Tesla Lancar Pengecas Super V4 Di Pavilion Damansara Heights

Dengan pembukaan stesen pengecasan di Pavilion Damansara Heights ini, Tesla kini mengendalikan 16 stesen Pengecas Super (72 Pengecas Super) dan 16 stesen Pengecas Destinasi (73 pengecas) di seluruh Malaysia. Dengan menggunakan Pengecas Super Tesla, Model 3 boleh mengecas sehingga 311 km jarak dalam masa 15 minit sahaja, bersamaan dengan empat perjalanan pergi dan balik antara Pavilion Damansara Heights dan Pusat Tesla di Cyberjaya. Continue reading Tesla Lancar Pengecas Super V4 Di Pavilion Damansara Heights

Tesla Melancarkan Stesen Supercharger Terbesar di Asia Tenggara di Gamuda Cove

Tesla mengumumkan pelancaran stesen pengisian Supercharging terbesar di Asia Tenggara di Gamuda Cove, Selangor. Dengan komitmen untuk mempercepat peralihan dunia kepada tenaga lestari, Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan taman alam, bandar pintar, dan lestari dengan menawarkan sejumlah 6 Superchargers dan 18 Destination Chargers di Gamuda Cove. Kerjasama antara Tesla dan Gamuda Land menandakan langkah penting dalam meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan pengisian kenderaan elektrik … Continue reading Tesla Melancarkan Stesen Supercharger Terbesar di Asia Tenggara di Gamuda Cove

Kos memasang Supercharger Tesla hingga 70% lebih rendah dari pesaing – dijangka dominasi pasaran pengecaj

Tesla kini mendahului pesaing dalam memenangi tawaran projek kerajaan di Amerika Syarikat bagi membina rangkaian pengecasan awam di seluruh negara, dengan mematuhi semua keperluan pembiayaan infrastruktur pengecasan EV awam. Buat masa kini Syarikat tersebut telah memenangi 18% daripada bidaan yang telah dikeluarkan, dengan menawarkan harga purata sekitar US$392,000 bagi setiap stesen, berbanding US$795,000 oleh pesaingnya, menurut data dari firma penyelidikan EVAdoption. Tesla menghasilkan sendiri Supercharger … Continue reading Kos memasang Supercharger Tesla hingga 70% lebih rendah dari pesaing – dijangka dominasi pasaran pengecaj