Jualan Proton Suku Pertama 2026 Cecah 49,140 Unit; Tertinggi Sejak 2004

Bagi bulan Mac sahaja, PROTON merekodkan jualan sebanyak 15,706 unit (merangkumi model ICE, EV, dan PHEV), meningkat 15.4% berbanding Februari dan 12.8% lebih tinggi berbanding Mac 2025. Pertumbuhan tahun-ke-tarikh (YTD) kini berada pada tahap 40.1%, mengatasi aliran industri automotif tempatan (TIV) yang dianggarkan menyusut 4.9% bagi tempoh yang sama.

Pegangan pasaran PROTON bagi Mac dijangka mencecah 25.1%, manakala pegangan pasaran YTD diramal sekitar 27.4%, tahap tertinggi buat syarikat sejak 2017. Continue reading Jualan Proton Suku Pertama 2026 Cecah 49,140 Unit; Tertinggi Sejak 2004

GWM Malaysia Sasar Jualan 60,000 Unit dan Tekad Jadi Antara Tiga Jenama China Teratas Menjelang 2028

Bagi mencapai kedudukan utama tersebut, GWM Malaysia menyasarkan penguasaan enam peratus pegangan pasaran menjelang tahun 2028. Strategi ini akan bertumpu kepada pengenalan barisan SUV yang lebih meluas serta kepelbagaian pilihan rangkaian kuasa yang merangkumi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid (HEV/PHEV), dan kenderaan elektrik (BEV). Continue reading GWM Malaysia Sasar Jualan 60,000 Unit dan Tekad Jadi Antara Tiga Jenama China Teratas Menjelang 2028

Toyota Laburkan USD120 Juta Dalam Pasaran Kereta Terpakai Indonesia: Adakah Malaysia Seterusnya?

Dengan pelaburan USD120 juta ini, Toyota bukan sahaja memperoleh akses kepada data pengguna yang berharga, tetapi juga platform teknologi yang telah terbukti berkesan dalam pasaran Indonesia. Astra International akan mengekalkan 60% kepentingan dalam ADMO, memastikan pengetahuan tempatan dan rangkaian yang sedia ada terus dimanfaatkan. Continue reading Toyota Laburkan USD120 Juta Dalam Pasaran Kereta Terpakai Indonesia: Adakah Malaysia Seterusnya?

Pasaran Automotif Malaysia Mengecut 3.2% Mei 2025

Industri automotif Malaysia menghadapi cabaran berterusan pada bulan Mei 2025 dengan jumlah jualan kenderaan menurun 3.2% berbanding tahun sebelumnya kepada 68,007 unit, menurut data terkini daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Walaupun mengalami penurunan tahunan, pasaran menunjukkan pemulihan bulanan yang ketara dengan peningkatan 12.4% berbanding April 2025. Continue reading Pasaran Automotif Malaysia Mengecut 3.2% Mei 2025

Tesla terus mendahului jualan EV di Eropah, pasaran melonjak 48%

Sebanyak 234,000 kenderaan plugin didaftar pada bulan Julai di Eropah, meningkat sebanyak +48% berbanding tahun sebelumnya (YoY), pertumbuhan tertinggi dalam pasaran sejak Ogos 2021. PAda masa yang sama pasaran keseluruhan juga berkembang tetapi tidak sama pesat, berkembang 17%. Segmen kenderaan plugin Eropah pada bulan lepas adalah 23% (15% elektrik penuh/BEV). Keputusan itu menjadikan bahagian kenderaan plugin tahun 2023 adalah 22% (15% untuk BEV sahaja). BEV … Continue reading Tesla terus mendahului jualan EV di Eropah, pasaran melonjak 48%