Nissan pilih tema Manga di Japan Mobility Show 2025
Diilhamkan oleh budaya manga ikonik Jepun, palet monokrom yang menarik gerai ini memberi penghormatan kepada genre yang telah membentuk imaginasi global. Ia bukan sekadar pilihan reka bentuk, tetapi jambatan budaya yang menghubungkan warisan Nissan dengan visinya untuk masa depan.
Eksekutif Korporat Reka Bentuk Global Nissan Motor Co., Ltd., Alfonso Albaisa berkata sebagai pereka bentuk, pihaknya mendapat inspirasi mendalam daripada budaya kreatif Jepun yang meriah. Continue reading Nissan pilih tema Manga di Japan Mobility Show 2025
Proton e.MAS 5 catat 3,000 Tempahan dalam Seminggu – Minat EV meningkat
PRO-NET, anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, mengumumkan Proton e.MAS 5, EV mampu milik pertama Malaysia, telah mencapai 3,000 tempahan dalam minggu pertama tempahan terbuka, termasuk 1,607 tempahan dalam 24 jam pertama.
Permulaan kukuh Proton e.MAS 5 membina keyakinan pasaran yang ditubuhkan oleh adik-beradiknya, Proton e.MAS 7. Model e.MAS 7 terus menerajui pasaran EV Malaysia pada 2025. Sehingga 30 September 2025, jualan terkumpul telah mencapai 6,655 unit, dengan 6,212 dijual di dalam negara dan 443 dieksport. Ini mengukuhkan e.MAS 7 sebagai EV No.1 Malaysia selama sembilan bulan, dengan bahagian pasaran EV sebanyak 24%. Continue reading Proton e.MAS 5 catat 3,000 Tempahan dalam Seminggu – Minat EV meningkat
DHL Supply Chain Dilantik Pusat Pengedaran Serantau Danfoss
Kerjasama ini menggariskan komitmen Danfoss untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan, kecekapan operasi dan kemampanan di seluruh Asia. RDC baharu ini akan berfungsi sebagai hab logistik utama untuk produk Danfoss di seluruh Asia Tenggara dan rantau Asia-Pasifik yang lebih luas. Continue reading DHL Supply Chain Dilantik Pusat Pengedaran Serantau Danfoss
Chery Malaysia Raikan Penasihat Jualan Bertauliah
Diperkenalkan pada April 2025, Program CCSP adalah kursus intensif yang direka khusus oleh Chery Malaysia. Ia merupakan pensijilan wajib untuk semua Penasihat Jualan yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya enam bulan perkhidmatan, dengan matlamat memupuk generasi baharu kakitangan jualan yang profesional, berpengetahuan dan fokus kepada pelanggan. Continue reading Chery Malaysia Raikan Penasihat Jualan Bertauliah
iCAUR Damansara dibuka- Pusat Pengedar Utama
Meliputi keluasan kira-kira 40,000 kaki persegi, iCAUR Damansara menggabungkan kelebihan lokasi strategik dengan akses mudah ke Lembah Klang.
Kemudahan utama ini menampilkan ruang pameran luas yang mampu mempamerkan sehingga lapan buah kenderaan dalam satu masa, ruang penyerahan khas, serta lima petak pengecas EV eksklusif untuk pelanggan.
Ruang rehat pelanggan menyediakan suasana santai dengan dua konsol Nintendo, Wi-Fi percuma, minuman dan makanan ringan.
Pusat perkhidmatan selepas jualan dilengkapi dengan lapan petak servis, serta bahagian Pembaikan Badan dan Cat lengkap dengan peralatan pembaikan badan aluminium. Kemudahan ini juga menawarkan perkhidmatan pemasangan aksesori, balutan kenderaan (wrapping) dan Filem Perlindungan Cat (Paint Protection Film/PPF).
Dengan pasukan 12 perunding jualan, 11 juruteknik servis dan 10 pakar Badan dan Cat, pusat ini mampu menyelenggara sehingga 520 kenderaan sebulan. Continue reading iCAUR Damansara dibuka- Pusat Pengedar Utama
Porsche Centre Johor Bahru diiktiraf untuk pemulihan klasik
Porsche Centre Johor Bahru telah menyiapkan pemulihan penuh pertama kenderaan klasik Porsche di Malaysia dengan memulihkan sebuah 911 T dari awal.
Projek pemulihan yang teliti ini merupakan perjalanan selama beberapa bulan yang bukan sekadar pembaikan, tetapi penghormatan. Setiap panel dan komponen dibuka dengan teliti, didokumentasikan, dan dibina semula mengikut spesifikasi kilang asal. Continue reading Porsche Centre Johor Bahru diiktiraf untuk pemulihan klasik
Perodua P-Circle – SuperApp untuk semua, dari e-wallet hingga perkhidmatan streaming
Platform digital baharu P-Circle yang menghampiri konsep Mobiliti sebagai Perkhidmatan (Mobility as a Service/MaaS) di bawah satu aplikasi super meruapakan langkah pertama Perodua dalam mengintegrasikan produk dan perkhidmatan gaya hidup. Continue reading Perodua P-Circle – SuperApp untuk semua, dari e-wallet hingga perkhidmatan streaming
GWM ORA Good Cat GT dan kemaskini dibuka untuk tempahan
Ora Good Cat adalah permulaan perjalanan elektrik kami di Malaysia, dan ia sejak itu menjadi simbol mobiliti EV yang mudah didekati dan bergaya. Hari ini, kami berbangga membawa masuk Good Cat baharu dan Good Cat GT yang menarik, memberikan pelanggan Malaysia bukan sahaja lebih banyak pilihan, tetapi pengalaman EV yang benar-benar dipertingkatkan. Dengan harga bermula daripada RM115,000, kami menjadikan elektrifikasi lebih mudah diakses Continue reading GWM ORA Good Cat GT dan kemaskini dibuka untuk tempahan
BMW Group Malaysia sokong usaha hijau Malaysia taja Armada EV untuk ASEAN 2025
Armada kerajaan sepanjang tahun ini disokong oleh kenderaan elektrik premium daripada BMW Group Malaysia, termasuk BMW i7 xDrive60 M Sport dan BMW i5 eDrive40 M Sport. Continue reading BMW Group Malaysia sokong usaha hijau Malaysia taja Armada EV untuk ASEAN 2025
Motul Malaysia Lancar Eco-Tech 5W30 khas untuk enjin Turbo
Produk ini dibangunkan untuk menangani keperluan perlindungan enjin turbocaj yang semakin popular di Malaysia, termasuk model seperti Proton X50, Proton X70, Chery Omoda 5, Chery Tiggo 7 Pro, Chery Tiggo 8 Pro, Jaecoo J7, Haval H6 dan GAC GS3. Continue reading Motul Malaysia Lancar Eco-Tech 5W30 khas untuk enjin Turbo
