Isuzu D-MAX 2.2 Baharu Buktikan Kecekapan, Rentas Semenanjung Hingga Borneo Hanya Dengan Setangki Diesel!

KUCHING — Selepas kejayaan menawan jelajah Semenanjung Malaysia menggunakan hanya satu tangki bahan api, Isuzu D-MAX 2.2L Turbo Diesel baharu sekali lagi mencipta sensasi menerusi cabaran “D-MAX One Tank. One Nation” dengan merentas laluan ekstrem dari Sandakan, Sabah hingga ke Kuching, Sarawak tanpa perlu mengisi minyak di tengah jalan.

Pengembaraan merentas Malaysia Timur ini menguji keupayaan sebenar trak pikap berkenaan di atas muka bumi yang beralun dan sukar, termasuk mendaki Banjaran Crocker berhampiran Gunung Kinabalu serta merentasi lebuh raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan di Telupid.

Kedua-dua varian yang diuji—4×2 AutoPlus dan 4×4 Automatic Premium—berjaya tiba di garisan penamat di Jimisar Auto Niaga Isuzu 3S Centre, Kuching selepas memandu sejauh kira-kira 1,605 km dengan baki bahan api yang masih mencukupi. Malah, varian 4×2 AutoPlus melengkapkan perjalanan tanpa sempat menyalakan lampu amaran paras bahan api rendah.

Kejayaan ini didorong oleh enjin baharu 2.2 liter turbodiesel yang digelar “Best Engine Ever”, dipadankan bersama transmisi automatik 8-kelajuan baharu. Selain kecekapan penjimatan bahan api yang luar biasa, enjin ini menawarkan kuasa kilas (torque) tinggi pada putaran enjin rendah, memberikan penjimatan kos operasi serta kelegaan cukai jalan yang lebih rendah untuk pengguna hari ini.

Leave a Reply