KDEB Waste Management Perkukuh Armada, Terima 51 Unit UD Trucks Croner Euro 5
KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) secara rasminya telah menerima penghantaran 51 unit lori tugas sederhana UD Trucks model Croner Euro 5 bagi memperkukuh operasi pengurusan sisa domestik dan pembersihan awam di seluruh negeri Selangor. Perolehan ini dilaksanakan melalui pesanan pembelian tunggal daripada pengedar sah UD Trucks di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE). Berikutan jumlah pesanan yang besar, proses penghantaran dilakukan secara berperingkat dalam beberapa fasa bagi memenuhi prosedur kawalan kualiti serta pembinaan badan kenderaan yang spesifik untuk kegunaan pengurusan sisa di lapangan. Continue reading KDEB Waste Management Perkukuh Armada, Terima 51 Unit UD Trucks Croner Euro 5
