EV China Tukar Logo Amerika? GM Dilapor Mahu Rebadge Wuling Bingo Pro Jadi Chevrolet Murah!

Peringkat Awal Perancangan

Lagi bukti bahada syarikat automotif tradisional sedang bergelut menghasilkankenderaan elektrik berdayasaing, sehingga gergasi automotif Amerika Syarikat, General Motors (GM), dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah untuk menggunakan model elektrik popular dari China, Wuling Bingo Pro, sebagai EV entry-level baharu di bawah jenama Chevrolet.

Laporan daripada outlet automotif GM Authority menyatakan bahawa GM merancang untuk melesenkan hatchback elektrik tersebut menerusi syarikat usaha sama mereka di China, SAIC-GM-Wuling (SGMW). Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap kenderaan sifar emisi bersaiz kecil di pasaran membangun seperti Mexico, Brazil, serta kawasan bandar di Latin Amerika, Afrika, dan Asia.

Spesifikasi Boleh Tahan Pada Harga Mampu Milik

Wuling Bingo Pro mula dijual di pasaran China dengan julat harga yang sangat kompetitif, iaitu bermula dari 56,800 yuan (sekitar RM37,000+) hingga 70,800 yuan (sekitar RM46,000+).

Meskipun bersaiz kompak, hatchback ini menawarkan spesifikasi yang praktikal untuk pemanduan harian:

  • Pilihan Jarak (CLTC): Terdapat dua pilihan jarak pemanduan iaitu 330 km dan 403 km.
  • Motor Elektrik: Dikuasai oleh motor tunggal di bahagian hadapan dengan output maksimum 65 kW (87 hp).
  • Bateri: Menggunakan bateri jenis Lithium Iron Phosphate (LFP) yang terkenal dengan ketahanan tinggi.

Model ini turut mendapat sambutan hangat di negara asalnya apabila mencatatkan jualan borong (wholesale) sebanyak 21,085 unit pada bulan Jun sahaja.

Kemajuan Strategi ‘Rebadge’ GM

Langkah menukar logo model terbitan SAIC-GM-Wuling bukanlah perkara baharu bagi GM. Sebelum ini, mereka pernah memperkenalkan Chevrolet Spark EUV yang berasaskan Baojun Yep Plus, serta Captiva EV yang dibangunkan daripada Wuling Starlight S.

Sekiranya projek ini diteruskan, Wuling Bingo Pro versi Chevrolet dijangka akan menerima beberapa perubahan pada reka bentuk luaran serta nama model baharu khas untuk pasaran global. Ini sekali gus bakal menjadikannya hatchback fully-electric pertama Chevrolet bagi segmen kenderaan mampu milik di pasaran membangun.

Leave a Reply