Volvo XC60 Kini Model Volvo Terlaris Sepanjang Masa

Volvo XC60 telah mencatat sejarah baharu dengan menjadi model Volvo terlaris sepanjang masa setelah jualan melebihi 2.7 juta unit di seluruh dunia, melepasi rekod yang dipegang oleh Volvo 240 yang ikonik.

Sejak diperkenalkan pada 2008, SUV saiz sederhana ini kekal popular dalam kalangan pelanggan yang menghargai keselamatan, kualiti dan pengalaman pemanduan premium. Model ini pada mulanya hanya dikeluarkan di Eropah sebelum menjadi model Volvo global pertama yang turut dihasilkan di China untuk menyokong jualan tempatan. Continue reading Volvo XC60 Kini Model Volvo Terlaris Sepanjang Masa

Tesla terus mendahului jualan EV di Eropah, pasaran melonjak 48%

Sebanyak 234,000 kenderaan plugin didaftar pada bulan Julai di Eropah, meningkat sebanyak +48% berbanding tahun sebelumnya (YoY), pertumbuhan tertinggi dalam pasaran sejak Ogos 2021. PAda masa yang sama pasaran keseluruhan juga berkembang tetapi tidak sama pesat, berkembang 17%. Segmen kenderaan plugin Eropah pada bulan lepas adalah 23% (15% elektrik penuh/BEV). Keputusan itu menjadikan bahagian kenderaan plugin tahun 2023 adalah 22% (15% untuk BEV sahaja). BEV … Continue reading Tesla terus mendahului jualan EV di Eropah, pasaran melonjak 48%