Stellantis Malaysia Lancar Leapmotor C10 PLUS dan Edisi Terhad Night Edition
Antara perubahan teknikal utama pada Leapmotor C10 PLUS adalah penggunaan platform 800V yang dipadankan dengan pek bateri lebih besar berkapasiti 81.9kWh. Naik taraf ini membolehkan kenderaan mencapai jarak gerak WLTP sehingga 510 KM, manakala prestasi motor elektrik kini melonjak kepada 299hp dan tork 360Nm. Peningkatan kuasa ini membolehkan pecutan 0-100km/j dilakukan dalam tempoh 6.2 saat sahaja. Selain itu, sistem pengecasan pantas DC kini menyokong sehingga 180kW, sekali gus memendekkan tempoh pengecasan 30 peratus ke 80 peratus kepada hanya 22 minit. Continue reading Stellantis Malaysia Lancar Leapmotor C10 PLUS dan Edisi Terhad Night Edition
