Servay Evergreen Perkukuh Logistik Sabah Melalui Perolehan 10 Unit Isuzu ELF NPR PRO Baharu

Rangkaian gedung serbaneka dan pasar raya terkemuka di Sabah dan Sarawak, Servay Evergreen Sdn Bhd, telah memperkukuh rantaian logistiknya dengan menerima serahan 10 unit lori baharu model Isuzu ELF NPR PRO 85UKL Euro 4. Penambahan armada ini bertujuan untuk menyokong operasi pengedaran barangan ke rangkaian cawangan Servay dan Servay Express yang semakin berkembang di seluruh negeri Sabah. Majlis penyerahan kenderaan tersebut telah disempurnakan oleh WMM Ventures Sdn Bhd selaku pengedar sah Isuzu di Malaysia Timur dalam satu acara yang berlangsung di Pusat Pengedaran Pusat Servay Evergreen di Kota Kinabalu baru-baru ini. Continue reading Servay Evergreen Perkukuh Logistik Sabah Melalui Perolehan 10 Unit Isuzu ELF NPR PRO Baharu

Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Baharu Di Balakong

Pusat servis cukup luas untuk mengendalikan enam kenderaan sekaligus, menjadikannya sesuai untuk servis pantas. Pusat 4S SV Prestige Auto Isuzu ini bukan sahaja menjalankan kerja penyelenggaraan biasa, tetapi juga mempunyai jentera jajaran roda sendiri serta kebuk mengecat saiz penuh untuk menampung keperluan baik pulih kenderaan pelanggan yang kemalangan. Continue reading Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Baharu Di Balakong

Isuzu Malaysia Serahkan Unit Ke-100 Lori ELF kepada DAQ Logistics Sdn. Bhd.

Isuzu Malaysia Sdn Bhd (Isuzu) memulakan tahun baharu dengan menyerahkan unit ke-100 lori ELF kepada DAQ Logistics Sdn Bhd (DAQ Logistics), sebuah perniagaan logistik yang pakar dalam pengangkutan dan penyelesaian rantaian bekalan yang berpusat di Puchong, Selangor. Continue reading Isuzu Malaysia Serahkan Unit Ke-100 Lori ELF kepada DAQ Logistics Sdn. Bhd.