iCAUR V23 Raih Anugerah Red Dot 2026 – Reka Bentuk Kotak Klasik Diiktiraf Dunia

Anugerah ini bukan sekadar mengiktiraf keupayaan reka bentuk iCAUR, tetapi juga membuktikan daya tarikan estetika klasik kekal relevan dalam era elektrifikasi kenderaan.

Juri Red Dot tahun ini amat terkesan dengan tahap inovasi tinggi dan pendekatan reka bentuk bernas yang ditampilkan V23, menurut kenyataan penganjur. Continue reading iCAUR V23 Raih Anugerah Red Dot 2026 – Reka Bentuk Kotak Klasik Diiktiraf Dunia

iCAUR Malaysia Mulakan Pemasangan Tempatan Model iCAUR 03; Harga Bermula RM129,880

Langkah ini diambil susulan sambutan menggalakkan terhadap model import sepenuhnya (CBU) yang diperkenalkan pada September tahun lalu. Proses pemasangan tempatan bagi jentera ini telah bermula pada suku kedua 2026 di kilang Chery Corporate Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor. 

Kumpulan pertama unit CKD ini dijangka akan mula tiba di semua rangkaian pengedar sah iCAUR di seluruh negara menjelang penghujung Mei 2026. Continue reading iCAUR Malaysia Mulakan Pemasangan Tempatan Model iCAUR 03; Harga Bermula RM129,880

iCAUR Damansara dibuka- Pusat Pengedar Utama

Meliputi keluasan kira-kira 40,000 kaki persegi, iCAUR Damansara menggabungkan kelebihan lokasi strategik dengan akses mudah ke Lembah Klang.

Kemudahan utama ini menampilkan ruang pameran luas yang mampu mempamerkan sehingga lapan buah kenderaan dalam satu masa, ruang penyerahan khas, serta lima petak pengecas EV eksklusif untuk pelanggan.

Ruang rehat pelanggan menyediakan suasana santai dengan dua konsol Nintendo, Wi-Fi percuma, minuman dan makanan ringan.

Pusat perkhidmatan selepas jualan dilengkapi dengan lapan petak servis, serta bahagian Pembaikan Badan dan Cat lengkap dengan peralatan pembaikan badan aluminium. Kemudahan ini juga menawarkan perkhidmatan pemasangan aksesori, balutan kenderaan (wrapping) dan Filem Perlindungan Cat (Paint Protection Film/PPF).

Dengan pasukan 12 perunding jualan, 11 juruteknik servis dan 10 pakar Badan dan Cat, pusat ini mampu menyelenggara sehingga 520 kenderaan sebulan. Continue reading iCAUR Damansara dibuka- Pusat Pengedar Utama