Denza Z9GT Tempahan Memuncak di Malaysia: Pumpulan Kedua Disambar, Rangkaian Pengecasan Pantas ‘Flash Charging’ Bakal Menyusul!

Denza Z9GT terus mencetuskan fenomena di Malaysia apabila kumpulan (*batch*) pertama dan kedua disahkan habis terjual, kini membuka tempahan batch ketiga. Berharga RM358,800, jentera e3 tri-motor 1,156 PS ini disokong persediaan teknologi pengecasan ultra-pantas *Flash Charging*. BYD kini mempunyai 10,000 stesen kilat di China bagi menangani *range anxiety*, membolehkan cas 10-97% seawal 9 minit. Pelaksanaannya di Malaysia kelak memerlukan sokongan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) bagi mengurangkan beban puncak elektrik grid tempatan. Continue reading Denza Z9GT Tempahan Memuncak di Malaysia: Pumpulan Kedua Disambar, Rangkaian Pengecasan Pantas ‘Flash Charging’ Bakal Menyusul!

Prestasi Jualan Rekod & Percaturan Platform AMA: Strategi PROTON Mula Mengunci Pasaran Automotif Malaysia

SUBANG JAYA – Apabila PROTON mengumumkan prestasi jualan Ogos dengan jumlah keseluruhan 22,632 unit—pencapaian prestasi bulanan terbaik syarikat sejak penubuhan dan peningkatan dari rekod terakhir pada Januari 2010—kebanyakan pemerhati industri menumpukan perhatian kepada angka prestasi semasa tetapi ini adalah hasil usaha hampir sepuluh tahun. Peningkatan jualan Proton Saga yang mencatatkan 7,347 unit jelas menunjukkan kekuatan utama Proton masih pada pemahaman pasaran temaptan mereka manakala serta jenama kenderaan … Continue reading Prestasi Jualan Rekod & Percaturan Platform AMA: Strategi PROTON Mula Mengunci Pasaran Automotif Malaysia

Pajero Kembali Ke Pasaran: Adakah 3 ‘Senjata’ Ini Cukup Untuk Menggoncang Dominasi Prado & Everest?

TOKYO – Selepas menyepi dari pasaran global, nama ikonik Mitsubishi Pajero akhirnya dihidupkan semula menerusi generasi ke-5. Kali ini, Mitsubishi mengambil pendekatan lebih premium dengan memindahkan posisinya naik ke segmen SUV flagship bertangga (ladder-frame) bagi mencabar Toyota Land Cruiser Prado (Series 250) dan Ford Everest secara terus. Sebagai sebuah artikel pelancaran, pengenalan semula SUV ini memperlihatkan pakej kejuruteraan yang sangat matang. Mitsubishi tidak sekadar bergantung pada nama besar, sebaliknya menyertakan tiga … Continue reading Pajero Kembali Ke Pasaran: Adakah 3 ‘Senjata’ Ini Cukup Untuk Menggoncang Dominasi Prado & Everest?

Jaecoo J5 EV Mendarat Dengan Padu Dalam Segmen EV Paling Mencabar

Jaecoo J5 EV tiba sebagai penawaran agresif pada harga **RM118,800**, dilengkapi pakej pengecasan percuma JomCharge selama 12 bulan. Ciri utamanya merangkumi pengecasan pantas DC 130 kW, ruang *frunk* 35 liter, dan NVH yang mantap. Namun, paparan meter monokromnya sedikit mencacatkan ruang kabin yang moden. Continue reading Jaecoo J5 EV Mendarat Dengan Padu Dalam Segmen EV Paling Mencabar

Pergi pelancaran kilang pembekal, dapat cerita AMA05, MPV berkuasa Hybrid

Lazimnya rahsia mengenai model baru akan disimpan rapat rapat oleh syarikat kereta tetapi Proton dah ceritakan rancahng jangk panjang mereka dan empat model yang akan dilancarkan menggunakan platform modular AMA atau Advanced Modular Architecture AMA yang mampu membentuk asas kepada pelbagai aplikasi dari Sedan, Hatchback, Crossover, MPV dan SUV. Dalam kerancakan warganet mengambil gambar model AMA02 yang diberi jolokan tidak rasmi Saga Cross, tiba tiba … Continue reading Pergi pelancaran kilang pembekal, dapat cerita AMA05, MPV berkuasa Hybrid

