KUALA LUMPUR – Keputusan Kerajaan Madani meluaskan pelaksanaan skim subsidi diesel bersasar negara kepada kadar RM2.10 seliter menggunakan MyKad, di samping menambah kuota tambahan 100 liter buat pemilik trak pikap serta SUV yang layak sememangnya mendapat pujian ramai. Namun, di sebalik khabar gembira ini, terdapat satu golongan penting yang dilihat seolah-olah terpinggir daripada radar bantuan ini—iaitu golongan keluarga besar yang bergantung kepada Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) berenjin diesel.
Melihat kepada situasi ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) tampil mengemukakan rayuan rasmi agar pihak berkuasa menilai semula kriteria kelayakan tersebut demi kebaikan institusi kekeluargaan di Malaysia.
Suara Keluarga Besar
Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain, dalam satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa kenderaan jenis MPV merupakan nadi pengangkutan harian yang sangat kritikal bagi keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang ramai.

“MAA amat menghargai komitmen Kerajaan dalam menyokong pemandu Malaysia melalui skim subsidi diesel bersasar yang diperluaskan ini. Memandangkan program ini terus berkembang, kami berharap pertimbangan juga dapat diberikan untuk melanjutkan tambahan 100 litres diesel bersasar ini bagi merangkumi Multi-Purpose Vehicles (MPVs), yang commonly digunakan oleh larger families untuk pengangkutan harian mereka,” jelas beliau.
Impak Kewangan Yang Sangat Minima Buat Kerajaan
Berdasarkan data industri yang dikongsikan oleh MAA, pasaran bagi kenderaan MPV berenjin diesel sebenarnya adalah tersangat kecil, iaitu hanya merangkumi sekitar 1% sahaja daripada Jumlah Jilid Industri (TIV) automotif negara.
