Malaysia Pasaran Ekspot Pertama terima Denza Z9 GT Baharu Dengan Teknologi ‘Flash Charging’

Kami berada di Zhengzhou, China baru-baru ini untuk menguji sebuah jentera yang bukan sahaja mahu memadamkan terus jenaka pemilik kereta ICE ini, malah meletakkan Malaysia sebagai pasaran luar negara pertama di dunia yang bakal menerimanya tak lama lagi: Denza Z9 GT. Continue reading Malaysia Pasaran Ekspot Pertama terima Denza Z9 GT Baharu Dengan Teknologi ‘Flash Charging’

Mudahkan Pengecasan EV Di Rumah, Volvo Wallbox Rasmi Diluncurkan Di Malaysia Bersama Aplikasi Pintar

Direka sendiri secara dalaman oleh Volvo Cars, pengecas domestik ini menggabungkan fungsi ketersambungan pintar dengan estetika minimalis Scandinavia. Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada komitmen jenama tersebut untuk menyokong ekosistem pemilikan kenderaan elektrik yang lancar. Continue reading Mudahkan Pengecasan EV Di Rumah, Volvo Wallbox Rasmi Diluncurkan Di Malaysia Bersama Aplikasi Pintar

Naza Eastern Motors Lancar Suzuki e VITARA: Kembar Toyota Urban Cruiser Kini Tiba Pada Harga RM188,000!

Pelancaran ini pastinya mengujakan peminat automotif tempatan, terutamanya bagi mereka yang menyedari bahawa e VITARA ini merupakan “kembar seiras” kepada Toyota U Continue reading Naza Eastern Motors Lancar Suzuki e VITARA: Kembar Toyota Urban Cruiser Kini Tiba Pada Harga RM188,000!

Proton e.MAS Tawarkan Kadar Pengecasan Strata Terendah RM0.63/kWh.

Menerusi siaran akhbar terbaharu, rangkaian pengecasan Proton e.MAS kini telah merangkumi lebih daripada 1,500 mata pengecasan di sekeliling 500 kondominium yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

Tumpuan utama rangkaian ini sudah semestinya di kawasan berkepadatan tinggi seperti Kuala Lumpur, Selangor (Lembah Klang), Pulau Pinang, dan Johor. Walau bagaimanapun, peluasan ini turut menyasarkan bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak bagi memastikan tiada pengguna luar Semenanjung yang terpinggir. Continue reading Proton e.MAS Tawarkan Kadar Pengecasan Strata Terendah RM0.63/kWh.

Sticky post

5 Sebab Mengapa ‘Flash Charging’ BYD Sebenarnya Teknologi teras Masa Depan (Tapi Mungkin Bukan Hanya Untuk Kereta Kita)

Pada tahun 2026, kebanyakan pemilik EV sudah cukup gembira dengan tempoh 15 minit di lebuh raya. Pergi ke tandas, beli kopi, balik ke kereta—cas sudah mencecah 80%. 5 minit? Terlalu cepat. Manusia pun tidak sempat ke tandas.

Tetapi, pengecasan 5 minit ini bukan untuk manusia hari ini. Ia adalah untuk senario masa depan yang belum kita bayangkan lagi. Continue reading 5 Sebab Mengapa ‘Flash Charging’ BYD Sebenarnya Teknologi teras Masa Depan (Tapi Mungkin Bukan Hanya Untuk Kereta Kita)

iCAUR V23 Raih Anugerah Red Dot 2026 – Reka Bentuk Kotak Klasik Diiktiraf Dunia

Anugerah ini bukan sekadar mengiktiraf keupayaan reka bentuk iCAUR, tetapi juga membuktikan daya tarikan estetika klasik kekal relevan dalam era elektrifikasi kenderaan.

Juri Red Dot tahun ini amat terkesan dengan tahap inovasi tinggi dan pendekatan reka bentuk bernas yang ditampilkan V23, menurut kenyataan penganjur. Continue reading iCAUR V23 Raih Anugerah Red Dot 2026 – Reka Bentuk Kotak Klasik Diiktiraf Dunia

Main Balas Segmen Mewah: Mengapa Chery TIGGO 9 Sebenarnya Sebuah Eksperimen “Social Climbing” Korporat

Syarikat automotif dari China nampaknya semakin berani untuk menceroboh wilayah yang selama ini dikuasai rapat oleh jenama premium tradisional Eropah. Terbaru, bertempat di Bangunan Sultan Abdul Samad yang ikonik, Chery Malaysia secara rasmi meluncurkan model flagship terbesar mereka, Chery TIGGO 9. Kehadiran Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Sim Tze Tzin, memberikan isyarat jelas bahawa ini bukan sekadar pelancaran kereta biasa. Ia adalah … Continue reading Main Balas Segmen Mewah: Mengapa Chery TIGGO 9 Sebenarnya Sebuah Eksperimen “Social Climbing” Korporat

Xiaomi YU7 GT Catat Sejarah Litar Nürburgring Dengan Pemanduan Autonomi 10:29 saat.

Kenderaan tersebut mencatat masa 10 minit 29.483 saat untuk menamatkan litar sepanjang 20.8 kilometer yang terkenal dengan selekoh tajam dan rupa bumi kompleks itu. Pencapaian ini dilihat sebagai demonstrasi teknikal awam bagi keupayaan sistem pemanduan pintar dalam kenderaan biasa yang dijual di pasara Continue reading Xiaomi YU7 GT Catat Sejarah Litar Nürburgring Dengan Pemanduan Autonomi 10:29 saat.

Bateri Garam Jadi Nyata: Trak Berat FAW Jiefang Berjaya Tamatkan Ujian Jalan Raya 15,000 KM

CHANGCUN, 19 Jun 2026 – Industri kenderaan komersial elektrik dunia baru sahaja melepasi satu fasa penting yang bakal mengubah landskap logistik jarak jauh. Gergasi pembuatan trak China, FAW Jiefang, mengumumkan kejayaan penstrukturan dan ujian jalan raya penuh ke atas trak berat pertama yang dijana sepenuhnya oleh bateri natrium-ion (sodium-ion). Langkah ini menandakan fasa lonjakan drastik dalam mencari alternatif kepada bateri litium-ion tradisional yang sering dibayangi isu kestabilan … Continue reading Bateri Garam Jadi Nyata: Trak Berat FAW Jiefang Berjaya Tamatkan Ujian Jalan Raya 15,000 KM