Syarikat Kami Dalam Krisis!” – Akio Toyoda Buat Pengakuan Mengejutkan. Adakah Corolla EV Baharu Senjata Terakhir Jepun Lawan Pengeluar EV China?

Pengakuan Berani Akio Toyoda & Misteri Kelajuan Pecutan

Apabila insan paling berpengaruh dalam industri automotif Jepun membuka mulut, seluruh dunia pasti akan pasang telinga. Pengerusi gergasi Toyota, Akio Toyoda secara terbuka mengakui dalam satu wawancara bersama stesen TV Jepun (NHK) bahawa syarikat automotif paling laris di dunia itu kini sedang berdepan “rasa krisis yang amat ketara” (considerable sense of crisis)!

Kunci kelangsungan Toyota adalah pada model Corolla dan kita sudah dapat melihat lenggok gaya untuk model akan datang ketika MOdel Corolla Concept dipertontonkan pada  Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026) oleh UMW Toyota Motor.

Namun, di sebalik garis reka bentuknya yang serba futuristik dan aerodinamik di pentas pameran, Toyota mengunci rapat angka prestasi serta spesifikasi pecutan jentera ini. Berapa saat masa pecutan 0-100 km/j? Berapa jumlah output kuasa kudanya? Tiada sebarang maklumat fizikal pusingan roda yang didedahkan. Ketiadaan perincian masa pecutan (acceleration time) ini mencetuskan tanda tanya besar—adakah Toyota masih terlalu lambat untuk menghasilkan EV yang cukup pantas?

Suara Jurutera Menguatkan Kebimbangan Akio

Kebimbangan Akio Toyoda bukannya sekadar omongan kosong korporat. Asakan sengit daripada gergasi EV China seperti BYD telah memaksa Toyota menilai semula keseluruhan kaedah pengeluaran dan kitaran pembangunan mereka yang disifatkan terlalu perlahan.

Naratif krisis ini dikuatkan lagi menerusi pendedahan jujur daripada barisan hadapan Toyota sendiri. Dalam siaran rasmi yang sama di tapak pembangunan sulit mereka di Jepun, seorang jurutera Toyota secara terbuka memberikan reaksi yang sangat mengejutkan apabila ditanya mengenai kedudukan syarikat berdepan saingan global:

“Saya rasa kita sedang kalah kepada China.”

Pengakuan jujur daripada jurutera itu mengesahkan ketakutan Akio Toyoda—bahawa gergasi Jepun ini memang benar-benar berada dalam situasi yang tertekan untuk mempertahankan takhta model Corolla yang telah terjual melebihi 57 juta unit di seluruh dunia!

Rahsia Platform ‘Multi-Powertrain’ Terbongkar!

Tetapi jangan pandang rendah pada gergasi yang sedang bangkit. Penahanan perincian spesifikasi pecutan Corolla Concept ini rupa-rupanya merupakan sebahagian daripada strategi tersembunyi yang kini dirungkaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Toyota, Koji Sato!

Corolla generasi baharu ini dibina di atas platform fleksibel generasi baharu yang direka khas untuk menangani krisis berkenaan:

  • Satu Seni Bina, Pelbagai Trenkuasa: Platform baharu ini dibangunkan khusus untuk menyokong kepelbagaian pilihan rangkaian kuasa—daripada elektrik sepenuhnya (BEV), hibrid plug-in (PHEV), hibrid tradisional (HEV), hinggalah enjin pembakaran dalaman (ICE).
  • Barisan Enjin 1.5L & 2.0L Cekap Tenaga: Bagi varian bukan EV sepenuhnya, ia bakal digandingkan dengan generasi enjin baharu yang lebih ringkas, cekap, dan berkuasa.
  • Gaya Reka Bentuk Radikal: Menampilkan profil low-slung persis kereta sukan, wajah hammerhead di bahagian hadapan, serta kabin minimalis yang dilengkapi paparan instrumen digital serba moden.

Langkah Toyota ini membuktikan satu perkara: kenyataan Akio Toyoda di TV Jepun itu bukanlah tanda mereka mahu menyerah kalah, sebaliknya ia adalah panggilan pendorong untuk membina Corolla generasi ke-13 yang lebih hebat dan bersedia bertarung dalam era baharu automotif dunia!

Leave a Reply