Cabaran Solar dan Renewables – Bateri Garam Pembawa Harapan?
Setiap mereka yang ragu dengan keupayaan teknologi Solar PV mesti membangkitkan fakta matahari tak sentiasa terbit dan ini menjadikannya rakan yang tak boleh diharapkan pada waktu malam. Unjuran yang hampir serupa digunakan untuk mencantas usaha pembangunan angin dan jug hairdo sebagai sumber tenaga utama dunia.
Selama ini kos bateri sangat tinggi dan menjadikan solar PV dan angin tidak kompetitif sebagai sumber bekalan tenaga sepanjanghari, tetapi teknologi bateri sodium, ataupun garam kini menjanjikan satu laluan kos munasabah untuk pemasangan bateri untuk sokongan grid secara berleluasa.
Jika sodium berjaya menjadi tonggak awal kita akan dapat melihat anjakan besar berlaku kepada sektor tenaga dan ini sekaligus akan menjadi pencetus paling besar bagi perubahan sikap industri automotif terhadap kenderaan elektrik.
Hakikatnya masih ramai yang melihat kereta elektrik sebagai anjakan untuk dunia automotif tetapi sebenarnya ia melibatkan perubahan menyeluruh cara tamadun moden menggunakan tenaga dan berinteraksi dengan alam sekitar.
Bateri natrium sedia maklum mempunyai ketumpatan tenaga (energy density) yang lebih rendah berbanding bateri litium-ion konvensional, ini menjadikannya bukan pilihan terbaik untuk aplikasi prestasi tinggi, walaubagaimanapun ia tidak menjadi isu untuk penggunaan sokongan grid.
Sebaliknya sifat bateri sodium ion yang lebih lasak dan mempunyai jangka hayat tinggi adalah sifat yang lebih sesui untuk menjadi penyimpan elektron untuk mengimbangkan bekalan dan permintaan grid.
Kebimbangan yang Memuncak
Gergasi pengeluar bateri, CATL, menandatangani perjanjiam membekalkan bateri sodium untuk bekalan grid antara 1gWh hingga 2gWh, menandakan peningkatan secara teratur permintaan terhadap bateri sokognan grid.
Dalam satu temuramah dengan pengurusan TNB R enewables pada tahun 2023, kami pernah bertanya bila teknologi bateri akan menjadi lazim, mereka mengatakan ia akan mula digunakan secara meluas dalam tempoh lima tahun.
Ini sudah mula menjadi kenyataan kerana tender pertama membekalkan bateri sokongan grid telah dikeluarkan pada Q4 2025 setelah diuji beberapa tahun pada skala kecil pada beberapa lokasi di Malaysia.
Tesla, yang juga menumpukan perhatian kepada pembekalan bateri grid juga telah meningkatkan unjuran perniagaan mereka dan menjangkan ia akan mengatasi nilai jualan kereta mereka menjelang 2030.
Pembangunan teknologi bateri sodium yang kos lebih rendah membayangkan laluan anjakan dunia kepada bekalan tenaga boleh diperbaharui yang lebih jelas. Persoalan yang masih belum terjawab ialah samada bateri sodium mampu bertindakbalas cukup cergas untuk memenuhi permintaan puncak grid.
Kuasa Responsif dan Lonjakan Grid
Keraguan tersebut akhirnya terurai apabila CATL mendedahkan spesifikasi penuh sistem storan grid Tener Sodiummereka. Kebimbangan terhadap tindak balas perlahan terbukti tidak berasas; hakikatnya, bateri natrium-ion ciptaan CATL direka dengan kemampuan tindak balas yang sangat pantas untuk menangani isu intermiten!
Menerusi perjanjian bekalan 2 GWh bersama syarikat tenaga Eropah Timur, Solarpro (dan 5 GWh bersama Alfen NV di Eropah Barat), CATL membuktikan bahawa bateri natrium adalah kunci utama kestabilan grid:
- Tindak Balas Milibaat (Millisecond Response): Bateri ini mempunyai fungsi self-healing yang mampu mengesan dan memencilkan kegagalan dalam tempoh 200 milisaat, serta memulihkan bekalan kuasa dalam masa 150 milisaat—jauh lebih pantas daripada tindak balas penjana kuasa fosil tradisional.
- Prestasi Cuaca Ekstrem: Bateri ini mengekalkan 92% kapasiti walaupun pada suhu -20°C. Dalam cuaca sejuk melampau di mana tindak balas bateri litium biasa menjadi perlahan dan merosot, bateri natrium kekal beroperasi dengan pecutan tenaga yang optimum.
- Ketahanan Jangka Panjang: Menyediakan sehingga 15,000 kitaran cas dengan jangka hayat 25 hingga 30 tahun, membolehkannya dicas dan dinyahcas berulang kali setiap hari untuk menyerap lebihan tenaga solar/angin tanpa susut nilai yang cepat.
- Kesesuaian Saiz Modul: Ia serasi dengan dimensi tapak bateri litium-ion sedia ada, membolehkan pengendali grid menaik naik taraf sistem tanpa perlu membina semula infrastruktur.
Walaupun ketumpatan tenaganya tidak setinggi litium untuk pecutan ekstrem sesetengah kenderaan, bateri natrium-ion terbukti memberikan imbangan sempurna bagi kestabilan grid—menjadikan transisi tenaga boleh baharu lebih lancar, selamat, dan bebas daripada masalah intermiten.
