MG Motor Malaysia Perkenalkan Varian Baharu Cyberster RWD Bermula RM299,900

Syarikat akan menganjurkan roadshow di 1 Utama Shopping Centre dari 9 hingga 13 Julai untuk memperkenalkan model baharu ini kepada orang ramai. Pelanggan yang membuat tempahan semasa roadshow akan menerima pelbagai insentif termasuk pakej pengecasan tanpa had dan model diecast edisi terhad. Continue reading MG Motor Malaysia Perkenalkan Varian Baharu Cyberster RWD Bermula RM299,900

Anwa Capai Kejayaan Bateri Pepejal 300 Wh/kg

Bateri generasi pertama yang dihasilkan oleh Anwa ini mempunyai kepadatan tenaga 300 Wh/kg, satu angka yang mengagumkan dalam teknologi bateri semasa. Lebih penting lagi, bateri ini telah berjaya melepasi piawaian keselamatan baharu “No Fire No Explosion”, memberikan jaminan keselamatan yang lebih tinggi kepada pengguna. Continue reading Anwa Capai Kejayaan Bateri Pepejal 300 Wh/kg

Jualan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) China Melonjak 25% Pada Jun, Cecah 1.07 Juta Unit – Data Awal CPCA

Jualan runcit NEV pada Jun mencatatkan peningkatan memberangsangkan sebanyak 25 peratus berbanding tahun sebelumnya dan 4 peratus berbanding Mei. Ini mengukuhkan kedudukan NEV dalam pasaran automotif China, dengan kadar penembusan mencecah 52.7 peratus pada Jun, dan 50.04 peratus secara kumulatif untuk tahun ini. Continue reading Jualan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) China Melonjak 25% Pada Jun, Cecah 1.07 Juta Unit – Data Awal CPCA

10,000 Pelanggan Pertama Proton X50 Baharu Bakal Dapat Rebat RM1,000

Model X50 baharu ini dilengkapi enjin i-GT 1.5 TD dan transmisi 7-speed DCT yang mampu menghasilkan 133 kW kuasa dan 290 Nm tork, membolehkan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat – lebih pantas 0.3 saat berbanding model sebelumnya. Kecekapan bahan api juga meningkat 4.7 peratus. Continue reading 10,000 Pelanggan Pertama Proton X50 Baharu Bakal Dapat Rebat RM1,000

Hong Leong: Pasaran Automotif Malaysia 2025 Dijangka lebih teruk dari sasaran MAA

Mereka juga percaya jualan kereta pada separuh kedua 2025 akan semakin lembab atas beberapa sebab termasuk kemungkinan rasionalisasi subsidi RON95 yang dijangka mendatangkan kesan negatif kepada kadar inflasi dan keyakinan pasaran.

Kesimpulan HLIB bercanggah dengan Kenanga Securities yang percaya separuh kedua 2025 akan menjadi lebih rancak kerana pasaran mahu mengambil peluang membeli kenderaan sebelum kenaikan harga pada tahun 2026 akibat penilaian semula nilai pasaran terbuka untuk tujuan duti eksais keatas kereta, terutama jenama bukan tempatan. Continue reading Hong Leong: Pasaran Automotif Malaysia 2025 Dijangka lebih teruk dari sasaran MAA

Koenigsegg Sadair’s Spear Pecah Rekod Litar Gotland Ring

Koenigsegg hari ini memperkenalkan Sadair’s Spear, sebuah kenderaan yang direka untuk prestasi litar sambil mengekalkan ciri jalan raya yang sah di peringkat global. Model baharu ini telah memecahkan rekod pusingan sebelumnya di Litar Gotland Ring yang dipegang oleh Jesko Attack, dengan catatan masa 1.1 saat lebih pantas. Sadair’s Spear menampilkan peningkatan kuasa, pengurangan berat, brek dan suspensi yang dinaik taraf, serta aerodinamik yang diselaraskan. Ia … Continue reading Koenigsegg Sadair’s Spear Pecah Rekod Litar Gotland Ring

Sirim: Guna pelincir Asli untuk elak risiko dan jamin ketahanan kenderaan

Ir. Zarina, Jurutera Ujian Utama di SIRIM QAS International, tidak dapat menyembunyikan kekesalannya apabila melihat kerosakan enjin yang disebabkan oleh minyak enjin tiruan. “Kami sering menerima kes-kes kenderaan yang mengalami kerosakan teruk selepas menggunakan produk yang kelihatan seperti jenama terkenal, tetapi sebenarnya adalah tiruan,” katanya. Continue reading Sirim: Guna pelincir Asli untuk elak risiko dan jamin ketahanan kenderaan

WTCA Mula Pengeluaran Model Kedua Pemasangan Tempatan GAC EMKOO

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar rasmi GAC di Malaysia, hari ini memulakan pengeluaran besar-besaran untuk model kedua pemasangan tempatan (CKD), GAC EMKOO, di kilang pemasangan di Segambut, Kuala Lumpur.

Pencapaian ini menyusuli kejayaan pelancaran CKD GAC GS3 EMZOOM tahun lalu dan menandakan perkembangan kerjasama teknikal antara WTCA dan GAC International dalam usaha penyetempatan pengeluaran automotif di Malaysia. Continue reading WTCA Mula Pengeluaran Model Kedua Pemasangan Tempatan GAC EMKOO

Volvo XC60 Kini Model Volvo Terlaris Sepanjang Masa

Volvo XC60 telah mencatat sejarah baharu dengan menjadi model Volvo terlaris sepanjang masa setelah jualan melebihi 2.7 juta unit di seluruh dunia, melepasi rekod yang dipegang oleh Volvo 240 yang ikonik.

Sejak diperkenalkan pada 2008, SUV saiz sederhana ini kekal popular dalam kalangan pelanggan yang menghargai keselamatan, kualiti dan pengalaman pemanduan premium. Model ini pada mulanya hanya dikeluarkan di Eropah sebelum menjadi model Volvo global pertama yang turut dihasilkan di China untuk menyokong jualan tempatan. Continue reading Volvo XC60 Kini Model Volvo Terlaris Sepanjang Masa