KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2026 – Peugeot Motocycles Malaysia hari ini rasmi mengumumkan penyesuaian harga baharu bagi model skuter kembara premium mereka, Peugeot XP400, menyusuli ketibaan unit CBU di pasaran tempatan.

Mendengar maklum balas pasaran yang inginkan penawaran lebih mesra pembeli, harga kenderaan Peugeot XP400 kini ditetapkan pada RM33,990. Setiap pembelian model ini didatangkan secara standard bersama Adventure Package bernilai RM2,000, menjadikan harga keseluruhan atas jalan (tidak termasuk insurans, cukai jalan, dan pendaftaran) seramai RM35,990.
Pakej Kembara (Adventure Package) Bernilai RM2,000 Termasuk:
Peugeot Top Box: Top box tulen untuk ruang simpanan barangan tambahan.
Crash Bar: Perlindungan khas untuk ketahanan dan keselamatan ketika tunggangan jarak jauh.


Spesifikasi dan Rekaan Kekal Padu
Walaupun hadir dengan penyesuaian harga baharu, spesifikasi teknikal Peugeot XP400 kekal tidak berubah. Skuter ini mengekalkan rekaan berunsurkan kembara yang tegap, posisi tunggangan off-road yang mantap, serta reka bentuk premium gaya Perancis.
Untuk pasaran Malaysia, Peugeot XP400 ditawarkan dalam dua pilihan warna eksklusif iaitu Mad Black dan Satin Technium. Memandangkan jumlah unit CBU yang dibawa masuk adalah terhad, ketersediaan model ini adalah mengikut stok di pengedar sah.
Kempen “Test Ride. Post. Share. Win.” – Peluang Menang Tiket Gold VIP Big Bang!
Bagi meraikan pengumuman harga baharu ini, Peugeot Motocycles Malaysia turut melancarkan kempen peraduan khas buat peminat dua roda tempatan.
Langkah Penyertaan:
1. Pandu Uji: Lakukan pandu uji (test ride) model Peugeot XP400, Django, atau Speedfight 4+ di mana-mana pengedar sah, jelajah roadshow, atau acara Peugeot.
2. Muat Naik: Ambil gambar atau video detik pandu uji anda dan muat naik ke akaun Instagram, Facebook, atau TikTok.
3. Tag & Hashtag: Tag akaun rasmi @peugeotmotocyclesmy dan gunakan tanda pagar #PeugeotVIPRide.
4. Kumpul Interaksi: Dapatkan jumlah interaksi (like & share) tertinggi daripada rakan-rakan anda.
Dua (2) pemenang bertuah dengan kadar interaksi paling tinggi bakal membawa pulang tiket Gold VIP Seated ke konsert Big Bang (satu tiket bagi setiap pemenang).
Berapa harga rasmi dan bagaimana rasa tunggangannya di atas jalan? Kami di Electronikar akan cuba mendapatkan unit pandu uji tidak lama lagi untuk ujian menyeluruh! Untuk maklumat lanjut, senarai pengedar berdekatan, dan terma penuh kempen, layari laman rasmi Peugeot Motocycles Malaysia (www.peugeot-motocycles.my).



