Mercedes-Maybach S-Class Night Series – Ultimate Exclusivity

Karakter Maybach yang tersendiri diperkukuh melalui kemasan dark shadow gloss di seluruh bahagian luar. Ini dapat dilihat pada radiator shell, bumper hadapan, bintang Mercedes dan trim bonet krom, pemegang pintu, lambang Maybach pada tiang-C, dan jalur trim membujur.

Keistimewaan lanjut dinyatakan melalui ambang pintu bercahaya dengan tulisan “MAYBACH Night Series”, roda aloi ringan Maybach 7-spoke 20-inci dalam warna hitam dan dark shadow gloss dengan elemen aerodinamik bersepadu, serta kunci kenderaan dalam warna hitam berkilat tinggi dengan bingkai trim dark shadow gloss. Continue reading Mercedes-Maybach S-Class Night Series – Ultimate Exclusivity

iCAUR Damansara dibuka- Pusat Pengedar Utama

Meliputi keluasan kira-kira 40,000 kaki persegi, iCAUR Damansara menggabungkan kelebihan lokasi strategik dengan akses mudah ke Lembah Klang.

Kemudahan utama ini menampilkan ruang pameran luas yang mampu mempamerkan sehingga lapan buah kenderaan dalam satu masa, ruang penyerahan khas, serta lima petak pengecas EV eksklusif untuk pelanggan.

Ruang rehat pelanggan menyediakan suasana santai dengan dua konsol Nintendo, Wi-Fi percuma, minuman dan makanan ringan.

Pusat perkhidmatan selepas jualan dilengkapi dengan lapan petak servis, serta bahagian Pembaikan Badan dan Cat lengkap dengan peralatan pembaikan badan aluminium. Kemudahan ini juga menawarkan perkhidmatan pemasangan aksesori, balutan kenderaan (wrapping) dan Filem Perlindungan Cat (Paint Protection Film/PPF).

Dengan pasukan 12 perunding jualan, 11 juruteknik servis dan 10 pakar Badan dan Cat, pusat ini mampu menyelenggara sehingga 520 kenderaan sebulan. Continue reading iCAUR Damansara dibuka- Pusat Pengedar Utama

Mazda CX-60 tawarkan kemewahan tahap baru

CX-60 dijual pada harga RM198,900 untuk Semenanjung Malaysia dan RM201,900 untuk Malaysia Timur, menjadikannya sebagai model Mazda yang paling berpatutan dalam segmen SUV premium. Model yang diimport sepenuhnya dari kilang Hofu di Yamaguchi, Jepun ini menggunakan enjin petrol SKYACTIV-G 2.5 liter yang menghasilkan 189 hp dan 261 Nm tork. Continue reading Mazda CX-60 tawarkan kemewahan tahap baru

Dengan Lebih 170,000 Unit Terjual, Honda Perkenal HR-V Baharu untuk Kekalkan Legasi

Pelancaran ini juga menandakan satu peristiwa penting kerana kami meraikan 21 tahun kepimpinan hibrid Honda di Malaysia, perjalanan inovasi dan komitmen terhadap mobiliti lestari. Daripada perintis teknologi hibrid canggih sehinggalah sentiasa memperhalusi produk kami berdasarkan maklum balas pelanggan, HR-V mencerminkan dorongan Honda untuk memberikan mobiliti yang canggih, dipercayai, dan menyeronokkan. Kami yakin HR-V Baharu sentiasa menjadi dan akan menjadi teman yang tiada tandingan, menginspirasi laluan kebebasan baharu dan mencipta detik yang akan anda hargai selamanya. Inilah yang kami maksudkan dengan ‘The Power of Dreams’ dan ‘How We Move You’. Continue reading Dengan Lebih 170,000 Unit Terjual, Honda Perkenal HR-V Baharu untuk Kekalkan Legasi

BMW Malaysia Umumkan Harga Rasmi Tiga Model Baharu

BMW X3 20 xDrive M Sport baharu ditawarkan pada harga RM320,800, atau RM348,700 dengan pakej BMW Service & Repair Inclusive yang merangkumi waranti dan servis selama 5 tahun.

BMW 320i Sport baharu pula berharga RM265,800, atau RM292,200 dengan pakej servis yang sama. Kedua-dua model kereta ini dipasang secara tempatan di kemudahan BMW di Kulim Hi-Tech Park, Kedah. Continue reading BMW Malaysia Umumkan Harga Rasmi Tiga Model Baharu

Isuzu Malaysia Serahkan Unit Ke-100 Lori ELF kepada DAQ Logistics Sdn. Bhd.

Isuzu Malaysia Sdn Bhd (Isuzu) memulakan tahun baharu dengan menyerahkan unit ke-100 lori ELF kepada DAQ Logistics Sdn Bhd (DAQ Logistics), sebuah perniagaan logistik yang pakar dalam pengangkutan dan penyelesaian rantaian bekalan yang berpusat di Puchong, Selangor. Continue reading Isuzu Malaysia Serahkan Unit Ke-100 Lori ELF kepada DAQ Logistics Sdn. Bhd.

Mitsubishi Xpander Facelift CKD Bermula di Pekan: Kini Dibuka untuk Tempahan dengan Harga Pengenalan RM115,000

Model tujuh tempat duduk ini kini dibuka untuk tempahan dengan harga pengenalan anggaran RM115,000 untuk tempoh terhad.

Kenderaan keluarga popular ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi dalam bulan September ini. Continue reading Mitsubishi Xpander Facelift CKD Bermula di Pekan: Kini Dibuka untuk Tempahan dengan Harga Pengenalan RM115,000

Kalau rajin cari Proton e.MAS7, sekarang kerap dipandu uji oleh jurutera Proton sebelum dilancarkan.

Ujian tempatan yang meluas melibatkan enam unit Proton e.MAS 7, dipandu oleh jurutera pakar di pelbagai jenis laluan di Semenanjung Malaysia.

Fasa ujian padat ini penting untuk memastikan kenderaan memenuhi keperluan persekitaran Malaysia dan mengesahkan ketahanan, penyesuaian, dan kesesuaian dengan keperluan pasaran tempatan. Continue reading Kalau rajin cari Proton e.MAS7, sekarang kerap dipandu uji oleh jurutera Proton sebelum dilancarkan.

Ducati Malaysia Memperkenalkan Hypermotard 698 Mono: Motosikal untuk tunggangan bertenaga

Dengan ciri-ciri seperti Slide-By-Brake yang membolehkan anda meluncur ke dalam selekoh dan Wheelie Control yang memastikan setiap pengangkatan roda depan adalah mudah dan selamat, Hypermotard 698 Mono adalah pilihan ideal bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menunggang yang mendebarkan. Continue reading Ducati Malaysia Memperkenalkan Hypermotard 698 Mono: Motosikal untuk tunggangan bertenaga