Piawai Impak Bawah Kenderaan Diperketat, EV China Selepas Ini Lebih Kalis Jalan Raya Malaysia

PETALING JAYA – Model kenderaan elektrik (EV) buatan China yang bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia selepas Julai ini akan dilengkapi dengan ketahanan struktur bateri yang lebih tinggi, susulan pengenalan ujian impak bawah kenderaan (bottom-impact test) mandatori oleh kerajaan China.

Langkah keselamatan baharu ini dilihat sangat relevan dengan senario jalan raya Malaysia yang sering berhadapan isu permukaan tidak rata, objek asing, dan banjir kilat.

Piawaian bateri terbaharu GB38031—2025 yang diwartakan di China menuntut perubahan drastik daripada aspek keselamatan terma.

Jika peraturan lama hanya mewajibkan sistem kenderaan memberikan isyarat amaran awal 5 minute sebelum kebakaran berlaku, piawaian baharu ini menetapkan syarat mutlak di mana pek bateri mestilah tidak mencetuskan sebarang kebakaran atau letupan (no fire or explosion) sekiranya berlaku kecederaan struktur atau litar pintas.

Pengenalan ujian bottom-impact ini secara langsung memberikan perlindungan tambahan kepada komponen sel bateri daripada risiko tusukan objek tajam di atas jalan raya, yang sering menjadi punca utama insiden thermal runaway.

Bagi ekosistem automotif Malaysia yang kini rancak menerima lambakan EV dari China, penguatkuasaan standard ini memberikan jaminan keselamatan jangka panjang yang lebih tinggi kepada pengguna tempatan.

Leave a Reply