AFA PRIME Lancar Langkah Keselamatan Lebuh Raya Untuk Deepavali

Dalam tempoh ini, trafik harian di KLK diunjurkan meningkat sebanyak 59%, daripada purata 110,000 kenderaan kepada 175,000. Sementara itu, trafik di LPT1 dijangka meningkat sebanyak 67%, daripada 41,000 kepada 68,300 kenderaan sehari.

Untuk menampung jumlah trafik yang lebih tinggi, AFA PRIME Berhad meningkatkan tenaga kerja operasinya sebanyak 20.5%, memastikan lebih ramai pengendali tol, pasukan rondaan lebuh raya dan kakitangan trafik bertugas.

Pusat Kawalan Trafik (Traffic Control Centre/TCC) akan mengekalkan pemantauan masa nyata 24 jam bagi kedua-dua lebuh raya untuk menguruskan kesesakan, menyelaras tindak balas dan memberikan bantuan segera sekiranya berlaku insiden atau kerosakan. Continue reading AFA PRIME Lancar Langkah Keselamatan Lebuh Raya Untuk Deepavali

Beijing Ikuti Jejak Bandar Lain, Larang Kereta Petrol Baharu untuk Perkhidmatan E-Hailing

Sebelum ini, Beijing telah mewajibkan kereta petrol dengan piawaian emisi di bawah National 6 untuk keluar dari pasaran e-hailing. Polisi terbaru ini kini melarang sepenuhnya kemasukan kereta bahan api baharu ke pasaran tersebut. Beberapa pemandu kereta petrol di Beijing dilaporkan telah menerima amaran mengenai kenderaan mereka yang tidak memenuhi syarat dan perlu digantikan dengan kenderaan plat hijau apabila mereka mendaftar di platform e-hailing. Continue reading Beijing Ikuti Jejak Bandar Lain, Larang Kereta Petrol Baharu untuk Perkhidmatan E-Hailing

Perodua Tandatangani MoU dengan Malaysia Rail Link untuk Pengangkutan ECRL

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menggunakan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi pengangkutan kereta dan alat ganti Perodua bermula pada tahun 2027. Continue reading Perodua Tandatangani MoU dengan Malaysia Rail Link untuk Pengangkutan ECRL

Kapal Pengangkut Kenderaan Pertama BYD Mula Berkhidmat

Key Points: BYD telah melancarkan kapal pengangkut kenderaan pertamanya, BYD Explorer No.1, yang akan membawa kenderaan ke Eropah dalam pelayaran sulungnya. Kapal ini adalah 7,000-CEU (car equivalent unit) dan dikeluarkan oleh CIMC Raffles, anak syarikat China International Marine Containers (CIMC), untuk syarikat pelayaran antarabangsa, Zodiac Maritime. Menurut kenyataan dari CIMC pada 10 Januari, kapal ini, yang disewa oleh BYD selepas diserahkan kepada pemilik, tiba di … Continue reading Kapal Pengangkut Kenderaan Pertama BYD Mula Berkhidmat

Kapal Pengangkut Tesla Dipulangkan ke China Kerana Ada Kesing di Atas Kapal

Pihak penguasa di Australia telah mengarahkan sebuah kapal yang membawa kenderaan elektrik Tesla untuk dipulangkan semula ke China selepas ditemui kesing (stink bug) di atas kapal tersebut. Sebuah kapal yang membawa kenderaan elektrik Tesla terpaksa meninggalkan Australia dan belayar balik semula ke Shanghai setelah kesing ditemui di atas kapal – semasa syarikat automotif Amerika Syarikat itu bersedia untuk mencatatkan jualan tahunan terbaik dalam sejarahnya. Pelanggan … Continue reading Kapal Pengangkut Tesla Dipulangkan ke China Kerana Ada Kesing di Atas Kapal

Melaka nak gunakan trem dan mahukan maklumbalas anda, tolong isi borang maklumbalas ni

Bandaraya Melaka sedang merancang sistem pengangkutan masa depan mereka dan antara peneyelesaian yang sedang dinilai ialah sistem trem. Mengambil kira ciri-ciri unik bandar ini, termasuk distrik bersejarah yang padat dengan jalan sempit dan bangunan bersejarah yang berharga, serta kawasan yang lebih besar dan baru dengan jalan yang lebih luas, adalah penting untuk menilai kelebihan dan kekurangan sistem trem. Kelebihan Sistem Trem: 1. Kurangkan Kesesakan: Trem … Continue reading Melaka nak gunakan trem dan mahukan maklumbalas anda, tolong isi borang maklumbalas ni