Bila Tan Chong nak bawa masuk model-model yang Nissan baru umumkan?

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi daripada Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengenai model N7 atau Frontier Pro yang dicanangkan bakal dieksport dari China. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkembangan penting yang menunjukkan ETCM sedang cuba keluar daripada tempoh “kemarau” model baharu: Continue reading Bila Tan Chong nak bawa masuk model-model yang Nissan baru umumkan?

Nissan Perkenal Wawasan “Mobility Intelligence”; Fokus Teknologi AIDV Dan Sasar 90 Peratus Model Guna Pemanduan AI

Sebagai sebahagian daripada strategi penyusunan semula produk, Nissan akan mengecilkan jumlah model globalnya daripada 56 kepada 45 model bagi memberikan tumpuan kepada segmen yang lebih berdaya saing dan menguntungkan. Continue reading Nissan Perkenal Wawasan “Mobility Intelligence”; Fokus Teknologi AIDV Dan Sasar 90 Peratus Model Guna Pemanduan AI

MPV Anti-Mabuk Perjalanan: Nissan Serena e-POWER Terima 1,300 Tempahan

Berbeza dengan hibrid konvensional, sistem e-POWER menggunakan motor elektrik sepenuhnya untuk memacu roda, manakala enjin petrol hanya berfungsi sebagai penjana kuasa (generator).

Tork Segera: Memberikan pecutan linear yang lancar tanpa gangguan penukaran gear atau sela masa (lag).

Pengurangan ‘Diving’: Kawalan motor elektrik yang tepat mengurangkan pergerakan kasar ketika membrek atau memecut, yang sering menjadi punca utama rasa mual penumpang.

e-Pedal Step: Membolehkan pemanduan satu pedal untuk mengurangkan keletihan pemandu dalam kesesakan lalu lintas. Continue reading MPV Anti-Mabuk Perjalanan: Nissan Serena e-POWER Terima 1,300 Tempahan

Nissan pilih tema Manga di Japan Mobility Show 2025

Diilhamkan oleh budaya manga ikonik Jepun, palet monokrom yang menarik gerai ini memberi penghormatan kepada genre yang telah membentuk imaginasi global. Ia bukan sekadar pilihan reka bentuk, tetapi jambatan budaya yang menghubungkan warisan Nissan dengan visinya untuk masa depan.

Eksekutif Korporat Reka Bentuk Global Nissan Motor Co., Ltd., Alfonso Albaisa berkata sebagai pereka bentuk, pihaknya mendapat inspirasi mendalam daripada budaya kreatif Jepun yang meriah. Continue reading Nissan pilih tema Manga di Japan Mobility Show 2025

Nissan Hadapi Krisis Kewangan Terburuk, CEO Espinosa Umumkan Pemecatan 20,000 Pekerja

Dalam mesyuarat tahunan yang bersejarah di ibu pejabat Nissan di Yokohama, Espinosa bukan sahaja mempertahankan rancangan penstrukturan semula yang drastik, tetapi juga menyaksikan perubahan besar dalam komposisi lembaga pengarah yang mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin baharu syarikat. Rancangan penstrukturan tersebut merangkumi pemecatan 20,000 pekerja di seluruh dunia dan penutupan tujuh kilang pengeluaran dalam tempoh 18 bulan akan datang. Continue reading Nissan Hadapi Krisis Kewangan Terburuk, CEO Espinosa Umumkan Pemecatan 20,000 Pekerja

Nissan Pertimbang Kurangkan Pegangan Saham Renault Untuk Kumpul Dana

Menurut laporan, Nissan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan pegangan 15% nya dalam Renault dengan memotong sebanyak lima peratus daripada pegangannya. Keputusan ini datang pada masa Nissan menghadapi cabaran kewangan dan memerlukan dana tambahan untuk membiayai operasi dan pelaburan masa hadapan. Continue reading Nissan Pertimbang Kurangkan Pegangan Saham Renault Untuk Kumpul Dana

Nissan Pula Janjikan Bateri Pepejal

Antara topik trending dalam dunia pembangunan bateri ialah bateri pepejal atau solid state battery yang menjanjikan penggandaan dari segi kepadatan tenaga dan ketahanan jangkahayat, hari ini giliran Nissan pula untuk membuat janji menghasilkan teknologi ini Pengeluar kereta Jepun, Nissan, telah mengesahkan rancangan untuk mula melancarkan EV dengan bateri pepejal seiring dengan pengenalan garis uji teknologi tersebut di Pabrik Yokohama dekat Tokyo pada minggu ini. Nissan … Continue reading Nissan Pula Janjikan Bateri Pepejal

Sambut tahun baru dengan gaya Nissan Almera Kuro (Black) Edition

Sebagai usaha memberikan semangat baru untuk model Almera, Nissan memperkenalkan Edisi KURO (Black) dengan penambahbaikan rekebentuk yang menjiwai tahap keanggunan dan ketangkasan yang lebih tinggi. Bagi tahun 2024, warna badan baru yang bergaya, Glacier Grey, telah ditambah. Berikut adalah tiga ciri penting Nissan Almera KURO (Black) Edition: Edisi KURO (Black) yang baharu ini bermula dengan penambahbaikan reka bentuk yang dipasang dari kilang, merangkumi cladding depan … Continue reading Sambut tahun baru dengan gaya Nissan Almera Kuro (Black) Edition