Apabila Perodua mengumumkan penstrukturan semula harga untuk model elektrik pertama mereka, Perodua QV-E, semua kita tertarik dengan diskaun yang ditawarkan dan ada juga yang terus mengutuk syarikat Serendah tersebut kerana tidak menawarkan harga sebegini semasa pelancaran.
Potongan harga untuk tempoh terhad sehingga 30 September 2026 menyaksikan varian milikan penuh diletakkan pada RM87,499 manakala mereka yang memilih skim Battery as a Service(BAAS) hanya perlu membayar RM63,499 sebagai harga badan dan komitmen bulanan RM215 sebagai kos bateri.
Harga bawah RM70K ini menjadikan QV-E lebih mudah diterima oleh masyarakat namun bagi pemerhati industri, kenpa Perodua tiba tiba memberikan potongan harga hampir RM20K untuk model pajakan bateri.
Adakah langkah ini sekadar strategi pemasaran biasa untuk menaikkan angka jualan, atau adakah terdapat agenda korporat yang jauh lebih besar di sebalik tabir? Jawapan sebenar tentang “perangkap minda” komersial ini akan kita rungkaikan di penghujung analisis ini.
Model Perniagaan Tenaga Masa Depan (The Real Cash Cow)
Disebalik messed pemasaran yang berkisar di ketenangan minda yang dijanjikan kepada pembeli melalui perlindungan komprehensif BAAS (termasuk insurans, pelupusan, dan penggantian bateri), strategi Perodua sebenarnya melampaui urusan jual beli kereta.

Mengapa Perodua begitu bersungguh-sungguh mahu mengegarkan pasaran dengan skim pajakan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) 52.5 kW ini selama 9 tahun?
Jawabannya bukan lagi rahsia automotif, tetapi rahsia pemilikan grid tenaga.
Dari awal kami mengsyaki yang Perodus sedang merancang untuk menjadi pembekal kuasa kepad agrid elektrik kebangsaan, ini sebenarnya adalah satu perniagaan yang berkeuntungan besar kerana ia dianggap sebagai satu usaha strategik yang penting dalam memasitkan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia kekal utuh dalam apa saja keadaan, termasuk permintaan puncak yang mendadak.
Perodus, seperti syarikat automotif lain sudah mula sedar bahawa mereka sebenarnya sedang duduk di atas sebuah “lombong emas” masa depan.
Di dalam sebuah kereta elektrik, bateri melalui fasa kehidupan yang sangat ekstrem. Sel-sel bateri terpaksa dikerah secara agresif untuk menyalurkan kuasa puncak (high peak power) mencecah 100 kW atau lebih bagi menggerakkan kenderaan secara dinamik.
Tekanan mekanikal dan haba yang tinggi ini menyebabkan jangka hayat optimum bateri di dalam kereta biasanya terhad kepada sekitar 8 hingga 9 tahun sebelum kesihatan sel (SoH) menyusut di bawah standard automotif.
Namun, di sinilah pintarnya strategi Perodua bermula:
- Stres Rendah, Jangka Hayat Ganda Tiga: Apabila bateri QV-E ini ditukar di bawah program waranti selepas tempoh pemilikan tamat, kami jangka ia akan dialihkan untuk kegunaan sokongan grid atau storan domestik perumahan. Di dalam situasi statik ini, bateri mengalami kehidupan yang jauh lebih tenang. Kadar pelepasan kuasa puncak (peak draw) adalah sangat rendah berbanding ketika ia menggerakkan sebuah kereta seberat 1.5 tan. Bateri yang “penat” di atas jalan raya ini mampu bertahan dua hingga tiga kali ganda lebih lama—mencecah 15 ke 25 tahun lagi—sebagai bateri statik.
- Aliran Pendapatan Berulang (Recurring Income): Bayangkan portfolio storan tenaga yang dipegang oleh Perodua apabila pengeluaran QV-E melebihi 500 unit sebulan mula matang. Perodua boleh membekalkan kuasa puncak (peak power) kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sewaktu permintaan grid berada pada tahap tertinggi dengan kadar tarif premium. Mereka mendapat bayaran berterusan daripada syarikat utiliti dan sektor komersial menggunakan aset bateri yang kosnya telah pun “dibiayai” oleh yuran BAAS pengguna jalan raya.
Hakikat di Sebalik Kontrak 9 Tahun
Kembali kepada persoalan asal: Mengapa Perodua sanggup menstrukturkan semula kos sewa bateri sehingga serendah RM215 sebulan?
Langkah ini bukanlah satu tindakan kebajikan yang merugikan syarikat. Melalui skim BAAS, Perodua secara rasmi mengunci tempoh masa selama 9 tahun untuk memegang hak milik penuh ke atas bahan mentah paling berharga dalam era peralihan tenaga: iaitu litium.

Malah, bagi pelanggan yang memilih milikan penuh (outright purchase), Perodua secara proaktif menawarkan jaminan untuk membeli semula bateri tersebut apabila tiba masa pelupusan.
Strategi ini memastikan tiada satu pun sel bateri QV-E terlepas ke tangan pihak ketiga atau syarikat pelupusan luar. Perodua dengan sengaja membiarkan keuntungan margin jualan kereta berada pada tahap minimum hari ini, semata-mata untuk membina empayar pembekalan tenaga statik di Malaysia bagi masa hadapan.
Pengguna menyangka mereka sekadar melanggan sebuah kereta elektrik mampu milik, tetapi hakikatnya, mereka sedang membiayai dana permulaan untuk portfolio grid tenaga Perodua.
Ini sebanarnya perkara yang bijak kerana Malaysia mempunyai sasaran menjadi negara neutral karbon menjelang 2045 dan antara sasaran negara ialah mencapai sumber tenaga boleh diperbaharui sebanyak 75 peratus menjelang 2035 dan anjakan ini akan memerlukan jumlah bateri simpanan dan sokongan yang sangat besar.
Entah berapa terawatt simpananbateri akan diperlukan dalam anjakan tersebut, inilah kunci Malaysia mencapai kemerdekaan tenaga dari pasaran minyak yang kerap dikacau oleh pembuli dunia.
Bijak kan Perodua. Buat untung sambil bantu Malaysia berganjak ke tenaga lestari.
Kami kupaskan kesah Perodua QV-E dalam lima artikel, yang akan mula kami terbitan setiap hari, disini senarai artikel
1 500 unit sebulan cukup untuk anjak kos komponen tempatan?
2
3
4
5
