KUALA LUMPUR — Sempena sambutan ulang tahun ke-90 penubuhannya di negara ini, Caltex Malaysia telah melancarkan kempen peraduan seluruh negara bertajuk “Raikan 90 Tahun Caltex, Jom Singgah dan Menang”. Kempen besar-besaran ini menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X90, bekalan petrol percuma selama setahun, serta ribuan baucar bahan api segera kepada para pengguna di seluruh Malaysia.
Menurut Pengerusi Negara Caltex Malaysia, Leong Jee Wong, kempen ini diadakan sebagai tanda penghargaan ikhlas kepada generasi rakyat Malaysia yang telah menyokong perjalanan dan menjadi sebahagian daripada komuniti Caltex sepanjang 90 tahun beroperasi.

Butiran Hadiah Utama & Kategori Pemenang
Peraduan yang bermula dari sekarang sehingga 31 Disember 2026 ini dibuka kepada semua pemilik kenderaan empat roda dan dua roda. Antara senarai hadiah menarik yang dipertandingkan termasuklah:
- Kategori Empat Roda:
- Hadiah Utama: 1x Proton X90 1.5TD Lite
- Hadiah Pertama: 9x Bekalan petrol percuma selama setahun (Caltex StarCash bernilai RM4,000 setiap satu)
- Kategori Dua Roda:
- Hadiah Pertama: 9x Bekalan petrol percuma selama setahun (Caltex StarCash bernilai RM1,000 setiap satu)
Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan hadiah bulanan merangkumi 900 pemenang Kredit eWallet TNG bernilai RM9, serta tawaran eksklusif aplikasi CaltexGO dengan 9,000 baucar bahan api RM9 setiap bulan.
Cara Penyertaan Mudah (3 Langkah):
- Isi Bahan Api: Pam RON95 atau RON97 dalam satu resit tunggal dengan perbelanjaan minimum RM39 untuk kenderaan empat roda atau minimum RM6 untuk motosikal.
- Ambil Gambar Resit: Tangkap gambar jelas resit fizikal atau buat tangkapan skrin (screenshot) resit digital CaltexGO.
- Hantar melalui WhatsApp: Hantarkan gambar resit tersebut ke talian +60 18-202 1959 (setiap resit sah melayakkan satu penyertaan.