MODA Sporter S SKII (2026): Rekabentuk Lebih Agresif, Teknologi Lebih Canggih untuk Pemanduan Harian; RM17,998

Sejak diperkenalkan pada Januari 2025, model MODA Sporter S telah mencuri perhatian pasaran tempatan. Direka oleh pereka Perancis terkemuka Yacouba Galle dari Yacouba Studios, Super Scooter 244cc ini dengan pantas menjadi model paling popular dalam rangkaian MODA. Kombinasi trenkuasa yang lancar, ciri-ciri keselamatan standard seperti ABS dua saluran dan Traction Control System (TCS), serta harga yang sangat bersaing menjadikannya pencabar terhebat dalam segmen skuter maxi pasaran Malaysia. Namun, adakah … Continue reading MODA Sporter S SKII (2026): Rekabentuk Lebih Agresif, Teknologi Lebih Canggih untuk Pemanduan Harian; RM17,998

Chery Malaysia Pacu Badminton Akar Umbi: LCWC RM100,000 Medan Mencungkil Permata Baharu Negara

Chery Malaysia tampil sebagai Rakan Pembentang Rasmi Kejohanan Badminton Belia Lee Chong Wei Cup (LCWC) 2026. Menawarkan hadiah RM100,000 serta peluang ujian ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) buat 2,000 peserta belia, kejohanan ini menjadi medan utama mencungkil dan mengasah bakat permata baharu negara dari peringkat akar umbi. Continue reading Chery Malaysia Pacu Badminton Akar Umbi: LCWC RM100,000 Medan Mencungkil Permata Baharu Negara

Proton Mula Program Pemasangan Tempatan e.MAS 7 PHEV di Tanjong Malim. Kandungan Tempatan 30 Peratus

Proton memulakan pemasangan tempatan (CKD) e.MAS 7 PHEV di Tanjong Malim dengan 30 peratus kandungan tempatan. Dipacu teknologi EM-i, model terlaris ini menawarkan kecekapan tinggi dan penambahbaikan premium. Langkah ini memperkukuh ekosistem automotif negara menerusi pelaburan RM37 juta bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 42,000 unit. Continue reading Proton Mula Program Pemasangan Tempatan e.MAS 7 PHEV di Tanjong Malim. Kandungan Tempatan 30 Peratus

Lupakan Bateri Kereta Biasa: Lebih Ringan, Bebas Penyelenggaraan & Tahan 3,000 Kitaran, Berbaloikah Bateri Natrium 12V Aeson Pada Harga RM369?

Adakah teknologi bateri natrium-ion 12V sedia menggantikan asid plumbum? Dengan jangka hayat sehingga 3,000 kitaran, 60% lebih ringan, dan bebas penyelenggaraan, Aeson Power menawarkan penyelesaian bermula RM369. Bateri ini Continue reading Lupakan Bateri Kereta Biasa: Lebih Ringan, Bebas Penyelenggaraan & Tahan 3,000 Kitaran, Berbaloikah Bateri Natrium 12V Aeson Pada Harga RM369?

Beli EV Terpakai Tanpa Ragu! BYD Sime Motors Lancar Program ‘BYD Certified’ Pertama Di Asia Pasifik – Kadar Faedah Serendah 2.03%!

BYD Sime Motors melancarkan program kenderaan terpakai rasmi, BYD Certified, sekali gus membuka cawangan pertama di rantau Asia Pasifik di Glenmarie! Menawarkan jaminan bateri, pemeriksaan 170 mata, serta jaminan pulangan 5 hari, ini jalan mudah dan selamat untuk memiliki EV terpakai! Continue reading Beli EV Terpakai Tanpa Ragu! BYD Sime Motors Lancar Program ‘BYD Certified’ Pertama Di Asia Pasifik – Kadar Faedah Serendah 2.03%!