UMW Toyota Motor Lancar Bengkel Toyota Eco Youth 2026; 30 Sekolah Rebut Geran Dan Hadiah RM170,000

Susulan seruan penyertaan di peringkat kebangsaan pada awal tahun ini, sebanyak 327 penyertaan telah diterima daripada sekolah menengah di seluruh Malaysia yang menunjukkan semangat tinggi para pelajar dalam menangani isu alam sekitar di komuniti masing-masing. Kini memasuki edisi ke-25, inisiatif ini telah berkembang menjadi platform nasional yang memupuk kesedaran alam sekitar serta menggalakkan penyelesaian masalah dunia sebenar dalam kalangan pelajar sekolah menengah berusia 13 hingga 16 tahun. Continue reading UMW Toyota Motor Lancar Bengkel Toyota Eco Youth 2026; 30 Sekolah Rebut Geran Dan Hadiah RM170,000

Proton e.MAS 7 PHEV Tampil Dengan Warna Emerald Green; Perkukuh Kedudukan Sebagai Jenama Elektrik No.1 Malaysia

Sejak kemunculannya pada awal tahun 2026, Proton e.MAS telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) nombor satu di Malaysia, di mana satu daripada setiap dua unit EV yang dijual di negara ini adalah daripada rangkaian Proton e.MAS. Continue reading Proton e.MAS 7 PHEV Tampil Dengan Warna Emerald Green; Perkukuh Kedudukan Sebagai Jenama Elektrik No.1 Malaysia

Toyota Menggemparkan Pasaran Malaysia: Tiga Model BEV Dilancarkan Serentak!

UMWT memberikan jaminan yang menyeluruh untuk ketenangan minda pemilik:

Waranti Kenderaan: 5 tahun (perbatuan tanpa had untuk bZ4X dan Urban Cruiser; had 150,000 km untuk Hilux BEV).

Waranti Bateri: 8 tahun dengan perbatuan tanpa had.

Kehadiran tiga model ini sekali gus membuktikan bahawa Toyota tidak hanya menunggu, tetapi kini memacu arus elektrifikasi di Malaysia Continue reading Toyota Menggemparkan Pasaran Malaysia: Tiga Model BEV Dilancarkan Serentak!

Sticky post

Perisai RM14 Bilion: Mengapa Ketegasan MITI Terhadap Syarat CKD Adalah Tunjang Maruah Industri

Oleh: Shamsul Yunos RAWANG, 1 April – Gelombang keresahan yang melanda industri automotif tempatan susulan laporan bahawa BYD sedang mempertimbangkan semula rancangan pemasangan tempatan (CKD) di Tanjong Malim telah mencetuskan perdebatan hangat mengenai hala tuju Dasar Automotif Nasional (NAP). Walau bagaimanapun, sokongan padu yang dizahirkan oleh Perodua bersama Persatuan Pengedar Perodua (PDA) dan Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) hari ini memberikan perspektif berbeza yang jarang diperincikan … Continue reading Perisai RM14 Bilion: Mengapa Ketegasan MITI Terhadap Syarat CKD Adalah Tunjang Maruah Industri

Jualan Proton Suku Pertama 2026 Cecah 49,140 Unit; Tertinggi Sejak 2004

Bagi bulan Mac sahaja, PROTON merekodkan jualan sebanyak 15,706 unit (merangkumi model ICE, EV, dan PHEV), meningkat 15.4% berbanding Februari dan 12.8% lebih tinggi berbanding Mac 2025. Pertumbuhan tahun-ke-tarikh (YTD) kini berada pada tahap 40.1%, mengatasi aliran industri automotif tempatan (TIV) yang dianggarkan menyusut 4.9% bagi tempoh yang sama.

