Beli EV Terpakai Tanpa Ragu! BYD Sime Motors Lancar Program ‘BYD Certified’ Pertama Di Asia Pasifik – Kadar Faedah Serendah 2.03%!

Malaysia Jadi Hub Pertama Asia Pasifik

Antar isu besar yang menimbulkan persoalan terhadap pemilikan EV ialah pasaran terpakai yang lemah akibat kurang keyakinan terhadap teknologi baru ini. Untuk mengatasi halangan ini BYD Sime Motors telah melancarkan BYD Certified.

Kini anda boleh membeli EV terpakai dengan lebih yakin dengan program pertama seperti ini di Asia Pasifik yang ditawarkan di Sime Darby Auto Selection Glenmarie

Langkah ini memperlihatkan komitmen BYD untuk membina ekosistem EV yang lengkap, membolehkan pengguna membeli, bertukar hak milik (trade-in), serta mendapatkan khidmat kewangan dan selepas jualan di bawah satu bumbung.

5 Teras Jaminan Kualiti BYD Certified

Bagi mengikis persepsi negatif serta kebimbangan pembeli terhadap tahap kesihatan bateri dan kualiti EV terpakai, BYD Certified diperkenalkan berasaskan 5 teras jaminan kualiti yang sangat ketat:

  • 170 Mata Pemeriksaan: Setiap unit diteliti secara komprehensif oleh juruteknik bertauliah.
  • Syarat Perbatuan (Mileage Promise): Hanya kenderaan dengan jumlah perbatuan di bawah 100,000 km sahaja layak disahkan.
  • Umur Kenderaan Kurang 4 Tahun: Unit yang disahkan mestilah tidak melebihi usia 4 tahun mengikut julat perbatuan khusus.
  • Sejarah Bersih Bebas Kemalangan: Dijamin bebas daripada kemalangan teruk, kerosakan akibat banjir, kebakaran, serta tiada manipulasi meter odometer.
  • Alat Ganti Tulen Pembuat: Sebarang proses baik pulih dilakukan mengikut piawaian rasmi menggunakan alat ganti tulen BYD.

Jaminan Pulangan Wang 5 Hari & Kadar Faedah Rendah

Selain pemeriksaan ketat, pembeli turut menikmati kelebihan istimewa seperti Jaminan Beli-Semula 5 Hari (5-Day Buy-Back Assurance). Sekiranya kenderaan didapati mempunyai kerosakan struktur, banjir, atau kebakaran yang tidak dinyatakan dalam tempoh 5 hari selepas penyerahan, pembeli berhak mendapat bayaran balik penuh pada harga asal.

Program ini turut mendapat sokongan rangkaian pengedar 3S BYD di seluruh negara. Bagi membolehkan lebih ramai pemandu tempatan memiliki EV, tawaran pembiayaan khas turut disediakan dengan kadar faedah eksklusif bermula serendah 2.03%*.

Bagi korang yang mahu melihat sendiri pilihan model BYD Certified seperti ATTO 3 terpakai yang disahkan, cawangan Sime Darby Auto Selection Glenmarie kini terbuka untuk kunjungan awam!

Leave a Reply