
iCAUR Malaysia merasmikan pembukaan iCAUR Damansara, pusat pengedar utama di Malaysia yang dimiliki dan dikendalikan oleh Carramax Luxe Sdn. Bhd.
Naib Presiden Eksekutif Korporat Chery, Men Lin Bo berkata iCAUR Damansara merupakan pencapaian penting dalam rangkaian iCAUR Malaysia yang kini merangkumi 17 lokasi di seluruh negara, dengan lebih banyak pusat pengedaran bakal dibuka dalam suku keempat 2025.
“Berdiri megah di tengah-tengah Kuala Lumpur, iCAUR Damansara merupakan satu pencapaian penting dalam rangkaian iCAUR Malaysia,” katanya.
Pengarah Carramax Luxe Sdn. Bhd, Ricky Chia berkata sebagai cawangan utama, iCAUR Damansara menjadi penanda aras baharu bagi rangkaian perkhidmatan iCAUR Malaysia.
“Dari ruang pelanggan yang interaktif, bengkel pembaikan dan cat lengkap, hingga kepakaran teknikal terbaik, kami komited untuk memberikan perkhidmatan unggul kepada pelanggan di Malaysia,” katanya.
Meliputi keluasan kira-kira 40,000 kaki persegi, iCAUR Damansara menggabungkan kelebihan lokasi strategik dengan akses mudah ke Lembah Klang.
Kemudahan utama ini menampilkan ruang pameran luas yang mampu mempamerkan sehingga lapan buah kenderaan dalam satu masa, ruang penyerahan khas, serta lima petak pengecas EV eksklusif untuk pelanggan.
Ruang rehat pelanggan menyediakan suasana santai dengan dua konsol Nintendo, Wi-Fi percuma, minuman dan makanan ringan.
Pusat perkhidmatan selepas jualan dilengkapi dengan lapan petak servis, serta bahagian Pembaikan Badan dan Cat lengkap dengan peralatan pembaikan badan aluminium. Kemudahan ini juga menawarkan perkhidmatan pemasangan aksesori, balutan kenderaan (wrapping) dan Filem Perlindungan Cat (Paint Protection Film/PPF).
Dengan pasukan 12 perunding jualan, 11 juruteknik servis dan 10 pakar Badan dan Cat, pusat ini mampu menyelenggara sehingga 520 kenderaan sebulan.
iCAUR Malaysia kini berada di landasan untuk mencapai sembilan pusat pengedar lengkap dan 18 pusat jualan menjelang akhir tahun 2025.
iCAUR adalah jenama kenderaan elektrik global yang lahir daripada kerjasama antara Chery dan SmartMi Tech. Direka khas untuk pasaran antarabangsa, iCAUR menggabungkan reka bentuk berani, teknologi pintar dan prestasi pemanduan untuk mencipta kenderaan yang mencerminkan gaya hidup generasi muda.
Berpandukan semangat “Born to Play”, iCAUR membuat penampilan global pertama di Pameran Industri Automotif Antarabangsa Shanghai 2025, dengan rancangan untuk berkembang ke 100 negara dan membuka lebih 2,000 pusat jualan dan servis di seluruh dunia menjelang 2028.
iCAUR Damansara terletak di Lot 2814, Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur. Bilik pameran beroperasi dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin-Sabtu) dan 10.00 pagi hingga 5.00 petang (Ahad dan Cuti Umum). Pusat servis beroperasi dari 8.15 pagi hingga 5.15 petang (Isnin-Sabtu) dan tutup pada Ahad serta Cuti Umum.



