistem quad-motor rekaan dalaman mereka yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 2,054 HP—satu lonjakan mekanikal yang jauh meninggalkan konfigurasi tiga motor pada sedan litar mereka sekarang.
Bersama sistem casis pintar aktif 48V dan teknologi steer-by-wire, setiap roda akan dikawal secara bebas oleh kuasa 4.6 kW untuk memadamkan kesan olengan (body roll) ketika mengambil selekoh tajam pada kelajuan tinggi.
Tetapi, persoalan besar yang bermain di minda pemerhati ketika ini ialah: Adakah sistem hantaran kuasa dan pecutan jentera dua pintu ini benar-benar mampu menterjemahkan angka 2,054 HP tersebut ke atas jalan raya dengan sempurna?
Walaupun di atas kertas ia kedengaran seperti sebuah raksasa yang tidak masuk akal, keupayaan Xiaomi untuk menala kuasa seagresif itu pada sebuah sports car yang lebih pendek dan ringan berbanding sedan SU7 masih lagi diselimuti misteri.
Implikasi pengurusan berat dan pengagihan tork segera (instant torque) pada casis dua pintu ini menimbulkan tanda tanya sama ada pemandu biasa mampu mengendalikannya, atau adakah Xiaomi terpaksa “menjinakkan” sedikit hantaran kuasanya demi keselamatan jalan raya.
Strategi Global & Nilai Premium

Walaupun Xiaomi sebelum ini menegaskan bahawa model Vision GT hanyalah sekadar rekaan digital untuk permainan video Gran Turismo 7, kehadiran prototaip fizikal ini membuktikan sebaliknya. Xiaomi jelas sedang mempersiapkan “halo car” mereka untuk pasaran antarabangsa yang disasarkan bermula separuh kedua tahun 2027, dengan Eropah sebagai destinasi utama.
Selepas melakar rekod masa 6:22.091 di litar Nürburgring melalui varian empat pintunya, sports car dua pintu ini akan menjadi lambang kemegahan teknikal (technical credibility) Xiaomi di pentas global.
Jentera berprestasi tinggi ini diletakkan pada kedudukan premium di atas model SU7 Ultra (yang memulakan segmen harga pasaran pada 529,900 yuan / RM343k+). Dengan momentum pengeluaran Xiaomi yang semakin kukuh—mencatatkan penghantaran 24,023 unit sedan dan 8,736 unit SUV pada Mei 2026 sahaja—kemunculan jentera dua pintu ini pastinya akan meletakkan Xiaomi dalam liga yang tersendiri, mencabar terus dominasi pengeluar supercar tradisional barat.
