Perodua QV-E Mula Belayar ke Sabah & Sarawak: Peluang Pandu Uji Bermula 15 Julai Ini!

Berita gembira buat peminat kenderaan elektrik (EV) di Sabah dan Sarawak! Selepas beberapa bulan dilancarkan secara rasmi di Semenanjung, EV pertama daripada Perodua, iaitu Perodua QV-E, kini dilaporkan dalam perjalanan merentasi Laut China Selatan untuk unit fasa pertama bagi pasaran Malaysia Timur.

Pengumuman yang dibuat menerusi media sosial rasmi Perodua semalam (25 Jun 2026) pastinya melegakan ramai bakal pembeli di Borneo yang tertanya-tanya bila giliran mereka akan tiba.

Bila Boleh Mula Tempah?

Berdasarkan kenyataan tersebut, Perodua QV-E dijangka sedia untuk tatapan umum di Sabah dan Sarawak bermula 15 Julai 2026. Pelanggan yang berminat bukan sahaja boleh melihat model ini secara dekat, malah boleh melakukan sesi pandu uji serta membuat tempahan terus di bilik pameran terpilih yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Namun, seperti kebiasaan logistik kenderaan ke Malaysia Timur, terdapat perbezaan struktur harga yang perlu diteliti oleh bakal pembeli.

Struktur Harga Baharu: Semenanjung vs Malaysia Timur

Perodua baru-baru ini telah melakukan pelarasan harga runcit, dan bagi pasaran Sabah dan Sarawak, terdapat perbezaan harga sebanyak RM3,000 berbanding pasaran Semenanjung.

Sama ada anda mahu membelinya secara terus (outright purchase) atau melanggan pelan inovatif Battery-as-a-Service(BaaS), berikut adalah pecahan harga rasmi selepas ditolak rebat tunai RM6,500 daripada Perodua:

Kaedah PembelianHarga Semenanjung (RM)Harga Sabah & Sarawak (RM)Jaminan / Komitmen Bateri
Beli Terus (Outright)RM87,499 (Asal: RM93,999)RM90,499 (Asal: RM96,999)8 tahun / 160,000 km (Min. 70% SoH)
Pakej BaaS (Sewa Bateri)RM63,499 (Asal: RM69,999)RM66,499 (Asal: RM72,999)Jaminan Batuan Tanpa Had + Komitmen RM215/bulan

Bagi peminat tegar tekhnologi, pakej BaaS menawarkan harga permulaan kereta yang jauh lebih rendah, namun anda perlu membayar yuran pajakan bateri sebanyak RM215 sebulan. Berita baiknya, kadar sewa bulanan ini adalah sama untuk seluruh Malaysia, dan bateri anda akan dijamin mengekalkan status kesihatan (State of Health – SoH) sekurang-kurangnya 70% tanpa had batuan sepanjang tempoh pajakan.

Di Sebalik Kuasa Motor: Cukup Tangkas untuk Jalan Raya Borneo?

Beralih kepada aspek mekanikal, spesifikasi atas kertas untuk Perodua QV-E ini kelihatan sangat meyakinkan. Ia dijana oleh motor elektrik tunggal pada gandar hadapan yang mampu menghasilkan kuasa 204 PS (201 hp / 150 kW) dan tork setinggi 285 Nm.

Bagi sebuah EV kompak, angka ini secara teorinya menjanjikan pemanduan yang responsif. Malah, Perodua mendakwa kelajuan maksimumnya mampu mencecah 165 km/j.

Dengan berat pek bateri LFP (Lithium-ion Phosphate) sebesar 52.5-kWh daripada CATL yang digendongnya, ramai yang mula berteka-teki sama ada EV seberat ini mampu memberikan tujuan kilat yang lancar ketika memotong di laluan berbukit, ataupun ia akan terasa sedikit ‘berat’ dan memerlukan masa untuk mengumpul momentum sebelum kelajuan sebenar dapat dirasai. Jarak gerak sejauh 370 km (kitaran WLTP) memang standard, tetapi dinamik pemanduannya di dunia nyata masih menjadi tanda tanya penuh debaran.

Sebenarnya persoalan prestasi tak timbul, yang lebih penting samada keadaan jalan di Malaysia Timur terlalu lasak yang menjadi kerisauan kepada mereka yang ingin mengalami kereta elektrik.

Bagi urusan pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 60 kW (30% hingga 80% dalam masa 30 minit) dan pengecasan AC 6.6 kW yang mengambil masa sekitar 8 jam untuk isian penuh.

Bagi warga Sabah dan Sarawak yang sudah lama menantikan EV mampu milik yang praktikal, tarikh 15 Julai ini pastinya menjadi penentu sama ada Perodua QV-E berbaloi untuk mendiami garaj rumah anda.

Leave a Reply