Di Luar Jangkaan: BYD Pilih Shark 6 Untuk CKD di Inokom, MITI Mahu Lebih Tumpuan Kepada Komponen Tempatan dan Jadikan Malaysia Pusat Eksport

Ramai menyangka BYD akan memulakan pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia menerusi barisan EV penumpang sedia ada, namun kejutan sebenar berlaku di Kulim apabila trak pikap 4×4 PHEV, BYD Shark 6, dipilih sebagai model pertama di fasiliti Inokom milik Sime Motors. Di sebalik langkah pantas yang menjimatkan sekurang-kurangnya 3.5 tahun masa pembinaan kilang baharu itu, MITI turut menghantar isyarat jelas mengenai dasar lokalisasi baharu, sasaran mengurangkan import komponen RM33 bilion, serta rancangan membawa teknologi Flash Charging ke koridor KLIA. Continue reading Di Luar Jangkaan: BYD Pilih Shark 6 Untuk CKD di Inokom, MITI Mahu Lebih Tumpuan Kepada Komponen Tempatan dan Jadikan Malaysia Pusat Eksport