Atas Highway Gerenti Orang Nampak! smart #5 BRABUS ‘Laser Red’ Tiba Di Malaysia – 646 PS, Limited Unit!

Warna Khas Untuk Standout

smart Malaysia memperkenalkan varian edisi terhad terbaharu untuk SUV elektrik berprestasi tinggi mereka, smart #5 BRABUS Laser Red Edition.

Warna baharu Laser Red ini dipilih khas bagi memberikan visual yang lebih berani, garang, dan ‘hidup’ pada reka bentuk rugged SUV flagship ini. Ditawarkan dalam jumlah unit yang sangat terhad, ia direka khas untuk pemandu yang mahukan kelainan dan kehadiran (presence) yang menyerlah di atas jalan raya.

Kuasa ‘Raksasa’ 646 PS & Pecutan 3.8 Saat!

Di sebalik penampilan luaran yang lebih segar, aspek prestasi smart #5 BRABUS ini kekal membawakan spesifikasi liar yang sama:

  • Sistem Pacuan: Dwi-motor Pacuan Semua Roda (AWD).
  • Kuasa Maksimum: 475 kW / 646 PS.
  • Tork Maksimum: 710 Nm.
  • Pecutan (0-100 km/h): 3.8 saat sahaja!

Pengguna turut disajikan dengan mod pemanduan khas BRABUS driving mode, kemasan ruang kabin mewah gabungan Alcantara® dan Dinamica®, serta sistem ketersambungan digital terpantas yang dikuasai oleh cipset AMD V2000.

Harga Jualan & Penawaran Unit Terhad

Menurut Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, pengenalan Laser Red Edition ini memberikan dimensi baharu yang lebih ekspresif buat peminat tegar jenama smart di Malaysia.

Bagi pasaran Malaysia tahun 2026, tanda harga rasmi bagi model smart #5 adalah seperti berikut:

  • smart #5 Premium: RM 209,800.00
  • smart #5 BRABUS (termasuk Laser Red Edition): RM 259,800.00

Memandangkan varian Laser Red ini dibawa masuk dalam kuantiti yang terhad, mereka yang berminat boleh terus mengunjungi bilik pameran smart berdekatan atau melayari laman web rasmi mereka sebelum kehabisan unit!

Leave a Reply