Jetour Malaysia Sambut Hari Pelancongan Sedunia: Konvoi KLCC dan Pelancaran T2 i-DM PHEV

Bersempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia pada 27 September, JETOUR Malaysia mengambil kesempatan meraikan falsafah penjenamaan mereka iaitu “Travel+” yang menghimpunkan elemen pengembaraan, budaya tempatan, serta penyertaan komuniti.

Antara kemuncak acara yang mencuri tumpuan baru-baru ini adalah penglibatan JETOUR Malaysia sebagai Penaja Utama dan Rakan Rasmi Kenderaan bagi acara Malaysia Sarong Music Run 2026 yang telah diadakan di KLCC pada 19 September lalu. Himpunan meriah ini menyaksikan penyertaan lebih 20,000 orang peserta yang meraikan kepelbagaian seni, muzik, dan budaya Malaysia.

Pelancaran JETOUR T2 i-DM PHEV & Pertunjukan Dron Mega

Suasana di ibu kota turut dimeriahkan dengan perhimpunan lebih 100 pemilik kenderaan JETOUR yang menyertai konvoi bandar, seiring dengan pelancaran rasmi model JETOUR T2 i-DM PHEV. Acara pada malam tersebut turut diserikan dengan pertunjukan dron spektakular di ruang udara Kuala Lumpur yang memaparkan lambang “TRAVEL WITH JETOUR”, sokongan terhadap “Visit Malaysia 2026 – 2027”, serta formasi model T2 i-DM PHEV berlatarbelakangkan mercu tanda ikonik negara.

Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang mereka terhadap landskap pelancongan dan komuniti tempatan, JETOUR Malaysia turut mengumumkan pelanjutan kerjasama strategik menerusi perjanjian tiga tahun bersama penganjur Malaysia Marathon bagi tahun 2027 hingga 2029. Selain itu, kerjasama turut dijalankan bersama pertubuhan pemuliharaan alam sekitar seperti Marine Conservation and Research Organisation Malaysia (PULIHARA) dan Turtle Conservation Society of Malaysia (TCS) bagi memperkukuh usaha pelestarian alam semula jadi negara.

Leave a Reply