Pegangan pasaran PROTON bagi Mac dijangka mencecah 25.1%, manakala pegangan pasaran YTD diramal sekitar 27.4%, tahap tertinggi buat syarikat sejak 2017. Continue reading Jualan Proton Suku Pertama 2026 Cecah 49,140 Unit; Tertinggi Sejak 2004

Honda Malaysia Lancarkan Kempen ‘Hybrid Done Right’ – Tempahan Prelude Dibuka, S+ Shift Jadi Pertaruhan

Bagi pengguna yang berminat untuk memiliki model e:HEV (City, City Hatchback, HR-V, Civic, atau CR-V) dalam tempoh kempen ini, Honda menawarkan:

Rebat tunai tambahan RM2,000.

Percuma kos upah servis untuk dua tahun pertama.

Peluang menyertai cabutan bertuah bulanan untuk memenangi pengalaman memandu Prelude Serba Baharu selama seminggu. Continue reading Honda Malaysia Lancarkan Kempen ‘Hybrid Done Right’ – Tempahan Prelude Dibuka, S+ Shift Jadi Pertaruhan

GWM Malaysia Sasar Jualan 60,000 Unit dan Tekad Jadi Antara Tiga Jenama China Teratas Menjelang 2028

Bagi mencapai kedudukan utama tersebut, GWM Malaysia menyasarkan penguasaan enam peratus pegangan pasaran menjelang tahun 2028. Strategi ini akan bertumpu kepada pengenalan barisan SUV yang lebih meluas serta kepelbagaian pilihan rangkaian kuasa yang merangkumi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid (HEV/PHEV), dan kenderaan elektrik (BEV). Continue reading GWM Malaysia Sasar Jualan 60,000 Unit dan Tekad Jadi Antara Tiga Jenama China Teratas Menjelang 2028

Tesla Model Y L Mendarat Di Malaysia: Lebih Panjang, 6-Tempat Duduk, Lambat, Tapi Akhirnya Fungsi V2L ditawarkan

Perubahan fizikal ini bukan sahaja memberi ruang kaki yang lebih luas, malah bumbungnya juga ditingkatkan sedikit bagi memastikan penumpang di baris ketiga tidak merasa terhimpit. Berbeza dengan versi 7-tempat duduk di pasaran luar, versi Malaysia ini menggunakan susunan 2-2-2. Penggunaan captain seat di baris kedua bermaksud akses ke baris ketiga menjadi jauh lebih mudah melalui lorong tengah. Continue reading Tesla Model Y L Mendarat Di Malaysia: Lebih Panjang, 6-Tempat Duduk, Lambat, Tapi Akhirnya Fungsi V2L ditawarkan

Hayden Haikal Cipta Kejutan, Rai Podium Sulung di Porsche Sprint Cup Australia

Kejayaan tersebut dianggap luar biasa memandangkan Hayden turun sebagai pelumba debut dengan pendedahan yang sangat terhad terhadap karakter litar dan jentera Porsche yang digunakan. Meskipun memulakan hujung minggu dengan masa latihan yang minima, beliau membuktikan keupayaan adaptasi yang pantas apabila berjaya memperbaiki catatan masa dalam setiap sesi sebelum akhirnya memintas kelompok pelumba hadapan bagi mengesahkan kedudukan P3. Continue reading Hayden Haikal Cipta Kejutan, Rai Podium Sulung di Porsche Sprint Cup Australia

Isuzu D-MAX 2026 Tiba Di Malaysia: Enjin 2.2L Turbo & 8AT untuk single cab Harga bermula RM103K

Walaupun ramai menyangka enjin ini hanyalah versi 1.9L yang diperbesarkan, hakikatnya unit 2.2L ini telah direka semula dan dibina semula sepenuhnya (ground-up). Jurutera Isuzu memfokuskan kepada ketahanan, pengurangan berat, keseimbangan, dan tahap NVH (bunyi, getaran, dan kekasaran) yang lebih rendah dengan sesaran optimum 2,164cc. Continue reading Isuzu D-MAX 2026 Tiba Di Malaysia: Enjin 2.2L Turbo & 8AT untuk single cab Harga bermula RM103K