Boon Siew Honda Santuni Komuniti Utara Melalui Kempen Keselamatan Jalan Raya Di Karnival Kampung Angkat Madani

BAYAN LEPAS – Boon Siew Honda (BSH) mengambil inisiatif proaktif dalam mendekati komuniti wilayah utara tanah air dengan menyertai Karnival Kampung Angkat Madani yang berlangsung baru-baru ini. P

englibatan pengeluar motosikal terkemuka negara itu bukan sahaja bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kemasyarakatan, malah menjadi platform utama syarikat dalam mempromosikan kesedaran keselamatan jalan raya secara menyeluruh.

Langkah ini sejajar dengan misi korporat mereka di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ride to Reach, yang mendukung matlamat global Honda untuk mencapai sasaran sifar kemalangan jiwa melibatkan kenderaan mereka menjelang tahun 2050.

Kehadiran agensi berkenaan berjaya menarik perhatian lebih 1,000 pengunjung karnival yang menyertai sesi Ceramah Keselamatan Jalan Raya khusus bagi meningkatkan kefahaman mengenai etika pemanduan yang selamat.

Sebagai bentuk sokongan praktikal, BSH turut mengagihkan sebanyak 100 buah topi keledar keselamatan kepada penerima sumbangan terpilih yang dikendalikan melalui kerjasama Pejabat Parlimen Bayan Baru.

Selain pengedaran peralatan keselamatan, program itu turut menyediakan khidmat pemeriksaan motosikal secara percuma tanpa mengira jenama bagi memastikan setiap kenderaan berada dalam tahap optimum, memandangkan aspek keselamatan aset mekanikal merupakan tanggungjawab bersama seluruh pengguna jalan raya.

Bagi menambah nilai pengisian teknikal, BSH turut membawa barisan produk terbaharu mereka untuk tontonan umum termasuk skuter kembara ADV160, model urban Vario 125 Street, dan jentera kapcai berprestasi RS-X Winner.

Pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi hantaran mekanikal secara dekat menerusi paparan struktur enjin potongan (engine cut-out display) bagi model RS-X Winner dan ADV160 yang disertakan dengan sesi perkongsian teknikal bersama pakar industri.

Kemuncak program kemasyarakatan tersebut menyaksikan kemurahan hati pihak penganjur yang menghadiahkan dua buah motosikal Honda sebagai hadiah cabutan bertuah utama kepada penduduk tempatan yang bertuah sebelum acara melabuhkan tirainya.

Leave a Reply