JETOUR Malaysia Racang Pelancaran T2 i-DM Di ‘Malaysia Sarong Music Run 2026’—Tawar Rebat Sehingga RM15,000!

KUALA LUMPUR, 10 September 2026 – Sempena sambutan Hari Malaysia yang bakal tiba, JETOUR Malaysia mengesahkan penglibatannya sebagai rakan kerjasama rasmi untuk acara Malaysia Sarong Music Run 2026. Acara larian dan festival kebudayaan bertempat di Dataran KLCC pada Sabtu, 19 September 2026 ini bakal menjadi pentas utama bagi pelancaran rasmi model Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) sulung mereka untuk pasaran tempatan, JETOUR T2 i-DM.

Pelancaran model PHEV berprofil sasa ini menjadi kemuncak kepada fasal ‘Travel+’ yang dipertaruhkan oleh pengeluar kenderaan berkenaan dalam mengukuhkan pegangan pasaran SUV gaya hidup di Malaysia.

Pelancaran Kemuncak: JETOUR T2 i-DM

Pelancaran rasmi T2 i-DM dijangka berlangsung di pentas utama KLCC pada sebelah malam, diiringi oleh perarakan konvoi khas (Owners Convoy) pemilik kenderaan JETOUR dari seluruh negara.

Seni bina trenkuasa i-DM (Intelligent Dual Mode) pada model T2 menggabungkan enjin 1.5L TGDi empat-silinder turbo khas hibrid bersama sistem dwi-motor elektrik dan transmisi 3-Speed Dedicated Hybrid Transmission (DHT). Gabungan ini menghasilkan output keseluruhan 360 PS (265 kW) dan daya kilas puncak 610 Nm.

Dilengkapi pek bateri LFP bersaiz 18.4 kWh, T2 i-DM menawarkan jarak pemanduan mod elektrik penuh (Pure EV) melebihi 100 km, serta jarak pemanduan keseluruhan mencecah 1,200 km. Model ini turut menyokong pengecasan pantas DC (sehingga 40 kW) dan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) 3.3 kW untuk kegunaan perkhemahan dan aktiviti luar.

Promosi Khas Hari Malaysia: Rebat Sehingga RM15,000

Satu kejutan utama bagi pengunjung dan pembeli berpotensi sepanjang musim perayaan ini adalah penawaran Promosi Hari Malaysia yang merangkumi rebat tunai untuk rangkaian SUV JETOUR:

  • JETOUR VT9 Prime: Rebat tunai sehingga RM15,000
  • JETOUR Dashing Prime: Rebat tunai RM10,000
  • JETOUR T1 1.5L TGDi 2WD: Rebat Early Bird RM2,000 (terhad kepada 2,000 pendaftaran terawal)
  • JETOUR T2 2.0TD XWD: Rebat tunai RM2,000

Aktiviti ‘Race Village’ & Pameran Model

Sepanjang hari larian tersebut, pengunjung boleh melawat reruai pameran JETOUR di Race Village KLCC dan Pavilion Bukit Bintang. JETOUR bakal mempamerkan barisan penuh model SUV mereka seperti Dashing, VT9, T1, T2 petrol, serta pratonton dekat model T2 i-DM sebelum majlis pelancaran malam.

Selain pameran automotif, festival Malaysia Sarong Music Run 2026 turut dimeriahkan dengan pertunjukan dron gergasi di ruang udara KLCC dan konsert muzik secara langsung yang menghimpunkan pelbagai artis tempatan.

Leave a Reply