BYD tingkatkan serangan keatas pasaran ICE dengan Hybrid lebih mampu milik

Syarikat EV terbesar dunia, BYD yang telah berhenti menghasilkan jkentera pembakaran sepenuhnya sejak tahun 2021 kini membuat model hibridnya lebih murah daripada jentera petrol dalam serangan kedua terhadap kenderaan tradisional . BYD melancarkan varian baru dengan harga lebih rendah untuk dua sedan kelas mampu milik untuk menumpaskan kenderaan bahan api tradisional. Pembuat Kenderaan Elektrik (NEV) itu hari ini mengeluarkan Qin Plus Glory Edition serta Chaser … Continue reading BYD tingkatkan serangan keatas pasaran ICE dengan Hybrid lebih mampu milik

Perang harga Tesla BYD bermula di Eropah, harga Model Y turun €5,000

Setelah mengambil keputusan untuk menurunkan harga Model Y di China untuk menyaingi BYD, kini Tesla mengurangkan harga Model Y di seluruh Eropah hari ini. Di Jerman, Tesla mengurangkan harga Model Y Long Range sebanyak €5,000 menjadi €49,990 ($54,340), diskaun sebanyak 9%. Harga Model Y Performance juga dipangkas sebanyak €5,000 menjadi €55,990, diskaun sebanyak 8%. Tesla bertindak mengikut jejak Volkswagen dan BYD yang telah mengurangkan harga … Continue reading Perang harga Tesla BYD bermula di Eropah, harga Model Y turun €5,000

Kapal Pengangkut Kenderaan Pertama BYD Mula Berkhidmat

Key Points: BYD telah melancarkan kapal pengangkut kenderaan pertamanya, BYD Explorer No.1, yang akan membawa kenderaan ke Eropah dalam pelayaran sulungnya. Kapal ini adalah 7,000-CEU (car equivalent unit) dan dikeluarkan oleh CIMC Raffles, anak syarikat China International Marine Containers (CIMC), untuk syarikat pelayaran antarabangsa, Zodiac Maritime. Menurut kenyataan dari CIMC pada 10 Januari, kapal ini, yang disewa oleh BYD selepas diserahkan kepada pemilik, tiba di … Continue reading Kapal Pengangkut Kenderaan Pertama BYD Mula Berkhidmat

BYD Menyambut Ulang Tahun Pertama di Malaysia dengan Capaian Menakjubkan dan Pelancaran Edisi Terhad BYD ATTO 3

KUALA LUMPUR, 8 Disember 2023 – Sebagai peneraju dalam industri kenderaan elektrik (EV), BYD meraikan ulang tahun pertamanya di negara ini dengan rangkaian pencapaian yang menakjubkan, membuktikan komitmen teguhnya kepada inovasi, kelestarian, dan kepuasan pelanggan dalam pasaran yang mencabar. BYD Malaysia turut mengumumkan pelancaran BYD ATTO 3 Anniversary Limited Edition sempena ulang tahun pertamanya, dengan hanya 500 unit yang terhad. Edisi istimewa ini menampilkan rekaan … Continue reading BYD Menyambut Ulang Tahun Pertama di Malaysia dengan Capaian Menakjubkan dan Pelancaran Edisi Terhad BYD ATTO 3

BYD Buka Pameran Konsep Beli-Belah Baru di Putrajaya dan Ipoh

BYD telah melancarkan pameran konsep dalam mall pertamanya di Lembah Klang hujung minggu lalu. Bersama-sama dengan Sime Darby Motors dan pengedar tempatan, Millennium Autobeyond, para pembeli kini boleh mengalami pameran BYD yang baru di IOI City Mall, Putrajaya. Terletak di pusat membeli-belah yang popular, Pameran BYD yang baru memperkenalkan cara baru bagi pelanggan Putrajaya dan Lembah Klang untuk berinteraksi dengan kenderaan elektrik (EV) BYD. Pameran … Continue reading BYD Buka Pameran Konsep Beli-Belah Baru di Putrajaya dan Ipoh

CATL menurun BYD meningkat, kapasiti bateri China terus berkembang

sumber berita asal: CNEVPOST Menurut data yang dikeluarkan oleh China Automotive Battery Innovation Alliance (CABIA) hari ini, penguasaan pasaran bateri kenderaan elektrik (EV) di China mengalami perubahan pada bulan September. Contemporary Amperex Technology Co. Limited (CATL) mengalami penurunan, manakala Build Your Dreams (BYD) berkembang. Pada bulan September, keupayaan penghasilan bateri di China mencapai 36.4 GWh, meningkat sebanyak 15.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, dan meningkat sebanyak … Continue reading CATL menurun BYD meningkat, kapasiti bateri China terus berkembang

BYD Buka Pusat 3S Baharu di Alor Setar dan bilik pameran pusat beli belah Pertama di Kuching

ALOR SETAR, Malaysia, 5 Oktober 2023 – BYD, pengeluar kenderaan tenaga baru terkemuka di dunia, telah mengumumkan dua pembukaan pusat penting di Malaysia yang akan memberikan pengalaman penggunaan kenderaan elektrik BYD yang lebih mudah diakses oleh penduduk Malaysia. BYD Buka Pusat 3S Baharu di Alor Setar Dengan kerjasama Sime Darby Motors, pusat pameran dan pusat servis baru di Alor Setar, Kedah, telah dibuka untuk memberikan … Continue reading BYD Buka Pusat 3S Baharu di Alor Setar dan bilik pameran pusat beli belah Pertama di Kuching

Mercedes-Benz akan lancar EV guna bateri BYD untuk pastikan boleh bersaing

Mercedes-Benz Akan Lancar EV menggunakan Bateri BYD untuk memastikan mereka boleh terus bersaing dengan Tesla dan pengeluar automotif China Menurut laporan terkini, Mercedes-Benz merancang untuk melancarkan model EV baru yang didayakan oleh bateri Blade LFP milik BYD. Langkah ini diambil selepas pengeluar automotif mewah Jerman itu mendedahkan konsep sedan elektrik CLA yang baharu, yang merupakan model kelas asas pertamanya yang direka untuk menyaingi pemimpin EV … Continue reading Mercedes-Benz akan lancar EV guna bateri BYD untuk pastikan boleh bersaing