Isuzu Malaysia Perluas Siri GIGA Dengan Pelancaran Empat Model Prime Mover Euro 5

Isuzu Malaysia Sdn Bhd (IMSB) telah memperluaskan penawaran barisan kenderaan berat siri GIGA dengan melancarkan empat model prime mover baharu yang mematuhi piawaian emisi Euro 5. Pelancaran ini diadakan bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat terhadap trak berprestasi tinggi, tahan lasak, dan mempunyai pelepasan gas yang lebih bersih.

Barisan baharu Isuzu GIGA 2026 ini hadir dalam pilihan Transmisi Manual Automatik (AMT) dan Transmisi Manual (MT), merangkumi model EK5 410T (MT), EK5 410T (AMT), EW5 410 (MT), dan EW5 460 (AMT).

Prestasi Enjin Blue Power Euro 5 dan Kecekapan Bahan Api

Bagi pengendali flot yang mengendalikan muatan berat, model prime mover GIGA baharu ini dilengkapi dengan Enjin Diesel Heavy-Duty Blue Power GH 11 piawaian emisi Euro 5.

  • Enjin 11 liter enam silinder ini berkuasa tinggi, cekap bahan api, serta menghasilkan pelepasan emisi yang bersih.
  • Disokong oleh kapasiti tangki bahan api 465 liter, enjin ini dibina untuk menjana tork dalam julat putaran yang luas.
  • Model MT dilengkapi dengan gear 9 kelajuan, manakala model AMT menggunakan gear 12 kelajuan.

Aspek penting dalam siri ini ialah penggunaan Teknologi Sistem Pemangkin Pengurangan Selektif (Selective Catalytic Reduction – SCR) yang mengurangkan pelepasan nitrogen oksida, menyumbang kepada perlindungan alam sekitar yang lebih baik, kecekapan bahan api, serta kos pemilikan jangka panjang dengan keperluan penyelenggaraan yang lebih rendah. Cecair ekzos diesel AdBlue yang digunakan bersama teknologi SCR turut disediakan di pusat servis Isuzu di seluruh negara.

Ciri Keselamatan Komprehensif

Aspek keselamatan diberi perhatian menerusi pelbagai teknologi bersepadu pada model prime mover baharu ini:

  • Beg udara SRS dengan tali pinggang keledar pretensioner untuk perlindungan tambahan penumpu.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Daya Brek Elektronik (EBD) yang berfungsi bersama untuk mengagihkan daya brek optimum berdasarkan berat muatan, keadaan jalan, dan kelajuan.
  • Ciri Kawalan Kestabilan Kenderaan Elektronik (EVSC) untuk model EK5 410T (AMT) dan EW5 460 (AMT) yang memainkan peranan penting dalam keselamatan aktif dengan memantau input stereng dan kelajuan roda bagi mencegah insiden terbalik, gelincir, serta hilang kawalan semasa maneuver kritikal atau di atas jalan licin.

Keselesaan dan Fungsi Kabin Moden

Kabina kenderaan ini direka dengan fokus kepada pemandu, menawarkan ruang yang luas, selesa, serta pelbagai fungsi papan pemuka bagi memudahkan pemanduan. Kluster instrumen menyediakan bimbingan pemandu masa nyata untuk memastikan aspek keselamatan dan kecekapan, manakala reka bentuk ringkasnya membolehkan pemandu memahami maklumat dengan cepat dan mudah.

Kelengkapan lain termasuk sistem navigasi 2DIN AV dengan skrin sentuh 7 inci, keserasian Apple CarPlay dan Android Auto (sambungan berwayar & tanpa wayar), Bluetooth bebas tangan, port USB, dan radio FM. Keselesaan turut dipertingkatkan melalui sistem suspensi kabin dengan bantal udara (air below) di bahagian belakang kabin bagi menyerap gegaran casis dan impak jalan, sekali gus mengurangkan keletihan pemandu.

Kesemua model baharu prime mover GIGA ini kini sudah dibuka untuk tempahan di 51 cawangan pengedar sah Isuzu di Malaysia.

Leave a Reply