Ujian Ekstrem Sebelum Pelancaran Dunia
Setelah sekian lama hilang di pasaran, kini model kenderaan urban yang paling legenda, smart fortwo, atau kali ini telah dinobatkan sebagai #2 kini kelihatans edan diuji untuk pasaran.
Syarikat usaha sama antara Mercedes-Benz dan Geely, smart, kini dalam fasa akhir menjalankan ujian fizikal global bagi model bandar elektrik 2-tempat duduk terbaharu mereka, smart #2.
Langkah ini diambil menjelang penampilan sulung peringkat antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di Paris Motor Show pada bulan Oktober ini.
Dibaluti pelekat penyamaran (camouflage) rekaan Pasukan Reka Bentuk Global Mercedes-Benz, smart #2 kini melalui pelbagai proses pengesahan (validation) dan ujian pra-pengeluaran. Ujian ini merangkumi pengendalian halangan mengejut, pemanduan di jalan basah berpasir, ujian terowong angin untuk ketenangan kabin (NVH), serta ketahanan melepasi lubang jalan dan tebing jalan (curb) bandar.

Legenda ForTwo Dalam Era Elektrik Moden
Sebagai pengganti rasmi kepada model ikonik smart ForTwo, smart #2 mengekalkan susun atur wheels-at-the-cornersyang menjadi identiti utamanya. Ia dibina berasaskan seni bina elektrik terbaharu khas untuk kenderaan ultra-kompak:
- Panjang Kenderaan: Hanya 2.79 meter.
- Jejari Pusingan (Turning Circle): Sangat lincah pada julat 6.95 meter.
- Jarak Pemanduan: Dianggarkan mencapai hampir 300 km bagi sekali cas.
- Ciri Keselamatan: Dilengkapi sel keselamatan tridion generasi baharu yang memenuhi piawaian keselamatan moden tanpa mengorbankan saiz komersialnya yang kecil.
Menurut Yang Jun, Ketua Pegawai Teknologi Global smart, model ini menggabungkan kepakaran reka bentuk Mercedes-Benz dan teknologi kejuruteraan smart untuk memberikan kelincahan bandar serta tahap keselamatan kelas atasan.

Dijual Secara Global Dari China
smart #2 bakal dikilangkan di China untuk pasaran domestik serta dieksport ke Eropah dan pasaran antarabangsa yang lain.
Dalam perkembangan berkaitan, smart turut memperlihatkan imej rasmi bagi smart #1 generasi baharu yang menerima penambahbaikan pada lebih 200 aspek. Model dinaik taraf ini menampilkan teknologi LiDAR di atas bumbung, cipset Nvidia Orin Y (200 TOPS), seni bina 800V silicon-carbide, serta keupayaan pengecasan pantas 6C—membolehkan bateri dicas dari 10% ke 80% dalam masa 12 minit sahaja.
