Petron Malaysia Catat Keuntungan Bersih RM80 Juta Pada Suku Ketiga 2025

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) melaporkan peningkatan ketara dalam keuntungan bersih untuk suku ketiga kepada RM80 juta berbanding RM5 juta pada tempoh sama tahun lalu. Pertumbuhan ini didorong oleh pengoptimuman proses berterusan dan penggunaan lebih tinggi Kilang Penapisan Port Dickson, penambahbaikan rantaian bekalan dan peningkatan jualan domestik. Continue reading Petron Malaysia Catat Keuntungan Bersih RM80 Juta Pada Suku Ketiga 2025

Petron Perkukuh Komitmen Keselamatan Komuniti di Acara Go-To-Safety Point Johor 2025

Acara ini juga berfungsi sebagai latihan masa nyata untuk kakitangan Petron, memperkukuh keupayaan mereka untuk bertindak balas dengan cepat dan berkesan semasa kecemasan. Ia turut mengetengahkan peranan ‘sudut de-stres’, iaitu ruang khas yang dilengkapi dengan barangan keperluan seperti kerusi rehat, selimut, peti pertolongan cemas, dan senarai nombor telefon kecemasan, yang direka untuk membantu individu dalam kesusahan sehingga bantuan lanjut tiba. Continue reading Petron Perkukuh Komitmen Keselamatan Komuniti di Acara Go-To-Safety Point Johor 2025

Petron lancar kempen PASTI OK

Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek berkata pihaknya faham bahawa perubahan boleh mencipta ketidakpastian.

“Tetapi di Petron, kami mahu pelanggan tahu bahawa PASTI OK bukan sekadar slogan. Ia adalah janji. Kami komited untuk menjadikan peralihan ini lebih mudah dengan mencipta pengalaman stesen servis yang dipenuhi dengan kakitangan yang prihatin, dan kedua-duanya inklusif dan memperkasakan. Anda boleh ‘Semak, Bayar, Isi’, dan berasa tenang mengetahui kami di sini untuk membantu anda,” katanya. Continue reading Petron lancar kempen PASTI OK

Petron Kuatkan Kesedaran Keselamatan Jalanraya

Stiap tahun kita disampaikan berita kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya yang terus meningkat di Malaysia, Petron Malaysia, dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Applecrumby®, NESQ, Farm Fresh, dan snskidz, sedang mempromosikan kesedaran keselamatan jalan raya di stesen perkhidmatan tertentu seiring dengan Hari Raya Aidilfitri. “Petron Malaysia sangat mengambil berat tentang keselamatan jalan raya. Selama dekad yang lalu, kami telah … Continue reading Petron Kuatkan Kesedaran Keselamatan Jalanraya