Kerjasama Chery & TNG: Bukan Sekadar Tag RFID, Tetapi Persediaan Ke Arah MLFF

KUALA LUMPUR – Chery Corporate Malaysia (yang menaungi jenama Chery, Omoda Jaecoo, dan iCaur) baru sahaja memeterai perjanjian strategik bersama Touch ‘n Go (TNG). Melalui kerjasama ini, tag RFID khas akan ditawarkan secara terus (bundled) bagi model-model terpilih di seluruh negara.

Ini satu langkah yang perlu digalakkan kerana ia mampu mempercepatkan anjakan infrastruktur toll kepada sistem tanpa henti Multi-L:ane Fast Flow.

Sebagai salah satu jenama dominan dari China, langkah Chery melengkapkan kereta mereka dengan tag RFID boleh mendatangkan kesan positif yang bermakna kepada usaha menaiktaraf sistem tol di Malaysia,

Chery telah menjual lebih 30,000 unit sejak 2023, manakala Omoda Jaecoo pula mencatatkan 17,849 unit pada tahun 2025 sahaja, satu lonjakan luar biasa melebihi 150% berbanding tahun sebelumnya.

Kenapa RFID? Persediaan “Barrier-Free”
Langkah menyertakan RFID pada waktu jualan bukan sekadar untuk memudahkan pembayaran tol, tetapi sebagai persediaan kepada sistem Multi-lane Fast Flow (MLFF) atau aliran deras pelbagai lorong pada masa depan.

Penyelarasan Semula Infrastruktur: RFID direka untuk serasi dengan sistem Single Lane Fast Flow (SLFF) sedia ada dan sistem tanpa palang (MLFF) yang bakal tiba.

Pembeli tidak lagi perlu bersusah payah mencari tempat pemasangan tag selepas membeli kereta. Ia adalah sebahagian daripada usaha Chery untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lebih lancar.

Menurut Men Lin Bo, Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, inovasi melampaui reka bentuk kenderaan; ia juga tentang bagaimana kenderaan itu berinteraksi dengan infrastruktur digital kerajaan. Kerjasama ini dilihat sebagai gambaran jelas sokongan industri automotif terhadap visi mobiliti digital negara.

Kesimpulan Electronikar
Walaupun pemasangan tag RFID nampak seperti perkara kecil, ia adalah sebahagian daripada penyelarasan semula bagaimana kereta dijual di Malaysia. Kita sudah bergerak daripada zaman “kad Touch ‘n Go percuma” kepada integrasi sistem pintar di dalam kenderaan.

Persoalannya, adakah integrasi RFID ini akan menjadi kadar lazim bagi semua jenama automotif di Malaysia tidak lama lagi? Sesuatu yang patut dicontohi oleh jenama lain bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol akibat kegagalan peranti atau baki tidak mencukupi.

Leave a comment